20 June 2015

Travelog : Sabah (Day 2)

Day 2

after subuh, sambung tidur. Konon acah masa tu nak merajuk dengan amie. sebab dalam hati nak backpackers. nak berdua je. tak nak ada campur tangan orang lain termasuk  akhawat ke apebenda ke.

"Jihan! Mira bangun! Keluar jom!"





Ok, lepas dah siap, pakai tshirt labuh. dan tudung sarung mak indon tu. sebab kak raudhah kata pakai biasa je. sebab nanti mandi laut!

so, masa tu dah datang balik kebahagiaan aku. haha. keluar RI firdausi, kitorang singgah jup dekat RI Adni. RI yang paling besar. ramai senior. dan orang-orang yang aku allergic ni. (orang-orang dnt)

so first destination:


MANUKAN SABAH! bahagia tak bahagia. Gila masyaAllah. lawa sangat laut sabah. naik bot dengan akhawat. ada yang baca quran. dan aku cuma melontarkan pandangan ke luar. bermain ombak dan air yang memercik.
Tiba, kitorang snorkeling. pakai stokin bhaii. ok. laut syadid lawa. Nangis jup. tengok ikan dengan akhawat. dengan amie berenang membelah laut. ceh. tengok ikan dengan amie. ehcehh. 
*lupa somi yang tertinggal dekat empire*

Masa tu sangat bahagia sampai tiba masa curahat. (curahan hati)

A "Jie, tak suka eh duduk dengan akhawat kat RI?"

sudaaaah. dekat rumah orang tanya pasal dnt. la ni manukan pulak----

J: "Bukan tak suka. Just okwerd kot."

A: "Okwerd kenapa?"

J: "Yelah, semua tanya usrah sampai mana. Daurah dah sampai mana. Dah pegang adik usrah belum. You know me right? 
Orang yang allergic la benda benda ni."

A: "Allergic kenapa?"

J: "Kita rasa cukup lah diri kita macam ni. Jaga aurat, jaga ikhtilat, jaga makanan halal haram. Buat apa nak daurah or usrah?"

A: "Kenapa tak nak daurah or usrah?"

J : "Ye lah. Kalau daurah n usrah, kita akan dapat benda baru. Contoh aurat kita. So, after kita tahu tu, kita kena sampaikan kat orang lain. Kalau tak sampaikan, dapatlah dosa. So better kita tak tahu dan better kita tak payah menyampaikan. At least tak tambah dosa. Kan?"

A: "So, awak rasa better la eh baik dah macam ni? Jaga aurat semua tuu. Dah rasa boleh dah la masuk syurga. selamat dah la?"

J: "InsyaAllah. selamat lah."

A: "So sure? dengan pencapaian diri awak tak meningkat macam tu?"

J: "Sorry wak. Maybe ada lain awak and kita. Awak yes, hidup dengan akhawat. Duduk mesir dengan diorang. Kita ni, ini baru first tengok RI. baru first nak jalan dengan akhawat. so, dia agak rasa okwerd and tak selesa."

A: "Tapi awak yakin, awak akan rasa ok je dengan 'baik' awak tu?"

J: "Yes. InsyaAllah... stay baik macam ni rasa cukup dah."

A: "Ok, ikut awaklah kalau nak rasa terus baik macam tu, takde apa peningkatan.

J: "Macam mana awak boleh hidup dengan ramai akhawat? Tak rasa... iyuww?"

A: "Entahlah. Kita rasa akhawat ni boleh bimbing kita. Selalu tegur tu dan ini. Sebab masa sampai Mesir, akhawat lah orang first yang ajak pergi RI. And since that, kita rasa nak dengan akhawat."

J: "Entahlah, maybe sebab kita dari sekolah memang dah ada orang ready nak bagi usrah. :Mentoring bagai semua. And masuk sekolah menengah, macam adat dah bila memang masuk dalam usrah and jadi fc itu ini. talk itu ini. dan memang dah jadi kewajipan kot, budak musleh memang akan join usrah bila masuk U. So, kita masuk je U, memang ada akak ajak usrah. so, masuk jelah."

Aku dan dia diam kejap. Tapi seketika akhirnya menangis, sebab ttbe rasa diri ni loosers bila tahu asyik kena suapppp je dari dulu. dan tak tahu nak rasa bersyukur. menangis sebab orang kata "mesti hebatt sebab dah lama dapat usrah." menangis sebab, rasa diri ni tak mampu nak rasa bersyukur sebab Allah memang dah bagi peluang ursah dan tarbiyah sejak muda. dan akhirnya menangis..

sebab..
tak mampu nak faham definisi dnt dan manisnya usrah yang dah dapat since darjah 4.
akhirnya kami lama mendiamkan diri. dan masing-masing kembali ke pantai dan ambil gambar sana dan sini.
so. petang tu dalam kepenatan balik dari manukan dan berkemas (pindah ke RI Adni) sebab ada daurah.
waktu ni main mata dengan amie.

Amie, kan kita cakap tadi.. kita tak suka benda benda ni. Asal nak join pulak?
But. Allah dah susun kan?
Daurah Syahadatul Haq. Akhirnya daurah yang bagi impak besar untuk hati aku. Daurah yang buat rasa lagi loosers sebab asal tak sedar betapa hebat dan bahagianya orang yang join usrah ni?
DAURAH SYAHADATUL HAQ
Lepas daurah tu, yes, aku rasa ada lah impak sikit. sama macam daurah sebelum ni yang aku rasa boleh balik dan tidur dengan tenang.
but, at the late night, ada muhasabah. yang aku biasa dah handle budak kbm ke, mukhayam ke. so kali ni, 'fc ni' pulak yang nak di muhasabah.
arahan: tutup mata dan zikir
next, kitorang di pecahkan by individu. dihantar ke lain-lain tempat. *but still dalm rumah adni.
next: siapa yang nak cari cahaya berdiri. yang duduk teruskan duduk. dan yang berdiri tadi pergi cari cahaya.
so, aku pun dengan menonongnya carilah 'cahaya'. 'bukk!' langgar dinding. 'bukk!' langgar kipas. masa tu nangis dah. bayangkan, kalaulah betul pintu cahaya ni tutup one day. langsung dah tak terbukak untuk kita.
'bukk!'
'bukk!'

Allah haii, masa tu dah bayang dosa dah. Dosa tak ganti puasa lagi. Dosa tipu kawan. Dosa tak tolong ibu ayah. Dosa tengok dance infinite sampai angau. masa tu bayang dah.
then suddenly, nampak lilin-lilin disusun depan badan. *mata terbuka sbb gelap sangat. so automatik terus terbukak luas mata even tutup mata pakai tudung.

lagilah meraung. macam manaaa lah nak lalu ni? takut apiii!

Tiba-tiba, ada orang pegang tangan aku. Lama sikit kitorang dok meraba sana meraba sini. akak fasi jerit "Kawan yang duduk, jangan kacau kawan yang nak cari cahaya!"
Apa lagi, terus sentap tangan kawan tu and sambung cari 'cahaya'

Tiba-tiba ada lagi orang pegang tangan. Kali ni lama sikit. Dok meraba-raba. and akak fasi jerit lagi. So aku kembali ulang benda sama, sentap kawan tadi dan kembali cari 'cahaya'.

Last, akak fc suruh duduk and bukak mata. the end of muhasabah that night. so, apa ibrah sebenarnya?

ibrah.

orang first:
"Sedih sebenarnya, bila kita yang duduk yang memerhatikan sahabat tercari-cari akan cahaya. Ada yang menangis terlanggar api. Adapun, kita ni ramai yang tak rapat. Sedangkan, ada juga kawan yang baru rapat hari ni. Tapi bila nampak dia sendiri menangis langgar api, tu dah cukup perit dah. Apatah lagi, rakan yang memang dah rapat dengan kita atau orang yang rapat dengan kita, nak-nak family sendiri.

Itu rasanya, bila kita tak terapkan syahadatul haq pada orang-orang sekeliling. Kita hanya mampu membisu, berdiam diri, tak mampu nak tarik tangan dia tatkala dia hampir langggar api. Sama juga, macam kita nampak kawan buat dosa tapi kita hanya berdiam. Umpamanya, kita 'membuta' melihat dia perlahan-lahan menapak ke arah api neraka."

Masa tu, aku mula sentap. Takungan air mata masa tu rasa dah panas. Jantung aku berdegup kencang kuat waktu tu. Getaran ego aku selama ni dah nak pecah.

orang second:
"Kadang-kadang, kita kena tengok. Bukan orang 'luar' je yang selalu nak cari cahaya tapi sombong dek kerana ego sehingga menolak tangan yang membantu. Kadang-kadang orang yang ditarbiyah ni, yang perlu diberi perhatian juga. Pernah tak rasa, kita rasa bosan dengan tarbiyah? Sebab ego yang ada dalam diri lah yang menghasut kita untuk lari dari medan ni. Sedangkan medan ni yang sebenarnya kita kena tempuh. Seakan diri ni dah cukup baik nak lalui sorang-sorang. Rasa tidak perlu dah 'tentera-tentera' Allah untuk terus membimbing dalam harung ujian dalam kehidupan.

Orang yang sudah ditarbiyah, sepatutnya bersyukur. Bersyukur bila ada tangan yang berjaya menarik kita untuk duduk bersama. Melihat masyarakat dan bersama tarik masyarakat 'bersih'kan diri. Jalankan SH, barulah bersama dapat masuk syurga."

Masa tu, aku rasa takungan air mata dah mendidih. Jantung aku makin kuat berdetak. Macam nak terkeluar dan menjerit. 'Senyap! Senyap!' Suara ego aku kuat berbisik. Ego aku masih menghalang aku untuk menumpahkan air mata. Tapi jiwa aku masa tu dah terkoyak dah. Seakan, semua yang dibincangkan waktu tu, sepenuhnya dituding dekat aku.
Oh god. Pedih plus sentap plus rabak. Jiwa meronta untuk melepaskan ego pergi!

orang third:
"Saya orang yang bukak mata tadi. Yang menjadi saksi kepada sahabat-sahabat yang mencari 'cahaya'. Dan saya tersedar sesuatu. Ada je, orang yang 'buta' dan diajak bersama bila kitorang yang duduk ni tarik tangan dia. Tapi dia lepaskan tangan kitorang, dan jalan lagi dalam kegelapan.

Orang yang berjalan dalam kegelapan, dan diajak duduk bersama. Tapi memilih untuk berjalan lagi dalam kegelapan. Sebab apa? Sebab ego yang menguasai dalam diri. Yang membuatkan diri terus membuta macam orang takde hala tuju berjalan dalam kegelapan. Kadang-kadang, ego yang menguasai diri. Apa salahnya sekali kita rendahkan ego yang berhantu dalam diri. Takkan kita nak selamanya berjalan sendiri dan harungi masalah yang sama langsung tiada peningkatan?"

