28 May 2015

Jurnal - Brunei (Day 3)

Day 3

Memandangkan budak UNISSA ada exam dan ada yang berprogram, aku menikmati air-cond dekat dalam bilik je. Sambil lipat-ing baju and baring-baring,

Then, petang tu, holla! Makan dekat Hot Point dengan Amie and Qila. K, nangis jup. Serius la, rindu bake rice dia, dan rindu bau Buttermilk. Gaaahhh~



Habis makan, kitorangg bersiap pulak nak pergi walk and see lagi. Lepas Zohor gerak.

First Destination:

ke swimming pool lah kita. K, dalam bangunan ni, ada swimming pool. asing di antara lelaki dan perempuan. Jadi masa sampai tu, tergamam sat, sebab takde orang! hoyeahh~ sekali tengok kolam dia, makkk dalam (untuk ketinggian pesen aku) jadi, dalam berapa jam ntah, bermandi manda lah kita. Habis mandi tu, aku dan amie keluar cari cafe ape ntah, sbb amie cakap nak beli tiket pergi Sabah. Jadi, tiket dari brunei ke KK 45dolar. 

Masa jalan tunggu Maria and the geng, tiba-tiba nafsu nak kopi. Jadi pekena kopi. Lol, jakun k. Sebab aku tak pernah lah nak pergi spesific kedai kopi untuk merasa kopi. Contoh macam Old Town ke, Buck punya bintang ke (Starbuck) dan pelbagai nama apee lah.

Jadi masa tu terus jatuh cinta T-T


nak kopi lagi!

Next Destination:

Jauh Maria drive. Sampai ke Empire Hotel. 'Hotel?' bakpe kita kat hotel? Masa tu, team lain pandang-pandang sengih kat aku.

"Jie, try la tengok kat dalam. Confirm la tak nak keluar."


Serius la. Kenapa bawa aku dekat sini T-T. mulut tak mampu nak tutup. Nganga memanjang. Entah la ada lalat masuk ke tak. Tak tahu lah jugak masa tu menitis ke tak air mata ni. Masa tu, ada la dia punya pembantu hotel tunggu depan pintu gerbang tu sambut tetamu. Pakaian segak kau~

Ok, masuk lagi mula lah berangan datang dengan encik somi. Acah honeymoon macam tu. Rasa swag swag macam tu. Rasa macam abang somi kita ni pemilik hotel. Datang dengan berkod hitam, bertie jalur merah putih. Bawa kereta bmw ke, kereta porche ke. Lepas tu bising "sayang, jom kita makan.." hahahah!


Ok, keluar dari hotel tu, nampak pulak swimming pool dia. Alaah, ter-acah jalan dengan somi lagi T-T. Konon main tolak-tolak lah dekat tepi swimming pool tu. Pehhh~

Ok, sampai kat tempat duduk tengok sunset. Masa tu ter-acah balikkkkk duduk bergendeng dengan encik somi. sambil dia bisik, "Cantikkan sunset tu sayang?"

Allah~

Start je matahari nak turun, photoshoot dengan Amie. Masa tengok gambar, aiwah, sweetnya kalau honeymoon sini. mula lah borak "aaaah, tak sabar nyaa nak ajak abang sayang honeymoon sini"

amie cakap, "Somi somi, amie ni apa?"

Keluar je hotel balik. Terus set, oklah. Tak dapat pergi Korea pun takpa. Sini cukup dah. Ok abang somi? hahahaha!


Malam tu, UNISSA ada kes takde air secara ttbe. Bayangkan dengan berlengas-lengas tu mulalah resah. Mana lahai nak cari air ni abang somii??


guess what?

Dengan bawa toiletries, dengan berselipar crocs, dengan pakai selekeh selekeh pergi mall depan. *unplanning* Mall depan ada hotel. menumpang dekat tandas hotel pun jadilah. Aih, malam tu, otw balik hostel, karok-karok sat~


Malam, tidurr dengan hajat nanti dapat lah pergi Empire dengan somi.


*Somi = suami


27 May 2015

Jurnal - Brunei (Day 2)


So, pagi tu bangun dan bersiap nak round lagi Brunei. so, ke TAMAN PERANGINAN TASEK LAMA. Nak cerita dan share masa kitorang ter-sesat otw pergi situ. Maria as driver cakap kena masuk bukit tu. So, masa nak naik bukit tu, ada pakcik tengah senam tengah tengah jalan, jadi masa nak naik punya kitorangg terfikir 'pakcik ni dah kenapa susah nak bagi kita jalan?’ bergelak ketawa lah kitorang bertiga sambil kereta bergerak laju naik puncak. Sampai kat puncak semua terdiam.

