16 July 2014

Redup

Bismillah. Salam dari CC tempat ni.

aku sedang berlari. meninggalkan kesakitan

sebab tu aku sendiri. buat hal sendiri. 

aku yang tersakiti lalala~

susah bertarung dengan 'perangai' sendiri.

perangai sendiri yang ada pada orang lain.

ya Allah.

Malam tu tak dingin mana. Angin biasa. Tak sepoi, berbahasa apatah lagi. Cuma hati aku riang dan ria. Cuma perasaan ego masing-masing, habis jiwa hati aku, habis jiwa hati dia. Aku melarikan diri dari engkau.

nak bawa perasaan benci aku seketika. biar redup sekejap. Kau pun, lari dari aku. Baguslah, masing-masing main lumba lari.

Aku nak balik rumah. tak nak duduk sini. tak suka. tapi tarbiyah tu, aku tabik. cuma hati aku tak boleh kot nak hadam kat sini. cepatlah aku blah dari sini. tinggalkan orang yang aku tak boleh.

Aku landkan kepala, teringat Rif dengan Am. aku rindu gila kot kat diorang. mana nak cari diorang kat sini? mana nak cari semanis gula ukhwah kat sini.

Aku sendiri, terfikir pasal raya.

Atok dah takde dah. Entah siapa nak "angaaaah" nanti kat depan pintu. Entah siapalah nak tunggu cucu diia balik malam-malam. Siapalah nak masakkan lepat untuk aku.

last post aku, malam tu aku balik kampung dapat berita atok pengsan. otw, dapat berita atok dah takde. mencurah air mata ni. bila tengok jasad atok, terkebil-kebil mata aku. serius ke ni? minggu lepas baru jumpa atok, main hug hug kiss kiss.

bila mandikan atok, atok dia je. langsung tak bergerak. mata aku terkebil-kebil. atok takde dah.

ok, aku nak blah dari cc ni. aku sayang orang sini cuma, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. aku nak blah.

chaww. Assalam.

2 comments: