24 May 2014

GEN 17

Credit to adik-adik Gen 17Tain. *betulke ejaan?*

Akak ada seorang hero. Hero yang akak sayang, dan hero yang paling banyak buat masalah. Hero yang sebaya dengan adik-adik. Hero yang juga sayang aadik-adik. Dan InsyaAllah Hero yang sebenarnya sangat rindukan adik-adik.

Kita daki gunung Arong dalam keadaan yang sangat mencabar. Dalam keadaan hujan. Dengan keadaan permukaan gunung yang licin dan tinggi. Juga dihadiahkan kabus dari DIA! Sebelum perjalanan, akak call hero.

Akak borak kejap dengan dia. "Akak kat sini, jumpa kawan-kawan. Kitorang nak naik gunung dalam keadaan bahaya. Doakan kawan-kawan ehh.."

Apa dia cakap, "Dahlah kak, tak nak dengar lagi dah. Sedih sebab tak dapat join. Akak kirim salam dekat kawan-kawan eh, Izzuddin, Ammar dll *akak tak tahu nama sangat* , cakap dengan diorang, rindu sebenarnya nak mukhayam."

Entahlah. Tapi, sebenarnya akak sayang batch adik-adik. haha. Sebab ramai yang akak kenal. Lepastu perangai semua sama macam perangai adik akak. Tak kisahlah banin ke banat. Sama je. Rasa macam.. special gituhh. hahaha.

Dulu, hero tak suka mukhayam. tak suka daurah. tak suka mabit. dll. apa yang dia sayang, adalah kawan-kawan yang sedia membantu. ukhwah antara mereka. bila Hero tak lagi sambung hidayah, hero cakap, susah nak cari kawan macam dekat hidayah. susah nak cari tarbiyah macam dekat hidayah. suasana yang solat jemaah. dll. susah sangat. 

Jeles tengok kawan-kawan mukhayam. Man rindu sangat dengan mukhayam.

Kalau adik-adik ingat, time adik-adik f2 akak jadi fasilitator yang paling annoying. Bila join mukhayam f4, betapa terasanya akak bila tahu, adik-adik dah besar. dah f4. tak lama lagi f5. dan tak lama lagi nak tinggalkan sekolah.

Bila time mukhayam f4 ni nampak adik-adik bina pengkalan. perhimpunan, solat, main game, dengar tazkirah, golek2 or what dan hirasah, jujur akak cakap, akak terlihat hero. hero yang dulu akak pernah jadi fc time dia f2. nak kata rindu tu takdalah. cuma, nak cakap, betapa sebenarnya rugi bila tak join mukhayam lagi-lagi dengan kawan-kawan yang hebbat!

Mukhayam, adik-adik mungkin rasa satu camping yang menyeksakan. menyusahkan. memenatkan tapi percayaaaaaalahhhh. habis sekolah, confirm adik-adik akan rindu semua tu.

Tengah tazkirah, hero mesej; "Akak, apa kawan-kawan tengah buat sekarang?"

Adik-adik tak rasa. Sebab adik-adik masih berpeluang nak join semua ni. Tapi apa perasaan seseorang yang tak berpeluang lagi nak join?

Terima kasih kepada semua, sebab program mukhayam tiga hari membuatkan hati akak betul-betul tersentuh dengan seorang yang nak sangat rasa apa yang sahabat lain rasa.

Entah. Ukhwah ni, tak boleh nak diungkap melalui hati yang benar-benar merasai. Malah lidah juga tak mampu nak berkata. Cuma hati yang mampu memberi respond tentang ukhwah. Tangan yang saling menggapai, mata yang sentiasa melihat.

Itu yang akan adik-adik rasa bila dah bergelar alumnai.

Kepada sahabat-sahabat hero, akak nak ucap terima kasih sebab dah buat hero rasa rindu dengan tarbiyah sekolah. rindu dengan program sekolah. rindu dengan tutur kata sopan yang dididik dari sekolah. rindu ukhwah antara senier dan jenier sekolah.

Untuk mukhayam adik-adik. *clap your hand *

Tak sangka, akak betul-betul dapat senyum bila tengok adik-adik dapat daki gunung dengan suasana yang sangat mencabar. Cabaran ini, sama dengan cabaran adik-adik nak gapai kejayaan nanti. InsyaAllah.

Goodluck in your exam, in your life, in your SPM'15'.

#psst: tolong jagakan sekolah untuk alumnai yang tak dapat lagi nak sertai mukhayam yang dihandle oleh sahabat hebat dan guru terbaik beserta denda or teguran dari mana-mana orang. hehe :D