Oh god. masa ni, agaknya ego dalam diri tiba-tiba kena bunuh dengan kata-kata tu. Terus takungan air mata yang mengelegak tadi akhirnya pecah. Cepat aku seka. Gila lah aku nangis (?) Tapi,
tangis aku lain rasanya.
Aku menangis dan pada masa yang sama jantung aku juga berdetak kuat turut menangis. Membuatkan aku terus teresak.

Gila lah weh. Padanlah tak suka usrah daurah segala bagai. Padanlah rasa looser gila pergi daurah and segala semua tu. Padanlah orang pergi daurah rasa kosong, tapi balik dalam keadaan berbunga-bunga. tak macam aku, pergi dan balik rasa looser.
 Why?

pakcik dan makcik dan segala bapak-bapak tuan besar ego yang bertandang dalam diri rupanya yang blok jiwa aku untuk terima semua tu.

Malam tu, aku tidur dalam aku tak mampu untuk berhenti menangis. Menangis sebab, god--- bertahun aku pergi usrah tapi satu haprak tak dapat hadam!
rasa looser dan rugi dan tiba-tiba rasa tak siuman sebab tak hadam benda tu dari dulu. Ah why?
So, malam tu aku text sahabat. Dan ceritakan segalanya, tiba-tiba Kak Nia datang tegur. Dan sekali lagi, malam tu, aku sekali lagi 'dihulur tangan' untuk duduk bersama cahaya. Aku tenggelam dalam perbualan kak Nia. Aku pandang kipas yang berpusing, dan neuron-neuron jiwa dan iman aku mula tertaut (harapnya!)

"Kak nia, selama ni Jihan memang dah 'disuap' dengan usrah dari sekolah lagi! sampai masuk U pun, akak-akak yang cari sendiri untuk 'menyuap' Sampaikan, sendiri rasa kenapa aku perlu 'disuap?' Pergi usrah dan daurah semua tu, atas rasa ok... memang dah adat, budak macam aku ni kena pergi. So, pergilah, Tapi balik benda sama je rasa... takdelah deep sangat."

"Jihan, tahu tak apa beza tanggungjawab dan jatuh cinta?"

"Tak.."

"Pernah ada assignment? Apa perasaan buat assignment?"

"Lol akak. Ofcourse la kena siapkan. Macam orang gila. Cari bahan itu ini kat library, Bila siap kena kick dengan lecturer. Tapi, seriuslah... assignment kena juga siapkan..."

"Sebab apa kena siapkan assignment dalam keadaan macam tu?"

Aku lama membisu. Terperangkap dalam jawapan sendiri.
Kak Nia sambung lagi...

"Ha.. itulah tangggungjawab. Rasa terpaksa untuk siapkan assignment. Cuba kalau jihan letakkan subjek tu adalah subjek feveret. Of course langsung tak rasa terbeban. kan? Sama juga macam Usrah. Kalau jihan pergi atas rasa tanggungjawab, ofcourse akan rasa sangat terbeban hingga kita tak jumpa sebab kenapa kita join semua tu. Tapi, cuba tukarkan tanggungjawab itu kepada rasa cinta..."

"Tanggungjawab... jatuh cinta... betul tu kak."

Dalam kegelapan, sekali lagi aku menangiss.

Weh, seksa betul malam tu. Boleh pulak SEMUA orang nak tegur siap siat-siat jiwa aku. Rasa macam, curahat dekat manukan dengan amie tu, SEMUA orang dengar.

Tapi, aku terdiam dan tersenyum. Melihat mesej yang dihantar oleh sahabat tadi.

"Jihan, lucky you! Jauh-jauh awak pergi, sabah juga tempat awak jumpa maksud tarbiyah tu!"


Dan sekali lagi aku tersenyum panjang. Alhamdulillah.

Malam tu, aku tidur dalam keadaan nak putar balik masa masa first dapat usrah. Dan nak korek balik intipati yang dapat dalam tu.

19 June 2015

Travelog : Sabah (Day 1)

p/s: *post pandangan hati hari pertama sabah hingga hari terakhir akan berbeza pandangan. so keep reading* perasaan di sabah akan melalui peringkat perubahan. Jadi keep reading. and nantikan apa yang berubah tentang hati ni. aiwah. cewah dan let's rolling eyes!



So, pagi tu (jam 8) aku dan amie pakai baju putih mmm lemonade! dan naik bas berdua. ok, bas dari begawan ke KK takdelah ramai. so, perjalan memakan masa dalam 9 jam. sebab turun naik just nak cop passport. bergeraklah kita ke brunei-sarawak-sabah- ajet-ajet lah kita ye.
Waktu dah sampai tu automatik mulut cakap "baik2.kita da sampai kk. kk is Malaysia." lol. negara sendiri nak takut. oh my Malaysia. Mana taknya, Alhamdulillah rasa selamat after 4 hari dekat Brunei. mana takk, hukum hudud dilaksanakan. and that's why;

"Barang siapa menjaga Allah, Allah akan menjaga dia."

See? so kenapaa kita nak takut laksanakan hukum DIA. entahlah? *angkat bahu*
masa sampai tu, mula dah nampak kutu jalanan yang memang dah biasa sangat dekat Malaysia. tiba-tiba diri rasa gelabah dan takut. errr.

DESTINATION pertama:
Masjid. kami nak kejar solat jamak asar-zohor. so, ada satu masjid (?) dekat atas bukit. berlarilah kami ke atas, tanya mana tempat wuduk perempuan.

