15 November 2013

Usrah dan Kopi


Jari jemari laju menaip. Akal terus membuahkan idea. Kopi di tepi computer riba sengaja di 
biarkan. Dalam suasana yang agak malap, Raihan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada assignment yang diberikan oleh pensyarahnya
“Juan, tak tidur lagi?” Pintu biliknya ditolak perlahan. Wajah Aisyah sahabatnya lembut menyapa.
“Dah pukul satu lebih dah ni, tidurlah. Esok lewat nak pergi usrah. Juan tu, bukan senang sangat nak kejut. Haisy”. Aisyah menegur hemah. Seirat senyuman terukir disentuh pula bahu Raihan lembut.
“I’m sorry. I have to finish this”. Balas Raihan sepatah tanpa mengalihkan seinci pun pandangan daripada tugasannya. “Kalau esok Juan bangun lambat, Aisyah pergilah dulu. Jangan tunggu Juan. If la usrah-mate lain tunggu, cakap je Juan tak join. Ala, pandai-pandailah Aisyah bagi alasan. Ye”. Raihan bangun menuju kea rah rak yang dipenuhi buku. Terbongkok-bongkok dia mencari buku yang disalinnya nota pagi tadi. Dia mengeluh berat.
Aisyah hanya mendiamkan diri. Dia terpandang kopi. Kopi yang sudah ‘kejung’ mungkin.
“Bila Juan kena hantar assignment ni?”
“Next week. Ala, Aisyah takmoh risau lah. Tahulah Juan nak manage masa. Ok. Aisyah pergi tidur dulu.”
“Aisyah ada story. Itu pun kalau Juan nak dengar lah…”.
“Juan busy Aisyah. Aisyah pergilah tidur. Jangan kacau Juan okey”. Aisyah diam mendengar jawapan sahabatnya itu.  Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Raihan seorang diri. Raihan yang sibuk menyiapkan tugasan.
Jam di dinding menunjukkan jam 3 pagi. Kopi masih lagi tidak disentuh. Mata Raihan sudah pun berair menahan ngantuk. Akhirnya dia terlelap di meja belajar.

“Dah 4 kali Juan tak datang usrah. Mana dia pergi? Selalu saje dia datang kelas, bila Iffah ajak dia datang usrah, dia kata dia busy lah, apelah…” Iffah menyapu jem di roti sambil diperhati oleh usrah-mate yang lain. Mereka juga sependapat dengan Iffah. Sejak kebelakangan ini Raihan selalu sahaja mengelak diri daripada usrah.
“Nanti Aisyah bincang dengan Raihan. Aisyah cuba. InsyaAllah. Doakanlah dia..”. Aisyah bersuara sedikit keluh. Sudah seminggu dia lansung tidak berkesempatan untuk berbual tawa seperti dahulu-kala. Raihan sudah berubah.

Terdengar ketukan di pintu seiring dengan sebuah salam. Itu suara Aisyah. Raihan mengeluh berat. “What to do. I’m dead. Padan muka aku. Housemate dengan ustazah. Ginilah hidup. Tak pernah aman..”
Raihan mengemas meja. Dia menyusun katil. Tubuh dilabuhkan. Telinga sengaja ditutup dengan earphone. Entah lagu mana yang dipasang dia sendiri tidak tahu. Tension!
Aisyah di luar masih lagi memberi salam. Sangkanya Raihan masih lagi sedang menyiapkan tugasan. Dia lantas mencapai telefon bimbin lalu menaip beberapa perkataan.
Treeet. Treeet. Telefon bimbit di bawah bantal bergetar. Dia sengaja silentkan telefonnya. Dikhuatiri Aisyah sedar yang dia belum tidur.
Juan, Aisyah kat luar ni. Aisyah dah siapkan kopi. Jomlah minum.
Aisyah jangan kacau Juan boleh tak? Tahulah Juan nak minum ke, nak pergi kelas ke, nak outing ke, nak tidur ke. This is my life. Don’t be a troublemaker!
Air mata bergenang. Sungguh tidak dia sangka Raihan akan membalas mesejnya dengan sebegitu rupa sekali. Dalam hati sengaja dia pohon doa daripadaNya mohon DIA sentiasa memelihara sahabatnya Raihan.
Dia mengambil langkah kea rah biliknya. Kertas kajang dikeluarkan. Panjang lebar dia menulis sesuatu.

