18 May 2016

Travelog : Sabah (Day 4)

Hari backpackers aku dan Amie. Alhamdulillah, lepas 2 hari berjalan dengan akhawat, kali ni jalan dengan amie. Yeah. Destinasi [rumah terbalik] [new Zealand-ayat cliché sikit] [Canopy walk]

Rumah terbalik.

Ni macam biasalah. Bila tiba-tiba semua terbalik, dengan kepala-kepala aku pun terbalik. Entrance fee tak ingat la pula berapa. Korang jangan terkejut bila semua barang dalam rumah terbalik taw, jangan terkejut kenapa aircond yang sepatutnya dekat atas boleh ada dekat bawah, and kenapa kerusi yang boleh dekat bawah boleh elok je gah dekat atas kepala korang. Doa banyak2 supaya dia tak jatuh. Ok?




Pekan Nabalu

Dekat sini, korang singgah je. Just setakat ambil gambar dan pusing-pusing tengok surrounding. Ok, sekali lagi aku tenggelam dalam kabus. Sejuk dia macam kat cameron highlands. but lagi sejuk sikit la ehh. Dan, tak perlu bawa sweater tebal-tebal, siap sarung tangan semua tu, tak perlu.


Ok, nak diceritakan kat sini, [cuba perah memory setahun yang lalu] Masa kitorang dekat atas ni, ada sekumpulan pakcik makan dekat satu pondok masa di pekan nabalu ni. macam comel je, pakcik yang dah agak berumur lepak dengan geng-geng dia, powe. uncle kat sabah, tak lepak dekat kedai kopi ok. dia lepak dekat pekan nabalu gais. pekan nabalu. ok, back to the topic. 

anjing banyak dekat sini. ada sekor anjing datang dekat pakcik-pakcik tu. aku perati je. aku tenung je. kalau aku, agak dah berlari masuk dalam kereta nangis laju-laju kot? aku tengok, stray dog tu macam lapar. erghh, anjing kot? pfft. maybe aku yang jarang dekat dengan anjing? and, pakcik tu watlekwatpis bagi anjing tu makan, and anjing tu makan dekat situ je gaiss. so behave. that uncle pun, sambung borak dengan geng-geng dia. so, melayu please jangan nak racist sangat dengan anjing eh.
                                     

New Zealand aka Desa Dairy Farm.


Awal2 masuk, lembu dah welcome dekat kitorang. Segan taw.

Waktu sampai ni, rasa nak menangis sebab hujan turun. Plus dengan sejuk dan salji [hiperbola k]. terlepas pulak kitorang nak tengok susu lembu kena perah. Thanks god sebab sampai sini. Untuk aku yang milk-lovers macam meroyan tengok susu asli and rasa mcam nak pasang lagu, acah buat MV sambil pegang kotak susu. K melebih.

Pernah nampak tak iklan ni dekat channel 393 atau 392? Ala yang dengan oppa SongJongKi tu? Takde? Belum publish lah kot.

Bila hujan, lembu pun berlari kesejukan. Melebih untuk kali ke-2.

Ni pun, cerita Aku Dia dan Kabus akan publish dekat TV3 pukul 7 tak lama lagi.

Tapi, alhamdulillah, abang lembu ni, sudi nak show-off body dia sambil makan rumput dalam hujan renyai-renyai kesejukan. Dan snap! Wuu, beria memasing dapat tengok lembu hitam putih. Yela, kat Malaysia kan lembu warna hitam, lembu warna coklat.
Alang-alang kat new Zealand ni, adil lah kalau nak terkejut tengok lembu hitam putih. Untuk abang lembu kat belakang, jaga diri baik-baik. Jangan hilang dalam kabus di perbukitan ok. Terima kasih sebab menyerikan bumi New Zealand selama ni.

Canopy walk


Yang ni, entrance kena bayar. Nak ambil gambar kena bayar untuk each camera. Bukan each picture eh. Matilanak kalua each picture. Nak video pun, bayar lain. Kalua sorok-sorok ambil gambar, nanti dekat atas tu ada guard minta kupon bayar. Ha kalua takde, memang kena bayar la juga kat atas tu.

Seronok. Dan kurang mencabar bagi siapa yang suka terejal dan Viking dan roller coaster 360 darjah macam aku dan amie. Bukan main bahagia kitorang usik geng depan dengan lompat-lompat kat kayu tu.


And, otw nak pergi canopy walk ni, korang akan meredah 'hutan' sikit. kena daki, tak lama. dalam 10min macam tu? Tapi, tak sesuai la dengan orang mengandung. k. k. And, sebelum nak pergi canopyy walk ni. tak perlu kot la semangat sampai kena pergi gym 1week before. no need, ok? Masa tengah mendaki nantilah korang akan jumpa binatang-binatang kecil macam siput (?) tak tahula apabenda binatang tu. kitorang terjumpa dia masa dalam hutan. and, agak besar. Dekat atas ni jugalah, korang akan nampak air terjun. Ok, means 'naik atas' ni takdelah suasana macam kabus di perbukitan tu. tidakk, canopy walk ni, or hot poring ni, dia dah turun dari bukit. macam awalnya, ke new zealand kan? haa situ peak dia. lebih kurang la.



Ok, dah sampai dekat canopy walk ni, alang-alang dah bayar untuk camera/video, silah bergambar. rugi kalau tak bergambar kat sini. Tak gayat mana lah. Tak tinggi pun jambatan ni. Kalau korang pandang bawah, korang rasa je korang dekat middle tinggi hutan. err, faham ke?  Tapi, tingginya, masih tak dapat gapai kabus ok?

Masa ni, tengah tengok hp. Teruja sampai rasa nak menangis sebab, new zealand kot gais T.T


No comments:

Post a Comment