"Kat sini share tempat wudhuk lah dik."

then, kitorangberjalan lah ke tandas dengan stokin, (masa ni tak ingat nk tggl stokin) sekali ttbe "tanggal la stokin tu" dngar suara pakcik dr blkg tggikan suara .
Ok, melopongg kejap. memandangkan nak kejar waktu solat, masuklah berdua dalam tandas. tapi, debar sebab dengar suara orang laki dari tandas sebelah. God~ Then dengar pulak orang lelaki ambil wudhuk kat luar. God~

nak balik brunei baliklah macam ni. hassssss~

lepas dah ambil wudhuk dalam tandas, terus bukak pintu nak solat, ttbe dia punya balaton jemaah lelaki beratur nak ambil wudhuk.
tutup pintu rasa nak menangis dalam tandas.
nak solat~
akhirnya, sampailah ke azan maghrib dan alfatihah pertama baru keluar tandas. keluar berlari untuk solat 4 waktu T-T
next, kami bergerak ke tempat penginapan. RI! RI Firdausi! First time jejak RI (Rumah Iman) means rumah akhawat. so, dia agak berdebar sebab, rumah akhawat kot~ cehh.
masuk je, semua dah serbu (ajet hot) aiwahh. semua tanya nama~ umur~ course~ asal~ senang kata tak putus suara dengan mereka. jadi rasa macam dipelawa and welcoming! bahagia *untuk masa tu*

Malam berlanjut. dan aku kebosanan dalam bilik atas. rasa nak balik brunei dan johor sekarang. Bukan ni yang aku nak- should be sekarang dah lepak tengok langit. makan udang ke. tapi duduk dalam bilik. akhawat-akhawat duduk bawah borak pasal usrah-daurah-adik2.
not my type la nak borak benda tu.
so, tiba-tiba aku menangis. rasa looser sebab tak mampu nak borak pasal dakwah. sedangkan dah dapat usrah since sekolah rendah.

*iklan*
 "Jihan mesti hebatkan awak dah dapat tarbiyah since sekolah rendah!"
"Hebat? Hee, biasa jelah. asal semua dok bahagia bila tahu aku dapat tarbiyah since sekolah? aku tak rasa benda pun."
*habis iklan*

Malam tu aku bermonolog sendiri. allergic la dengan soalan pasal dakwah. dah baik tu, baiklah. buat apa nak daurah. kan?

akhirnya aku tertidur dalam tangisan sendiri. Tiba-tiba ada akak kejut, ajak tidur atas tilam. Dan malam tu, aku tertidur dalam keadaan hati aku masih belum terbuka.

04 June 2015

Jurnal (BRUNEI)

Alhamdulillah, siap juga Jurnal kat Brunei selama 4 hari. So? whatsup? not wasap. K. Check it out. Read and relax. K Lol. Seketika nanti, mungkin percutian anda lepas ni ke Brunei? Oh well. who knows? *nak baca klik link bawah eh ;)






Jurnal - Brunei (Day 4)

Day 4.

Pagi tu bangun dengan harapan ada dekat atas katil Empire Hotel. Tapi, aku menangis kesyukuran sebab still lagi dalam hostel Unissa yang sejuk ada aircond ni. *tak macam kuis.
Hari ni terjah Hot Point lagi. Memang tak bosan lah kat HP ni, sedap first, second pun sedap. Third apatah lagi sedap. T-T

Lepastu, memandangkan haritu release Pitch Perfect 2, jadi kitorang beli tiket untuk tigaaa. Qila, Amie and Budak gemuk ni. Balik tengah hari tu, Amie ajak pergi jumpa lecturer dia jup. So, around Uniss. Around and around, sampai ke ofis.

"Ma'a man enti?"

K, dipendekkan cerita, amie speaking dengan lecture arab dia. Aku ni, arab? haha, better stay luar bilik dia. Tapi lepas, diseru, masuk lah dengan terkulat cendawan paku pakis semua lah masuk tayang gigi besi ni. Ok, amie borak dengan lecturer dia.

patah haraaaam inda faham.

ada la. itu pun, "La." "Na'am" "Limaza?"

Sekali, lecturer dia tanya apa ntah kat aku. pandang amie minta simpati.

"Oh, tahun dua. Malizii (Malaysia), Kuis."

"Ambil course apa?" Lecturer tu *mencuba* ber-malay.

"Syariah,"

"Oh! Walakin, anti la afham Lughah arabiah?" (Oh, tapi awak tak faham bahasa arab?)

Pank. merah pipi. kena tampar dengan diri sendiri. haah lah kan, nak cakap Syariah ni belajar? Dok selalu komplen subjek semua dalam arab. Tapi tak faham orang cakap arab.

"Er, Qalil faqat ustaz!" (Erm sikit je ustaz) Lol, mencuba lagi T-T.

Ok, habis borak dengan ustaz, dok tenung amie. Haha, malunya. Balik ni nak pergi gontor la. Nak hadam arab!

Ok, balik hostel, pack-pack barang nak ke KK ESOK! so, habis pack, beradu lah kita sambil mimpi, bila nak pergi Empire hotel lagi. *lupa terus pasal gontor*

Malam tu, amie ajak makan kat wiwi. Nangis lagi sekali, sebab satu, sedap. second pun sedap, third, tak payah cakap. Lagi sedap!


So, malam tu.. Pitch Perfect 2 Time! Lepas bergelak dan menangis, malam tu tidur dengan harapan dapat nyanyi atas perahu dengan Fat Amy!

28 May 2015

Jurnal - Brunei (Day 3)

Day 3

Memandangkan budak UNISSA ada exam dan ada yang berprogram, aku menikmati air-cond dekat dalam bilik je. Sambil lipat-ing baju and baring-baring,

Then, petang tu, holla! Makan dekat Hot Point dengan Amie and Qila. K, nangis jup. Serius la, rindu bake rice dia, dan rindu bau Buttermilk. Gaaahhh~



Habis makan, kitorangg bersiap pulak nak pergi walk and see lagi. Lepas Zohor gerak.

