15 May 2016

Travelog : Sabah (Day3)

A years later after tergendala travelog sabah.

[sambungan]
Lampu rumah terang benderang. Terpisat-pisat mata aku menahan silau.
“qiam…qiamm..” sayup suara akhawat mengejutkan yang lain. Bersama bangun berdiri dan sujud menyerahkan segala diri, jasad dan jiwa. Aku pantas bangun menuju ke arah tandas.

Cermin.

Bengkak mata aku.

Dahsyat nya menangis. Kemudian aku tersenyum, berbaloinya rasa bengkak ni.

Ya, kali ini dalam tahajud aku Berjaya menangis. Setelah sekian lama aku tinggalkan tangisan ikhlas ni, rasa jiwa aku segar kembali. Pernah satu ketika dulu, aku cuba menangis dalam tahajud, tetapi setitis pun tidak Berjaya tumpah. Seakan, hati aku sudah lagi tidak menerima tangisan yang ikhlas dan syahdu ni.

Dalam sujud aku menangis. Aku bersyukur. Terima kasih Allah. Kau hadirkan air mata ini untuk basahkan jiwa aku yang kering selama ini.

Day 3 dekat sabah, adalah hari terakhir daurah bersama akhawat yang lain. Dan, aku masih juga membisu, tidak mampu nak berborak dan bercurahat dengan jiwa yang lain.

Sebab, aku ni pendiam. (?) *sila gelak sekarang*
Yes. Aku pendiam. Aku tak boleh nak memulakan bicara dengan orang baru. Rasa macam, alaa-alaaaa pleaseeee jangan cakap dengan aku. hahahaXD

Mereka buat bulatan sebesar-besarnya, memuatkan kesemua ahli rumah dan ahli daurah. Waktu ini, aku berjauhan dengan Amie. Dalam hati cakap, survive sendiri boleh tak jie? Takkan nak berkepit dengan Amie je sepanjang daurah ni? Ok ok. Aku survive.

Ok. Fc menuding jari ke arah seseorang untuk memberikan khulasah program. Kemudia, dia pula akan menuding jari kea rah orang pilihannya sendiri. Amie terpilih!

Tapi aku tidak.

(ergh! Cakap something jihan!) satu suara dalam jiwa menjerit.

Aku memandang sekeliling.
Takde orang nak pilih aku ke? Cettt! Memang tak dear, sebab kau bukannya bagi function apa-apa masa daurah. Fc bersuara, “ada yang nak cakap lagi?”

Aku mendiamkan diri. Cakap something la gile!
Ahh, why la susah sangat nak cakap ni!!

Entah. Aku rasa agaknya FC memang nak suruh aku yang cakap. Dan dia memang nak aku sendiri yang berani tampil? Kan? Siapa tahu?

“Errr, saya nak cakap sikit..” (GELAK SENDIRI) finally, tahu juga nak bersuara aku ni. Semua mata memandang aku. Adrenalin aku mula bergetar. Jangan la pandang aku.

“Tapi… sorry sebab, nak cakap KESELURUHAN program.” Akhirnya debaran aku berkurang. Seakan tiba-tiba aku menjadi serius.

Semua mengangguk memberikan kebenaran kepada aku.

“Malam tadi, sebenarnya bagi impak yang paling maksima dalam diri. Saya berjalan, langgar dinding, jalan langgar carpet. Dalam hati fikir, padan muka Allah dah tak nak terima kau!” aku bercerita serius.

Mereka tergelak mendengar cerita aku.

“then, bila dengar ibrah.. baru tahu, sebenarnya nak bagitahu, sampai bila kita nak jadi bodoh untuk diri sendiri? Sampai bila nak bermain-main dalam padang sendiri? Takkan takde peningkatan langsung. Kan?”

Mereka tergelak lagi.

“minta maaf, sebab, diri ni sebenarnya, bukanlah orang yang telus follow usrah selama ni. Jauh-jauh, kat sini juga Allah bagi ibrah dan petunjuk. Bukan senang nak pecahkan ego sendiri. Kan?”
Dan ibrah aku menjadi yang terakhir dalam daurah SH di Sabah. Selepas bersalaman, mereka yang lain bergerak pulang ke RI masing-masing.

Lepas tu, memasing belek phone transfer gambar. Puasnya rasa dalam hati kali ini. Dalam hati, aku mengucapkan jutaan jzkk dekat Amie, sebab.. woi kerasnye kepala kau nak ajak aku pergi daurah ni kan. But, still alhamdulillah. Tq awak

ni team daurah sh sabah <3 p="">

Dan malam tu, misi backpackers baru bermula. Hiks!
Naik teksi ke kota, makan dekat warung-warung belakang bangunan. Dan terus jumpa paklong! Alhamdulillah. Ok malam tu, 2 kali dinner.


Sebab tak menahan lapar masa keluar RI. Dan kedua beberapa minit lepas dinner yang pertama, Masa ni kenyang, hanya Allah je tahu. Ye lah. dinner, korang boleh imagine tak yang kami makan nasi dengan ikan dengan sayur semua pakej? takpe. jalan lah dalam beberapa km pergi hotel paklong, and jumpa diorang kat sana. Bahagia dapat jumpa paklong dengan maklong. bukan senang nak jumpa diorang. lagi-lagi ada 2 cucu diorang dengan keluarga sepupu, bang min. anak sulung paklonh. paklong belanja dinner besar dengan udang dengan ayam dengan ikan dengansegalajenismakananpalingsedapdekatsabah. Allahu. Tambah lagi isi padat dalam perut! Paklong dan maklong, kiss sikit!





After that, kami berdua buat aktiviti paling menyeronokkan di dunia bagi perempuan. Yes. 

Shopping!

Untuk ibu settle.

Untuk ayah settle.

Untuk along settle.

Untuk oman settle.

Untuk adik settle.

Untuk aku, sampai sekarang belum settle. (?)

Malam tu, tidur dekat hotel paklong. Dan ahhh, sedapnya dapat tidur dekat katil hotel dengan lampu gelap macam ni. aku melepaskan hela nafas yang terbeban selama ni. pandangan gelap. selamat malam Sabah.

*K tunggulah 2017. baru ada update day4. Tak-tak. aku gurau. doakan la rajin nak update pasal sabah. Berpeluh dah nak menghabiskan cerita ni.

No comments:

Post a Comment