27 May 2015

Jurnal - Brunei (Day 2)


So, pagi tu bangun dan bersiap nak round lagi Brunei. so, ke TAMAN PERANGINAN TASEK LAMA. Nak cerita dan share masa kitorang ter-sesat otw pergi situ. Maria as driver cakap kena masuk bukit tu. So, masa nak naik bukit tu, ada pakcik tengah senam tengah tengah jalan, jadi masa nak naik punya kitorangg terfikir 'pakcik ni dah kenapa susah nak bagi kita jalan?’ bergelak ketawa lah kitorang bertiga sambil kereta bergerak laju naik puncak. Sampai kat puncak semua terdiam.

K, Padanlah pakcik tadi macam tak nak bagi kitorang jalan.
K, Padanlah pakcik tadi tengok semacam je kat kitorang masa kitorang bergelak ketawa naik atas.
Jalan mati rupanya.


Jadi, turun bawah balik dan park sebelah kereta pakcik tu. Maria tanya pakcik tu. Dan nak katanya baiknya hati orang Brunei ni (ada cerita lagi pasal hati orang Brunei ni) pakcik tu offer nak lead pergi Taman tu. Ahhh, masa tu, as Malaysian aku dan Amie mulalah mengiktiraf, pakcik kita! pakcik kita! hahaXD
agak berapa ramailah pakcik pakcik kat Brunei kalau gitu gayannya. hehh.


So, apa ada kat Taman ni?
Boleh naik hiking! Disebabkan badan ni tak diizinkan nak hiking, cukuplah sekadar berjalan sikit sampai ke puncak dan cukuplah snapping. Makan + Makan Allah, nikmatnyaaa.

Next Destination :

 Ke Muzium Maritim lah kita. Masa ni, tak pernah rasa tak cinta kat sejarah. Pestime kot T-T Nak masuk muzium tak payah bayar~ Jadi round and round. Gituh. So, nak kata Brunei ada banyak kaitan dengan China.

Then benda paling menarik yang aku tengok is, replika kapal orang china. Dekat depan sekali, diorang akan buat bentuk like mata ikan. So, what's that mean?

Ikan, adalah satu hidupan yang berani. Kecil, but, tinggal dekat tempat luas. Dan berenang sambil melawan arus, demi nak teruskan kehidupan kot. argh. So, analoginya, kapal cina ni nak kataa diorang sangat berani dan tak gentar la nak lawan arus. Gituh.

Next Destination :


Ke Masjid Istanbul lah kita (?) nopee. Masjid As-Solehin nama diberi. Masuk je dalam tu, ahhhh. Bau Mekah Madinah k. serius laa. Masa tu terus rasa jejak dekat Mekah dan Madinah. Lepas solat, around masjid, tengok sekeliling. Dan hakak yang lain ada cakaap-cakap dengan guard masjid. Tiba-tiba aku dan amie (sibuk amik gambar) kena pangggil. Diorang kata, Pakcik ni nak bawa kitorang naik atas, tengok tingkat atas. (act kunci taww tingkat atas) (lagi satu bukti baiknya hati orang Brunei ni)

Sampai atas, masa tu rasa macam nak design bilik macam ni T-T. Sangat cantik dan nak tinggal situ. Kalau iktikaf niiiii~



Next Destination :


Kitorang 'menyinggah' dekat istana Brunei. Hihii, ambil gambar depan pagar pun cukuplah. Then kitorang gerak lagi ke Makam Diraja.

Next Destination :

Pantai Serasa! Before sampai, singgah satu surau. "Rapatkan saf! Semoga kita dirahmati Allah!"

okk, sambungg Pantai Serasa (penghujung Brunei). Kecikkan Brunei? Tup-tup dah dekat hujung dah. kat situ, tenang dan sangat tenang. takde orang kat situ, so, kat situ tak buat apa. Cuma termenung dan rasa (WOW)


So, lepas menarik dan menghembus nafas dekat Pantai Serasa, balik! balik! ada orang exam esok! Yeah. Alhamdulillah. Balik, tidur sambil dibuai bayu Pantai Serasa.

No comments:

Post a Comment