First Destination:

ke swimming pool lah kita. K, dalam bangunan ni, ada swimming pool. asing di antara lelaki dan perempuan. Jadi masa sampai tu, tergamam sat, sebab takde orang! hoyeahh~ sekali tengok kolam dia, makkk dalam (untuk ketinggian pesen aku) jadi, dalam berapa jam ntah, bermandi manda lah kita. Habis mandi tu, aku dan amie keluar cari cafe ape ntah, sbb amie cakap nak beli tiket pergi Sabah. Jadi, tiket dari brunei ke KK 45dolar. 

Masa jalan tunggu Maria and the geng, tiba-tiba nafsu nak kopi. Jadi pekena kopi. Lol, jakun k. Sebab aku tak pernah lah nak pergi spesific kedai kopi untuk merasa kopi. Contoh macam Old Town ke, Buck punya bintang ke (Starbuck) dan pelbagai nama apee lah.

Jadi masa tu terus jatuh cinta T-T


nak kopi lagi!

Next Destination:

Jauh Maria drive. Sampai ke Empire Hotel. 'Hotel?' bakpe kita kat hotel? Masa tu, team lain pandang-pandang sengih kat aku.

"Jie, try la tengok kat dalam. Confirm la tak nak keluar."


Serius la. Kenapa bawa aku dekat sini T-T. mulut tak mampu nak tutup. Nganga memanjang. Entah la ada lalat masuk ke tak. Tak tahu lah jugak masa tu menitis ke tak air mata ni. Masa tu, ada la dia punya pembantu hotel tunggu depan pintu gerbang tu sambut tetamu. Pakaian segak kau~

Ok, masuk lagi mula lah berangan datang dengan encik somi. Acah honeymoon macam tu. Rasa swag swag macam tu. Rasa macam abang somi kita ni pemilik hotel. Datang dengan berkod hitam, bertie jalur merah putih. Bawa kereta bmw ke, kereta porche ke. Lepas tu bising "sayang, jom kita makan.." hahahah!


Ok, keluar dari hotel tu, nampak pulak swimming pool dia. Alaah, ter-acah jalan dengan somi lagi T-T. Konon main tolak-tolak lah dekat tepi swimming pool tu. Pehhh~

Ok, sampai kat tempat duduk tengok sunset. Masa tu ter-acah balikkkkk duduk bergendeng dengan encik somi. sambil dia bisik, "Cantikkan sunset tu sayang?"

Allah~

Start je matahari nak turun, photoshoot dengan Amie. Masa tengok gambar, aiwah, sweetnya kalau honeymoon sini. mula lah borak "aaaah, tak sabar nyaa nak ajak abang sayang honeymoon sini"

amie cakap, "Somi somi, amie ni apa?"

Keluar je hotel balik. Terus set, oklah. Tak dapat pergi Korea pun takpa. Sini cukup dah. Ok abang somi? hahahaha!


Malam tu, UNISSA ada kes takde air secara ttbe. Bayangkan dengan berlengas-lengas tu mulalah resah. Mana lahai nak cari air ni abang somii??


guess what?

Dengan bawa toiletries, dengan berselipar crocs, dengan pakai selekeh selekeh pergi mall depan. *unplanning* Mall depan ada hotel. menumpang dekat tandas hotel pun jadilah. Aih, malam tu, otw balik hostel, karok-karok sat~


Malam, tidurr dengan hajat nanti dapat lah pergi Empire dengan somi.


*Somi = suami


27 May 2015

Jurnal - Brunei (Day 2)


So, pagi tu bangun dan bersiap nak round lagi Brunei. so, ke TAMAN PERANGINAN TASEK LAMA. Nak cerita dan share masa kitorang ter-sesat otw pergi situ. Maria as driver cakap kena masuk bukit tu. So, masa nak naik bukit tu, ada pakcik tengah senam tengah tengah jalan, jadi masa nak naik punya kitorangg terfikir 'pakcik ni dah kenapa susah nak bagi kita jalan?’ bergelak ketawa lah kitorang bertiga sambil kereta bergerak laju naik puncak. Sampai kat puncak semua terdiam.

K, Padanlah pakcik tadi macam tak nak bagi kitorang jalan.
K, Padanlah pakcik tadi tengok semacam je kat kitorang masa kitorang bergelak ketawa naik atas.
Jalan mati rupanya.


Jadi, turun bawah balik dan park sebelah kereta pakcik tu. Maria tanya pakcik tu. Dan nak katanya baiknya hati orang Brunei ni (ada cerita lagi pasal hati orang Brunei ni) pakcik tu offer nak lead pergi Taman tu. Ahhh, masa tu, as Malaysian aku dan Amie mulalah mengiktiraf, pakcik kita! pakcik kita! hahaXD
agak berapa ramailah pakcik pakcik kat Brunei kalau gitu gayannya. hehh.


So, apa ada kat Taman ni?
Boleh naik hiking! Disebabkan badan ni tak diizinkan nak hiking, cukuplah sekadar berjalan sikit sampai ke puncak dan cukuplah snapping. Makan + Makan Allah, nikmatnyaaa.

Next Destination :

 Ke Muzium Maritim lah kita. Masa ni, tak pernah rasa tak cinta kat sejarah. Pestime kot T-T Nak masuk muzium tak payah bayar~ Jadi round and round. Gituh. So, nak kata Brunei ada banyak kaitan dengan China.

