02 December 2014

ke SembilanBelas

flashback 2 tahun lepas. Pasal birthday prank birthday qiam tu. ok stop flashback.

1 Disember 2014: Pukul 12:02 malam. Atau nama lain memalam bute. Telefon aku bunyi lagu Heora-Under the Moonlight [K.lol]

'A'mir Rif'at' Nama tertera di skrin. Senyuman aku melebar luar.

"Awak, kita tak nak wish apa-apa tahu." Katanya. Aku tersenyum. Haih, tiada apa aku nak harapkan. Kalau boleh sekarang nak balik Johor, nak potong kek sama-sama dengan Am. Mana pernah, potong kek sama-sama. EH! Ada! 6 tahun yang lepas, masa tu, form two. Gila jauh dah.

Esok tu, aku pergi kelas dengan perasaan excited. Kononnya dah matang lah kot. Gituh~ Borak dengan kawan-kawan, dengan perasaan excited gituh~

Entah, maybe hari tu, aku dah naik satu tahun. kot?
atau umur aku dah nak habis belasan tahun?
atau dah nak sampai seru?

entah.
Lecture nama Farah tu masuk. Lepas dan cakap, dia terangkan sikit-sikit pasal letter tu.

"Ok, boys, cuba try korang buat Title, biasanya lelaki suka cakap pasal smartphone right? Try la Enquiry of Iphone 6 or anything else."

"Girls, korang try buat head title, biasanya korang suka order-order makanan or nak buat birthday suprise...." zassss, aku blank. Dan aku tersenyum. Bukan senyum pasal birthday suprise, tapi sebab 'birthday' k annoying.

"Ok, lets try write today's date." and again aku blank dan aku rasa sejuk lain macam. aku tergelak, dulu masa aku sekolah, mana pernah nampak 1 Disember dekat whiteboard. Orang holiday kot time tu,

Petang tu, aku balik bilik dan siapkan task kakak naqibah bagi. Cerpen Bagaimana Aku Mengenal Tarbiyah  dan buat nota Fiqh Sirah.

Malam tu,  attend usrah. Dan aku jadi 'orang baru'. Bila mana, aku yang tak pernah pernah datang awal ni, datang usrah paling awal. Usrah hari ni, buat aku bahagia syadid. Sebelum tunggu usrahmate lain sampai, aku pun jejakkan kaki dalam masjid dengan Fatimah sebab nak beli air.

"Fatin Najihah kan?" Seseorang yang..... lalu dan berhenti depan aku.
Aku teragak-agak.
"Ingat tak?" Dia menyambut tangan aku.
Najihah? Heh, time sekolah rendah dulu je orang panggil macam tu.
"Syuhada Hayati?" Aku recall kenangan silam.
Dia tersenyum. Ahhhh, ada juga batchmate dekat sini. Aku terpandang kad matrik warna kuning.
"Oh, baru masuk? Course apa awak?"

ok tutup cerita lepas aku dan Fatimah beli air, lepastu pergi kelas yang nak buat usrah tu.

Usrah malam tu, aku rasa roh baru. Ye lah, siapa taknak azam baru kot. Sepanjang usrah, aku melemparkan senyuman, kepada semua usrahmate dan kakak naqibah. Tiba-tiba, tiga orang akhawat masuk dan duduk join sekali.

Bukan rasa tak sedap hati. Tapi, semacamnya aku suspicious.

Aku mula tidak duduk senang.

"Usrah kita akan ada rombakan" Aku teringat kata-kata kakak naqibah sebulan yang lalu.

Selepas diterangkan, akhirnya dua antara kami akan terkeluar. Dan naqibah kami, turut diganti. yang paling aku ingat, "Ini juga, boleh jadi hadiah hari jadi birthday orang tu kot?"

Aku menundukkan kepala 90degree. Hati aku bergetar kuat. Tangan aku gengam kukuh. Fatimah disebelah tidah sudah lagi memaut tangan aku.

"Adik-adik, ada nak cakap apa-apa? Mungkin untuk akak, atau usrahmate? Atau naqibah baru.?"

Semua bernada sebak. Semacamnya mahu menangis. Aku cuba untuk gagah, melemparkan senyuman sebaik mungkin. Aku cuba bergurau-gurau, mengubat hati yang sedih. Tiba giliran aku bersuara, cuba sepetahnya berkata. Mata mula panas, tapi aku cubit sekuatnya tangan aku. takkan hari ni nak pisah kot? Aku pujuk hati, sesungguhnya DIA maha tahu.

Tiba pula kakak naqibah memulakan sesi ta'aruf bagi diri mereka.

"Nama akak, Yana, bla dan bla dan bla."

"Nama akak, maryam, bla dan bla dan bla."

"Rasa maryam ada kot, junior sekolah kat sini?" Kak Ainun bersuara.

"Sekolah Hidayah?"

Aku terus mengangkat muka. what? "Oh ye ke? akak Batch berapa, oh 7? Huhu, tak sempat kita kak.."

Tiba-tiba, kak yana di sebelah bersuara lagi. "So,awak kenal...rai? safiyah? mai?"

Aku terdiam seribu bahasa.

Tadi sahaja, aku 'dihadiahkan' dengan Syuhada. Kini? Senior qawiy?

Dalam sedih, hati aku memujuk untuk senyum. Ya, inilah hikmahnya. Aku, berpisah dengan dua usrahmate dan kakak naqibah yang paling sayang. Tapi diganti dengan senior sekolah aku sendiri, yang generasinya juga adalah generasi qawiy, juga kenal dengan sahabat-sahabat aku yang qawiy!

Allah.

Malam ini, tidaklah aku menangis penyesalan. Aku menangis, kerana berpisahnya aku dengan tiga orang yang aku sayang, Allah tetap tidak menjauhkan aku dari tarbiyah :) Betullah, Allah punya ramai tentera.

Sesi bersalam-salaman

"Kenal adik akak? Kak Nawal?" Sekali lagi aku terkejut, Like, seriusly?

"Kak Nawal, akak ingat kita?"
"Ingat, Kak Mila kirim salam, akak bagitahu awak ada dengan akak."

Hah, semacam aje aku rasa nak menangis. Sungguh hebat hadiah malam ini, Ya Allah :)

Sepanjang perjalanan balik ke mahallah, aku berborak, dan berfikir sejenak. Segalanya sungguh ada hikmah.

Tiba di bilik, atas meja ada satu beg, aku buka, penuh dengan hadiah dengan kad. MasyaAllah. classmate yang dari siang tadi tak wish saja nak gedik gedik. Dan sekali lagi aku terfikir, ini...hadiah yang sungguh hebat.

Aku tersenyum sampai sekarang. Tidak sudah memikirkan perkara yang berlaku sepanjang awal Disember ini.

Aku, dapat wish lambat, dari semua. Tapi aku tak kesah. Selepas balik usrah, aku dapat berlambak wish tidak putus dari segenap sahabat dan teman. juga dari segenap dunia. k lol. Thanks Fana sebab wish jauh dari jordengg. Hehe

Ya Allah, terima kasih. You made my day, today :*



Ok, dah 19 tahun. Alhamdulillah :)