K, Padanlah pakcik tadi macam tak nak bagi kitorang jalan.
K, Padanlah pakcik tadi tengok semacam je kat kitorang masa kitorang bergelak ketawa naik atas.
Jalan mati rupanya.


Jadi, turun bawah balik dan park sebelah kereta pakcik tu. Maria tanya pakcik tu. Dan nak katanya baiknya hati orang Brunei ni (ada cerita lagi pasal hati orang Brunei ni) pakcik tu offer nak lead pergi Taman tu. Ahhh, masa tu, as Malaysian aku dan Amie mulalah mengiktiraf, pakcik kita! pakcik kita! hahaXD
agak berapa ramailah pakcik pakcik kat Brunei kalau gitu gayannya. hehh.


So, apa ada kat Taman ni?
Boleh naik hiking! Disebabkan badan ni tak diizinkan nak hiking, cukuplah sekadar berjalan sikit sampai ke puncak dan cukuplah snapping. Makan + Makan Allah, nikmatnyaaa.

Next Destination :

 Ke Muzium Maritim lah kita. Masa ni, tak pernah rasa tak cinta kat sejarah. Pestime kot T-T Nak masuk muzium tak payah bayar~ Jadi round and round. Gituh. So, nak kata Brunei ada banyak kaitan dengan China.

Then benda paling menarik yang aku tengok is, replika kapal orang china. Dekat depan sekali, diorang akan buat bentuk like mata ikan. So, what's that mean?

Ikan, adalah satu hidupan yang berani. Kecil, but, tinggal dekat tempat luas. Dan berenang sambil melawan arus, demi nak teruskan kehidupan kot. argh. So, analoginya, kapal cina ni nak kataa diorang sangat berani dan tak gentar la nak lawan arus. Gituh.

Next Destination :


Ke Masjid Istanbul lah kita (?) nopee. Masjid As-Solehin nama diberi. Masuk je dalam tu, ahhhh. Bau Mekah Madinah k. serius laa. Masa tu terus rasa jejak dekat Mekah dan Madinah. Lepas solat, around masjid, tengok sekeliling. Dan hakak yang lain ada cakaap-cakap dengan guard masjid. Tiba-tiba aku dan amie (sibuk amik gambar) kena pangggil. Diorang kata, Pakcik ni nak bawa kitorang naik atas, tengok tingkat atas. (act kunci taww tingkat atas) (lagi satu bukti baiknya hati orang Brunei ni)

Sampai atas, masa tu rasa macam nak design bilik macam ni T-T. Sangat cantik dan nak tinggal situ. Kalau iktikaf niiiii~



Next Destination :


Kitorang 'menyinggah' dekat istana Brunei. Hihii, ambil gambar depan pagar pun cukuplah. Then kitorang gerak lagi ke Makam Diraja.

Next Destination :

Pantai Serasa! Before sampai, singgah satu surau. "Rapatkan saf! Semoga kita dirahmati Allah!"

okk, sambungg Pantai Serasa (penghujung Brunei). Kecikkan Brunei? Tup-tup dah dekat hujung dah. kat situ, tenang dan sangat tenang. takde orang kat situ, so, kat situ tak buat apa. Cuma termenung dan rasa (WOW)


So, lepas menarik dan menghembus nafas dekat Pantai Serasa, balik! balik! ada orang exam esok! Yeah. Alhamdulillah. Balik, tidur sambil dibuai bayu Pantai Serasa.

23 May 2015

Jurnal - DAY 1 (BRUNEI)

Assalamualaikum :) 

So, perasaan naik flight sensorang ke Brunei. Ajet ajet le kite ye. Counting day la masa nak pergi. 10 days hingga ke 'Tomorrow' cool dan tenang (masa tu lah)
But, start jejak kat Airport, masa tu gelabah tak tentu pasal. Complete tak itu ini? Ada tak itu ini? Sampai kat KLIA nak pergi mana? Nak buat apa? Beg kena ambil tak?

Checklist before travel sendiri (ke obersilah kita)

ü  Passport
ü  Duit secukupnya
ü  IC/Lesen/Gambar passport
ü  Berus gigi + ubat gigi (those yang pakai braces terutamanya)
ü  Sungggyu (nama teddy bear)

Hahaha. Bab gambar passport tu, tak payah pun takpe. But, for yang pestimee macam aku, macam nak buat sijil nikah kot. hahaha kena itu bagai semua.