Then benda paling menarik yang aku tengok is, replika kapal orang china. Dekat depan sekali, diorang akan buat bentuk like mata ikan. So, what's that mean?

Ikan, adalah satu hidupan yang berani. Kecil, but, tinggal dekat tempat luas. Dan berenang sambil melawan arus, demi nak teruskan kehidupan kot. argh. So, analoginya, kapal cina ni nak kataa diorang sangat berani dan tak gentar la nak lawan arus. Gituh.

Next Destination :


Ke Masjid Istanbul lah kita (?) nopee. Masjid As-Solehin nama diberi. Masuk je dalam tu, ahhhh. Bau Mekah Madinah k. serius laa. Masa tu terus rasa jejak dekat Mekah dan Madinah. Lepas solat, around masjid, tengok sekeliling. Dan hakak yang lain ada cakaap-cakap dengan guard masjid. Tiba-tiba aku dan amie (sibuk amik gambar) kena pangggil. Diorang kata, Pakcik ni nak bawa kitorang naik atas, tengok tingkat atas. (act kunci taww tingkat atas) (lagi satu bukti baiknya hati orang Brunei ni)

Sampai atas, masa tu rasa macam nak design bilik macam ni T-T. Sangat cantik dan nak tinggal situ. Kalau iktikaf niiiii~



Next Destination :


Kitorang 'menyinggah' dekat istana Brunei. Hihii, ambil gambar depan pagar pun cukuplah. Then kitorang gerak lagi ke Makam Diraja.

Next Destination :

Pantai Serasa! Before sampai, singgah satu surau. "Rapatkan saf! Semoga kita dirahmati Allah!"

okk, sambungg Pantai Serasa (penghujung Brunei). Kecikkan Brunei? Tup-tup dah dekat hujung dah. kat situ, tenang dan sangat tenang. takde orang kat situ, so, kat situ tak buat apa. Cuma termenung dan rasa (WOW)


So, lepas menarik dan menghembus nafas dekat Pantai Serasa, balik! balik! ada orang exam esok! Yeah. Alhamdulillah. Balik, tidur sambil dibuai bayu Pantai Serasa.

23 May 2015

Jurnal - DAY 1 (BRUNEI)

Assalamualaikum :) 

So, perasaan naik flight sensorang ke Brunei. Ajet ajet le kite ye. Counting day la masa nak pergi. 10 days hingga ke 'Tomorrow' cool dan tenang (masa tu lah)
But, start jejak kat Airport, masa tu gelabah tak tentu pasal. Complete tak itu ini? Ada tak itu ini? Sampai kat KLIA nak pergi mana? Nak buat apa? Beg kena ambil tak?

Checklist before travel sendiri (ke obersilah kita)

ü  Passport
ü  Duit secukupnya
ü  IC/Lesen/Gambar passport
ü  Berus gigi + ubat gigi (those yang pakai braces terutamanya)
ü  Sungggyu (nama teddy bear)

Hahaha. Bab gambar passport tu, tak payah pun takpe. But, for yang pestimee macam aku, macam nak buat sijil nikah kot. hahaha kena itu bagai semua.

Checklist bawa naik atas flight (1 jam dan lebih)

ü  Buku bacaan (novel-ilmiah)
ü  Word search (haha)
ü  Earphone. *But before that, masuk je flight terus set hp ke airplane mode. So bila dah kat atas nak bukak bole daa ambil gambar. Bole daa nak dengar lagu.

So, terbanglah aku ke udara. Part kat atas tu, mohonlah tadabbur alam. Tengok cantiknya awan, cantiknya laut dan bumi.






Sampai Brunei area jam 3 ptg. Maria ambil. ok, nak cakap. Aku tak pernah jumpa Maria. Tapi entahlah, tautan ukhwah terasa waktu pandangan pertama -ohoiiii- gituu. Maria tengok aku dan aku tengok dia dan kami senyum.

"Maria?"
"Jihan?"
"Sama kamu dalam gambar!" Maria menghulurkan gambar aku. Aku mengukir senyuman. Tak tahulah, tapi macam aiwahh, comelnya. Tak susah nak cari orang. Haha.

So, keluar dari Airport, nampak lah Brunei nan indah dan tenangg yang amat T.T *nak duduk bruneiiiiii*

First tempat:

Hostel UNISSA. Disebabkan tengah cuti, yangg tinggal cuma budak international. Dari Thailand hinggalah ke Singapore. Ya Rabbi, sedangkan asramanya best jugeee T-T (kalau KUIS macam ni) aircond? check! Wifi setiap aras ada dua? check! bilik sorangg satu? check! dapur? check! cermin muka depan tandas (aggak besar)? check!

Next, Maria ajak round dekat UNISSA. so, bergeraklah ke library. Hollaaa! nampak kitab-kitab. tiba-tiba flashback masa kuliah. Round lagi, terserempak lecturer dari segala pelusuk dunia. feeeh. Uni yang takde tittle 'international' nampak international nya. tak macam uni yang satu tu, dalam nama ada 'antarabangsa' tapi nak cari student dan lecturer antarabangsa susah. Hahaha.
Agak lama berjalan, terserampak sorang lagi studenggg. nama dia, QILA! hyeee! hihihi. Singaporean. Agak bising dan kecoh. haha. Sampai bilik, peluk-peluk sat dengan Amie, keluar pergi jalan.

