06 January 2015

Oh Banjir!

Penutup December yang bagi orang, punah segalanya.

Assalamualaikum w.b.t
Salam hari Ke 6, tahun 2015 :)

Ni buang belakang jauh sikit, ke bulan December yang lalu. Bila, banjir menimpa Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor. Habis tenggelam, seakan Malaysia macam diterbalikkan negaranya. Seakannya, laut "ziarah" ke Malaysia. Hujan tak berhenti. Habis semua terputus hubungan dengan mangsa-mangsa banjir. Habis pergi nyawa yang dikasihi. Habis diputuskan bekalan elektrik. Masa itu, ramai mulut-mulut yang tak diberi kesedaran  ni mulalah mengata, "ha tulah, dulu rajin sangat mengutuk negeri itu ini. itu ini. kan dah kena bala" Allahu Akbar.



Geleng kepala seribu kali geleng.

Masa ni, media media penuh dengan mangsa banjir, kadar banjir, bla dan bla dan bla.

Perawalan bencana ni, mata-mata rakyat tak terbuka untuk melihat hikmah sebenar.

3 Januari, aku dan beberapa insan lain, pergi TUDM kat Subang. Misi packing barang untuk mangsa banjir. Boleh menitis berbaldi-baldi air mata aku . Tiba je dekat situ, aku tengok ramai sangat jemaah manusia turun padang. Tak megira bangsa dan negeri. Ada dari Johor, ada dari luar negara,




Bertan-tan lori datang hantar barang tanpa berhenti. Dan orang yang membantu juga tidak berhenti mendaftar nama. Terik matahari, tak payah cakaplah~ Nampak gambar sendiri boleh faham terik dia. Sedangkan aku yang duduk di bawah khemah pun naik sakit kepala.



"Tugas awak semua (sukarelawan) ambil kotak-kotak bawah khemah tu, dan keluarkan semua yang ada dalam tu. Lipat baju ikut kategori. Telekung satu tempat, Baju kurung satu tempat, T-Shirt lelaki satu tempat, pakaian dalam satu tempat, baju sekolah satu tempat, sweater satu tempat, Tudung satu tempat, pakaian baby satu tempat......" dll. nak cakap, serius banyak sangat kategori baju. 



Gambar atas tu, kotak-kotak kosong yang dah kitorang keluarkan barang-barang. Awal datang situ, khemah yang dekat tempat budak baju merah tu, bertimbun dan menggunung kotak-kotak tadi. 

Lepas satu kotak, kotak lain yang dibuka. Dilipat baju. Pelbagai kot, Banyak baju yang lama-lama. Dan ada juga baju-baju yang 'bau kedai' lagi. Paling best, sebungkus towel baru. Dan paling best lagi, seikat tudung dan dua papan pin tudung. Aku rasa nak menangis. Sebab-- hikmahnya dah jelas dah.

"Sebelum Allah bagi nikmat, Allah bagi dulu ujian"

Dan, itu sebenanrnya nikmat. Nikmat dapat melihat hati-hati rakyat yang prihatin. 
Melihat hati-hati rakyat yang turun padang membantu mereka.
Melihat mereka yang menadah tangan memohon bantuan dari DIA yang ESA.
Melihat pemimpin-pemimpin turun melihat rakyat mereka.

Hati bersatu.
Hanya dengan bencana ini.
Hanya dengan ini, tersedarlah diri dengan kekerdilan hamba.






No comments:

Post a Comment