04 June 2015

Jurnal - Brunei (Day 4)

Day 4.

Pagi tu bangun dengan harapan ada dekat atas katil Empire Hotel. Tapi, aku menangis kesyukuran sebab still lagi dalam hostel Unissa yang sejuk ada aircond ni. *tak macam kuis.
Hari ni terjah Hot Point lagi. Memang tak bosan lah kat HP ni, sedap first, second pun sedap. Third apatah lagi sedap. T-T

Lepastu, memandangkan haritu release Pitch Perfect 2, jadi kitorang beli tiket untuk tigaaa. Qila, Amie and Budak gemuk ni. Balik tengah hari tu, Amie ajak pergi jumpa lecturer dia jup. So, around Uniss. Around and around, sampai ke ofis.

"Ma'a man enti?"

K, dipendekkan cerita, amie speaking dengan lecture arab dia. Aku ni, arab? haha, better stay luar bilik dia. Tapi lepas, diseru, masuk lah dengan terkulat cendawan paku pakis semua lah masuk tayang gigi besi ni. Ok, amie borak dengan lecturer dia.

patah haraaaam inda faham.

ada la. itu pun, "La." "Na'am" "Limaza?"

Sekali, lecturer dia tanya apa ntah kat aku. pandang amie minta simpati.

"Oh, tahun dua. Malizii (Malaysia), Kuis."

"Ambil course apa?" Lecturer tu *mencuba* ber-malay.

"Syariah,"

"Oh! Walakin, anti la afham Lughah arabiah?" (Oh, tapi awak tak faham bahasa arab?)

Pank. merah pipi. kena tampar dengan diri sendiri. haah lah kan, nak cakap Syariah ni belajar? Dok selalu komplen subjek semua dalam arab. Tapi tak faham orang cakap arab.

"Er, Qalil faqat ustaz!" (Erm sikit je ustaz) Lol, mencuba lagi T-T.

Ok, habis borak dengan ustaz, dok tenung amie. Haha, malunya. Balik ni nak pergi gontor la. Nak hadam arab!

Ok, balik hostel, pack-pack barang nak ke KK ESOK! so, habis pack, beradu lah kita sambil mimpi, bila nak pergi Empire hotel lagi. *lupa terus pasal gontor*

Malam tu, amie ajak makan kat wiwi. Nangis lagi sekali, sebab satu, sedap. second pun sedap, third, tak payah cakap. Lagi sedap!


So, malam tu.. Pitch Perfect 2 Time! Lepas bergelak dan menangis, malam tu tidur dengan harapan dapat nyanyi atas perahu dengan Fat Amy!

No comments:

Post a Comment