Checklist bawa naik atas flight (1 jam dan lebih)

ü  Buku bacaan (novel-ilmiah)
ü  Word search (haha)
ü  Earphone. *But before that, masuk je flight terus set hp ke airplane mode. So bila dah kat atas nak bukak bole daa ambil gambar. Bole daa nak dengar lagu.

So, terbanglah aku ke udara. Part kat atas tu, mohonlah tadabbur alam. Tengok cantiknya awan, cantiknya laut dan bumi.






Sampai Brunei area jam 3 ptg. Maria ambil. ok, nak cakap. Aku tak pernah jumpa Maria. Tapi entahlah, tautan ukhwah terasa waktu pandangan pertama -ohoiiii- gituu. Maria tengok aku dan aku tengok dia dan kami senyum.

"Maria?"
"Jihan?"
"Sama kamu dalam gambar!" Maria menghulurkan gambar aku. Aku mengukir senyuman. Tak tahulah, tapi macam aiwahh, comelnya. Tak susah nak cari orang. Haha.

So, keluar dari Airport, nampak lah Brunei nan indah dan tenangg yang amat T.T *nak duduk bruneiiiiii*

First tempat:

Hostel UNISSA. Disebabkan tengah cuti, yangg tinggal cuma budak international. Dari Thailand hinggalah ke Singapore. Ya Rabbi, sedangkan asramanya best jugeee T-T (kalau KUIS macam ni) aircond? check! Wifi setiap aras ada dua? check! bilik sorangg satu? check! dapur? check! cermin muka depan tandas (aggak besar)? check!

Next, Maria ajak round dekat UNISSA. so, bergeraklah ke library. Hollaaa! nampak kitab-kitab. tiba-tiba flashback masa kuliah. Round lagi, terserempak lecturer dari segala pelusuk dunia. feeeh. Uni yang takde tittle 'international' nampak international nya. tak macam uni yang satu tu, dalam nama ada 'antarabangsa' tapi nak cari student dan lecturer antarabangsa susah. Hahaha.
Agak lama berjalan, terserampak sorang lagi studenggg. nama dia, QILA! hyeee! hihihi. Singaporean. Agak bising dan kecoh. haha. Sampai bilik, peluk-peluk sat dengan Amie, keluar pergi jalan.

Next Destination :


KAMPUNG AIR. hollaaaa~ naik bot, tiket, 5 dolar sekepala. round round sungai(?) laut (?) dengan kelajuan yang *myvifamilia* hahahaaa. So, Kampung Air is about rumah yang atas air. Haha, macam kehidupan nelayan kat Malaysiaa jua. Rumah atas Air. but Kampung Air ada masjid + Sekolah rendah + Sekolah menengah + Dewan + Balai bomba + Balai polis. So, dia agak (WOW)
Kat Brunei?



Tak payah susah nak cari masjid laaaa. Masjid mana-mana ada. Cantik and shiny pulakk tu. Oh well, negara Islam kan? Ahhh. Rindu Brunei.

Next Destination :


gambar atas ni, betapa takdenya kereta waktu malam. 

Mall depan Kampung Air. 'Mall?' oh btw, tmpat nak naik bot tu Maria kata dekat bandar. Jadi nak cerita betapa kecilnya Brunei sebenarnya, bandar dia pun tak ramai orang :') Jadi, pergi Mall pun watlekwatpis ggitu. Bestnya kat Brunei, takdenya kutu jalanan kutu jalanan macam kat Malaysia. remaja lepaking lepaking tepi Mall. tepi kedai, tepi jalan.

Kat dalam Mall tu, susah nak cari remaja? aku jumpa femili je. Haha. And, Brunei is sooo tenang. Aku jalan sana, yaa. Pakaian mereka sangat menjaga kalau nak dibandingkan dekat Malaysia laaa. Masa aku jalan-jalan tu, sampaikan aku bisik dekat Maria "Memang kaat Brunei semua pakai tudung eh?"

Sebab susah nak cari yang tak pakai tudung! T-T adapun, non-muslim. And non-muslim dia pun takdelah pakaian yang macam non-muslim kat Malaysia. hahaha. Still rasa selamatlah mata ni.

Next :


Kitorang balik UNISSA lepas seharian 'terbang' atas air. Malam tu, tidur dalam tenang dan jiwa yang berterbangan keliling Brunei.