23 May 2015

Jurnal - DAY 1 (BRUNEI)

Assalamualaikum :) 

So, perasaan naik flight sensorang ke Brunei. Ajet ajet le kite ye. Counting day la masa nak pergi. 10 days hingga ke 'Tomorrow' cool dan tenang (masa tu lah)
But, start jejak kat Airport, masa tu gelabah tak tentu pasal. Complete tak itu ini? Ada tak itu ini? Sampai kat KLIA nak pergi mana? Nak buat apa? Beg kena ambil tak?

Checklist before travel sendiri (ke obersilah kita)

ü  Passport
ü  Duit secukupnya
ü  IC/Lesen/Gambar passport
ü  Berus gigi + ubat gigi (those yang pakai braces terutamanya)
ü  Sungggyu (nama teddy bear)

Hahaha. Bab gambar passport tu, tak payah pun takpe. But, for yang pestimee macam aku, macam nak buat sijil nikah kot. hahaha kena itu bagai semua.

Checklist bawa naik atas flight (1 jam dan lebih)

ü  Buku bacaan (novel-ilmiah)
ü  Word search (haha)
ü  Earphone. *But before that, masuk je flight terus set hp ke airplane mode. So bila dah kat atas nak bukak bole daa ambil gambar. Bole daa nak dengar lagu.

So, terbanglah aku ke udara. Part kat atas tu, mohonlah tadabbur alam. Tengok cantiknya awan, cantiknya laut dan bumi.






Sampai Brunei area jam 3 ptg. Maria ambil. ok, nak cakap. Aku tak pernah jumpa Maria. Tapi entahlah, tautan ukhwah terasa waktu pandangan pertama -ohoiiii- gituu. Maria tengok aku dan aku tengok dia dan kami senyum.

"Maria?"
"Jihan?"
"Sama kamu dalam gambar!" Maria menghulurkan gambar aku. Aku mengukir senyuman. Tak tahulah, tapi macam aiwahh, comelnya. Tak susah nak cari orang. Haha.

So, keluar dari Airport, nampak lah Brunei nan indah dan tenangg yang amat T.T *nak duduk bruneiiiiii*

First tempat:

Hostel UNISSA. Disebabkan tengah cuti, yangg tinggal cuma budak international. Dari Thailand hinggalah ke Singapore. Ya Rabbi, sedangkan asramanya best jugeee T-T (kalau KUIS macam ni) aircond? check! Wifi setiap aras ada dua? check! bilik sorangg satu? check! dapur? check! cermin muka depan tandas (aggak besar)? check!

Next, Maria ajak round dekat UNISSA. so, bergeraklah ke library. Hollaaa! nampak kitab-kitab. tiba-tiba flashback masa kuliah. Round lagi, terserempak lecturer dari segala pelusuk dunia. feeeh. Uni yang takde tittle 'international' nampak international nya. tak macam uni yang satu tu, dalam nama ada 'antarabangsa' tapi nak cari student dan lecturer antarabangsa susah. Hahaha.
Agak lama berjalan, terserampak sorang lagi studenggg. nama dia, QILA! hyeee! hihihi. Singaporean. Agak bising dan kecoh. haha. Sampai bilik, peluk-peluk sat dengan Amie, keluar pergi jalan.

Next Destination :


KAMPUNG AIR. hollaaaa~ naik bot, tiket, 5 dolar sekepala. round round sungai(?) laut (?) dengan kelajuan yang *myvifamilia* hahahaaa. So, Kampung Air is about rumah yang atas air. Haha, macam kehidupan nelayan kat Malaysiaa jua. Rumah atas Air. but Kampung Air ada masjid + Sekolah rendah + Sekolah menengah + Dewan + Balai bomba + Balai polis. So, dia agak (WOW)
Kat Brunei?



Tak payah susah nak cari masjid laaaa. Masjid mana-mana ada. Cantik and shiny pulakk tu. Oh well, negara Islam kan? Ahhh. Rindu Brunei.

Next Destination :


gambar atas ni, betapa takdenya kereta waktu malam. 

Mall depan Kampung Air. 'Mall?' oh btw, tmpat nak naik bot tu Maria kata dekat bandar. Jadi nak cerita betapa kecilnya Brunei sebenarnya, bandar dia pun tak ramai orang :') Jadi, pergi Mall pun watlekwatpis ggitu. Bestnya kat Brunei, takdenya kutu jalanan kutu jalanan macam kat Malaysia. remaja lepaking lepaking tepi Mall. tepi kedai, tepi jalan.

Kat dalam Mall tu, susah nak cari remaja? aku jumpa femili je. Haha. And, Brunei is sooo tenang. Aku jalan sana, yaa. Pakaian mereka sangat menjaga kalau nak dibandingkan dekat Malaysia laaa. Masa aku jalan-jalan tu, sampaikan aku bisik dekat Maria "Memang kaat Brunei semua pakai tudung eh?"

Sebab susah nak cari yang tak pakai tudung! T-T adapun, non-muslim. And non-muslim dia pun takdelah pakaian yang macam non-muslim kat Malaysia. hahaha. Still rasa selamatlah mata ni.

Next :


Kitorang balik UNISSA lepas seharian 'terbang' atas air. Malam tu, tidur dalam tenang dan jiwa yang berterbangan keliling Brunei.




No comments:

Post a Comment