31 July 2014

#PrayForGaza

Bismillah. Salam dari kerusi coklat rumah ini.

Alhamdulillah dah sampai rumah. Nak balik johor senang je, confirm, memang tak jem punya. Johor kan lanun~ haha *proud*

#np Pejuang Al-Qassam by Hijjaz

Raya dah masuk raya ke-4. Aku pasang berita dekat kampung. gencatan selama 12 jam dekat gaza. Rakyat gaza prepare for diorang punya Eidulfitri. Lepas 12 Jam, sekali lagi bumi gaza dihujani dengan bom zionis terlaknat di dunia, di bumi, di akhirat, di langit. Gaza berdarah lagi, darah merata. Bangunan runtuh dibedil peluru. Semalam, sekolah dibedil. habis anak-anak pun turut dibedil. Hatta sumber elektrik pun terputus dek kerana dibedil.

eh, manalah hati Zionis? Hati mereka dah mati. Hati mereka dah hitam. Hingga tiada dah beza binatang dan manusia. sedang mereka pun manusia, cuma beza, hati itu fikiran itu tidak berada di tempat sepatutnya.

Raya aku hambar. mungkin raya yang lain pun sama. Habis Ramadhan, aku terasa, tapi nak beraya itu tidak terasa. Mana tidaknya, #MH17 , #MH370 #Pray4Gaza tiada henti tangisannya. sedang, abah pun tak balik beraya. apakah erti raya aku? *ceh*

Aku pasang youtube. Tengok video mv Hijjaz pasal Pejuang Al-Qassam, dibasahi dengan komen negatif sampah pemikiran zionis. Hahhh, rakyat Malaysia tidak terkecuali?

Al-Qassam ini, terrorist? Sungguh apa maksud terrorist itu?

Bayangkan..

Malaysia, hidup aman damai. and suddenly sebuah negara menumpang. Duduk sikit-sikit. Lama-lama memenuhi Malaysia. TIBA-TIBA nak ambil terus Malaysia? Siap menembak, mengebom, membunuh, sebab nak Malaysia. Eh, babun kalau kacau habitat dia pun dia marah, apatah lagi manusia. Al-Qassam mempertahankan negara mereka, tapi kau pergi tujah Al-Qassam tu terrorist?

sungguh, ada manusia seperti ini.

Zionis itu terrorist.

Menembak mati anak kecil. Menembak mati ibu mengandung. Menembak mati atuk nenek. Menembak mati binatang yang tak bersalah.

Itu kau kata..bukan terrorist?

Sungguh, ada manusia seperti ini.

Menjaga tanah air itu kau menuding jari itu sebagai terrorist?

sungguh, ada manusia seperti ini.

Di mana hati kalian yang memanggil Al-Qassam itu terrorist? T.T

Di mana? Ya rabb, kau ketukkanlah hati mereka yang memanggil tentera mu itu pengganas.

Puasa mereka di dunia, iftar mereka di syurga. SubhanaAllah!
Al-mar'ah kat sana pakai tudung even time tidur, takut bila mereka 'syahid' masa tidur kerana dibedil, tubuh badan mereka di lindungi.

Sedang kita disini?

Bertopengkan kejahatan di sebalik kebaikan.

Mereka di sana, bertopeng kerana bagi mengelak riak. BUKAN PENGECUT!! arr, pleaselah.
ISLAM tak ajar untuk jadi pengecut. ok?

aku kesal.
kesal dengan pandangan jarum yang tersembunyi di mana-mana. sedang orang bukan islam pun dah bangkit menegakkan Gaza. sedang OneD pun dah menegakkan gaza, kau masih terkial kial pray for zionis? ya~

No pray for them! Zionis, hati dah keras membatu. Jiwa dah membeku tiada cair. mereka terus membedil dan membedil. Tapi, jangan ingat Al-Qassam akan berundur.

psst: for Zionis, Al-Qassam, bukan calang-calang tentera kau nak lawan. tubuh mereka mati, tapi jiwa mereka takkan mati. kuantiti syahid menggunung tapi di belakang mereka tersimpan lagi ramai tentera. Al-Qassam, hebat di dunia, moga hebat di Akhirat.

Mereka, bukan calang-calang tentera untuk kau jatuhkan. Heh,



#PrayForGaza

No comments:

Post a Comment