Next Destination :


KAMPUNG AIR. hollaaaa~ naik bot, tiket, 5 dolar sekepala. round round sungai(?) laut (?) dengan kelajuan yang *myvifamilia* hahahaaa. So, Kampung Air is about rumah yang atas air. Haha, macam kehidupan nelayan kat Malaysiaa jua. Rumah atas Air. but Kampung Air ada masjid + Sekolah rendah + Sekolah menengah + Dewan + Balai bomba + Balai polis. So, dia agak (WOW)
Kat Brunei?



Tak payah susah nak cari masjid laaaa. Masjid mana-mana ada. Cantik and shiny pulakk tu. Oh well, negara Islam kan? Ahhh. Rindu Brunei.

Next Destination :


gambar atas ni, betapa takdenya kereta waktu malam. 

Mall depan Kampung Air. 'Mall?' oh btw, tmpat nak naik bot tu Maria kata dekat bandar. Jadi nak cerita betapa kecilnya Brunei sebenarnya, bandar dia pun tak ramai orang :') Jadi, pergi Mall pun watlekwatpis ggitu. Bestnya kat Brunei, takdenya kutu jalanan kutu jalanan macam kat Malaysia. remaja lepaking lepaking tepi Mall. tepi kedai, tepi jalan.

Kat dalam Mall tu, susah nak cari remaja? aku jumpa femili je. Haha. And, Brunei is sooo tenang. Aku jalan sana, yaa. Pakaian mereka sangat menjaga kalau nak dibandingkan dekat Malaysia laaa. Masa aku jalan-jalan tu, sampaikan aku bisik dekat Maria "Memang kaat Brunei semua pakai tudung eh?"

Sebab susah nak cari yang tak pakai tudung! T-T adapun, non-muslim. And non-muslim dia pun takdelah pakaian yang macam non-muslim kat Malaysia. hahaha. Still rasa selamatlah mata ni.

Next :


Kitorang balik UNISSA lepas seharian 'terbang' atas air. Malam tu, tidur dalam tenang dan jiwa yang berterbangan keliling Brunei.




17 April 2015

P E R J A L A N A N


Mengharap ada banyak nama. Bila diri yang buruk dikenali, tukar nama baru? 

Perjalanan hidup bukan semudah yang disangka, banyak mehnah yang kena tempuh kot, Jiwa kena kental. Iman kena sado. Diri kau jugak kena tough. Sebab kat tempat situ engkau lemah, lama kelamaan, orang disekeliling kau mengajar untuk kuat.

Siapa orang sekeliling engkau? 
Mereka, yang juga pernah lemah seperti engkau. 

Hidup ni macam tayar. Bulat dan lembut. Berakhir bila tayar meletup. Maksudnya bila, kau pulang dekat tanah semula. Dekat tempat lain nanti, mungkin engkau kuat. Sebab kau dikurniakan untuk menguatkan yang lemah. Siapa mereka?

Mereka yang kelak juga akan kuat seperti engkau.

15 April 2015

NOVEL RAM

Bismillah.

Nak let go Novel-novel Ramlee Awang Mursyid.

FIKSYEN 302

RAYYAN FANTASI


9 NYAWA

UNGGU KARMILA

CINTA SANG RATU


HATIKU DI HARAJUKU


AKU BERCERITA




p/s: Semua Novel dalam kondisi baru.
019-7698415 (Whatsapp)

07 April 2015

.home.

Alhamdulillah :)

Goodbye my semester 3, and hello for my next sem! hihihi, jadi senior dah? hewww~ Alhamdulillah, selamat tiba rumah. Lepas berbulan duduk dekat kolej. Tanpa ommonie and abbujie dekat sisi. Tanpa hyungg and dongsaeng yang boleh ajak main pukul-pukul.

Sekarang tiba rumah! Manseeee! kemas-kemas barang, simpan dalam robok. Senyum :) Ya Allah, setahun setengah dah aku study course ni.

Tengok kitab yang aku bawa balik rumah.

full arab. dan tiba-tiba rasa nak menangis, even, takdelah lancar tulisan aku nak menjawab dalam paper arab, even takdelah otak aku ligat tangkap apa yang lecturer terangkan,

as long, kau usaha. kan? nothings impossible dear. as long kau hadam betul-betul apa yang lecturer cakap. kan? as long kau letak kan kepercayaan setingginya dekat DIA. Dan, aku tiba-tiba teringat ustazah beah, ustazah zuraidah, ustazah mely ajar,

arab dekat kolej senang faham kalau kau belajar betul-betul masa sekolah dulu T-T

dan tiba-tiba aku terflashback, cubalah masa UPSR, PMR dengan SPM aku belajar macam mana aku belajar sekarang. kan?

Lol. takdelah nak cakap, aku pelajar mantap kat kelas, naaah~ dekan pun belum :(

cuma, aku bila study dekat midterm and final, baru aku sedar macam mana nak belajar. macam mana dan apa itu perasaan nak menghadap hekzaam. rasa dulu masa upsr and pmr and spm, tak belajar pun.

Allah.

otoke? life must go on.

upsr

pmr

spm

semua tu bertahun dan aku tinggalkan. sekarang, lepaskan diploma. habis diploma, sambung la degree walaupun umur kau dah tua nak sambung degree, siapa suruh tak amik asasi. kan?. hahahahaXD

itulah anak anak, yang masih sekolah ini, tolonglah letakkan kesedaran awal untuk belajar tu. jangan jadi macam hakak ni.

ni laa. tang masa buat esaimen, tang masa buat grouping, presentation, meeting, paper work, tang tu mula kau flashback, masa sekolah ada ke spirit ni? T-T

aku rindu masa zaman sekolah T-T

06 January 2015

Oh Banjir!

