08 November 2014

This war, never end!

Semalam, aku check portal. Katanya result keluar hari ni. Entah, aku sepertinya takde perasaan. Takut atau excited. Sebab, macam tahu kot pointer aku paling cincai la. Sebab, yelah. Sem ni sem paling *dafuq* sekali. Paling aku menyampah, paling aku benci.

Aku refresh portal.

ERROR.

refresh lagi

ERROR.

refresh lagi

ERROR.

keesokan harinya, aku refresh lagi. Akhirnya terpampan lahh result sem ni. No komen. Alhamdulillah atas segalanya.

Bukak whatsaap. Ramai kata nak leave kuis.. Aku terkejut seakannya, aku hilang rakan seperjuangan. seakannya aku akan hilang tentera yang bertarung dengan aku. seakannya aku kematian sayap kiri dan kanan yang membuatkan aku juga boleh terjatuh.

Just my word.

Berbaki 4 sem lagi.  Kalau 2 sem ni kita dah terjatuh dan terluka, rakan-rakan merupakan penawar dan syifa'. Battle tak habis lagi, mana boleh lari. Dan aku nak cakap, mengalah adalah untuk orang yang takutkan kejayaan. Realitinya, kejayaan itu kita semua akan rasa. Cuma kalau terlalu awal kita mengalah,

Perjuangan yang pahit bagai hempedu tu, seakan terus mati dalam hati menjadi padu.
Biarlah pahit itu bertukar manis seperti madu. Biar terus di hati tenang dibuai merdu.




Kawan,
aku punya pointer tak hebat. tak tinggi. kadang-kadang aku cuba untuk mengalah. aku ponteng kelas. aku tak attend program. seakannya aku tahu aku takkan berjaya.

Tapi, jika itu yang aku terus didik jiwa menjadi manja dengan sikap itu, jiwa aku akan mati.

Diri sendiri kena bangkit lah.


Tadi aku borak dengan adik. katanya, kalau dapat markah 78, mintak jelah extra 2 markah lagi dekat cikgu. dapatlah A.

Ehek. aku rasa, jangan mintak extra 2 markah tu. Bagi effect kat paper result, tapi sebenarnya langsung tak bagi effect dekat diri.
Nak berbangga kan dengan markah 80 sebab dapat extra 2 markah?
 Atau nak berbangga sebab berjaya cikgu terima pujukan?

Eheee. Battle ni, pahit mana, itu bahagian kita. Manis mana, itu juga bahagian kita.

Kawan,
Janganlah mengalah. sebabnya aku juga senang nak mengalah. Jiwa aku terdidik dengan kawan di sekeliling.

Sebab, kau kan cermin aku. kan? :)

Dah, pointer tu, kita letak tepi dulu. Sem3 is coming. struggle tu bagi extra sikit.

No comments:

Post a Comment