Penutup December yang bagi orang, punah segalanya.

Assalamualaikum w.b.t
Salam hari Ke 6, tahun 2015 :)

Ni buang belakang jauh sikit, ke bulan December yang lalu. Bila, banjir menimpa Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor. Habis tenggelam, seakan Malaysia macam diterbalikkan negaranya. Seakannya, laut "ziarah" ke Malaysia. Hujan tak berhenti. Habis semua terputus hubungan dengan mangsa-mangsa banjir. Habis pergi nyawa yang dikasihi. Habis diputuskan bekalan elektrik. Masa itu, ramai mulut-mulut yang tak diberi kesedaran  ni mulalah mengata, "ha tulah, dulu rajin sangat mengutuk negeri itu ini. itu ini. kan dah kena bala" Allahu Akbar.



Geleng kepala seribu kali geleng.

Masa ni, media media penuh dengan mangsa banjir, kadar banjir, bla dan bla dan bla.

Perawalan bencana ni, mata-mata rakyat tak terbuka untuk melihat hikmah sebenar.

3 Januari, aku dan beberapa insan lain, pergi TUDM kat Subang. Misi packing barang untuk mangsa banjir. Boleh menitis berbaldi-baldi air mata aku . Tiba je dekat situ, aku tengok ramai sangat jemaah manusia turun padang. Tak megira bangsa dan negeri. Ada dari Johor, ada dari luar negara,




Bertan-tan lori datang hantar barang tanpa berhenti. Dan orang yang membantu juga tidak berhenti mendaftar nama. Terik matahari, tak payah cakaplah~ Nampak gambar sendiri boleh faham terik dia. Sedangkan aku yang duduk di bawah khemah pun naik sakit kepala.



"Tugas awak semua (sukarelawan) ambil kotak-kotak bawah khemah tu, dan keluarkan semua yang ada dalam tu. Lipat baju ikut kategori. Telekung satu tempat, Baju kurung satu tempat, T-Shirt lelaki satu tempat, pakaian dalam satu tempat, baju sekolah satu tempat, sweater satu tempat, Tudung satu tempat, pakaian baby satu tempat......" dll. nak cakap, serius banyak sangat kategori baju. 



Gambar atas tu, kotak-kotak kosong yang dah kitorang keluarkan barang-barang. Awal datang situ, khemah yang dekat tempat budak baju merah tu, bertimbun dan menggunung kotak-kotak tadi. 

Lepas satu kotak, kotak lain yang dibuka. Dilipat baju. Pelbagai kot, Banyak baju yang lama-lama. Dan ada juga baju-baju yang 'bau kedai' lagi. Paling best, sebungkus towel baru. Dan paling best lagi, seikat tudung dan dua papan pin tudung. Aku rasa nak menangis. Sebab-- hikmahnya dah jelas dah.

"Sebelum Allah bagi nikmat, Allah bagi dulu ujian"

Dan, itu sebenanrnya nikmat. Nikmat dapat melihat hati-hati rakyat yang prihatin. 
Melihat hati-hati rakyat yang turun padang membantu mereka.
Melihat mereka yang menadah tangan memohon bantuan dari DIA yang ESA.
Melihat pemimpin-pemimpin turun melihat rakyat mereka.

Hati bersatu.
Hanya dengan bencana ini.
Hanya dengan ini, tersedarlah diri dengan kekerdilan hamba.






01 January 2015

DRESS MUSLIMAH

Bismillah,

HAPPY NEW YEAR

may the first book of 365 tertulis dengan indahnya :)

Ok PERCAYA takk?!

Dress cantik macam kat bawah ni harga BELOW dari RM 100?!

Seriusly, cantik dan soft.

Any enquiry, boleh contact : Nazirah (011-32174716) / (019-6179978)

Instagram : @rosesspearl






















2 Abad

Ever last my love 2014

Goodbye my heart 19teen

Welcoming not single

Hahaha.

Duka semalam baling belakang jauh jauh. Bila terhempasnya QZ, bila hancurnya MH17, bila hilangnya MH370, bila langit sudah lama tidak menangis dan kini bila langit tidak pernah berhenti menangis. Masya'Allah.

Dah dua abad aku hidup. Entah apa corak dua abad ni pun aku sendiri tak tahu. Sama ada lebih hitam atau putih itu pun aku tak tahu. 

Kelas Aqidah hari tu, ustazah minta tolong lukis gambar kereta. Component paling penting, side mirror and cermin belakang. 



Baru aku tersedar *k, hebat mana dan cantik mana kereta tu, memang akan ada component penting tu. Tujuan?

" Side mirror tu, nak kita toleh kiri kanan, sebelum masuk simpang, nak reverse, nak berhenti, kita nak jaga diri kita and kereta kita"

"Dah nampak main point sebenar?" Hehehehe, confirm jiwa anda tersentak. InsyaAllah lah~

"Siapa pun kita, benda yang lepas itu sebenarnya membantu guide perjalanan kita di masa depan. Tiada istilah 'jangan toleh belakang lagi' 'never look back' "

Sebab tu, Allah hadiahkan kita mukjizat Alquran. *nangesss* 

"Inilah ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi hikmah" [31:2]

"Sad, demi Al-Quran yang mengandungi peringatan [38:1]

"Hikmah..."

"Peringatan..."

sendiri fikir, sendiri rasa nak menangis. Bila fikir balik, berabad duduk lama kat dunia, tapi sikitpun buku amal tak tebal, takde guna. Mati tiada guna, hidup juga tiada guna.

Selagi ada hidup, selagi itu ada harapan :)

Welcome 2015
Happy 20