Raihan mengambil tuala lalu menguak pintu untuk mengambil segelas air di dapur. Langkahnya terhenti tatkala terpijak sesuatu. Dia mengambil.
To: Dear sahabah Nur Raihan Mikail.
From: The troublemake, Aisyah.
Assalamuaikum Juan. Sihat? Pelik kan soalan tu? Eheh. Kita dah lama tak borak. Even kita satu rumah. Kita satu usrah.Asif. sebab mungkin before this Aisyah abaikan Juan. Aisyah tak sempat nak Tanya khabar.
Tapi Juan, Usrah-mate yang laing semua rindukan Juan. Rindukan Juan yang lama. Juan yang ceria. Juan yang kiddies. Juan yang sporting and awesome.
As house-mate a big sorry. A big sorry. A big appologise. I miss you. Truly.
Here, Aisyah nak hadiahkan story untuk Juan.
Kopi itu sedap diminum bila panas kan? Bila dia tengah suam… tapi bila kita biarkan dia terlalu lama, dia akan jadi sejuk. Kalau diminum pun tak se ‘hot’ mana pun dah. Kualiti tak sebagus yang panas. Kalau dibiarkan kopi tu akan ‘diserang’ semut dan akan dibuang macam tu sahaja.
Macam tu jugak usrah Juan. Usrah jangan tinggalkan terlalu lama. Nikmatnya tidak terasa. Khasiatnya sudah pun makin tipis. Yang paling penting, jangan biarkan ‘hasutan syaitan’ bisikan supaya tinggalkan usrah. Jangan.
Usrah ni penting Juan. Usrah=keluarga. Tempat kita berkongsi duka dan lara. Berkongsi senyum dan tawa. Juan sendiri pernah cakap, dengan usrah nil ah Juan kenal apa itu ikhtilat, tanggungjawab, ukhwah dan macam lagi. Jangan buangkan khasiat itu Juan… oh, next week ada usrah dekat tempat biasa. Kitorang semua tunggu Juan J
Assalamualaikum sahabah Raihan :*

Bibir cepat dibasahkan dengan istighfar. Ya Allah. Aku hampir tersungkur Ya Allah. Ampunkanlah dosaku. Aku abaikan kau kerana dunia ini Ya Allah. Hanya kerana ujian yang kecil ini sahaja mudah sahaja aku lupa padaMu.
Air mata diseka. Dia mengambil langkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Aisyah.
“Assalamualaikum My Troublemaker”. Senyuman terukir di kedua-dua wajah. Antara Aisyah mahupun Raihan.
“Waalaikumsalam Juan. Hey! Apa mimpi Juan datang bilik Aisyah ni?”. Aisyah menutup buku. Sudah menjadi kebiasaanya untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu pagi-pagi. Menurut fakta, otak menjadi sangat cerdas pada waktu pagi, dan elok untuk para pelajar mengulang kaji pelajaran pada waktu pagi.
“Opekos la Juan rindu. Macam tawar sangat dah iman ni bila dah lama tak borak selalu. Lama tak ber-usrah. Juan rindu. Nak share fakta. Nak makan sama-sama. Nak jalan sama-sama. Baru Juan sedar, sungguh tak bermakna sebenarnya kalau kita kejar syurga sendiri kan? Juan minta maaf. Kita kejar syurga sama-sama ye. Sahabat?”. Raihan menghulurkan tangan.
Aisyah menyambut dan mengukirkan senyuman. “Selamanya…”.
Alhamdulillah.
[3:13PM]

Finally. This is my second *bored* cerpen. so I'm sorry for that. Ni cerpen ni sebab rindu sangat dah dekat naqibah. lepas ni tak dapat Join usrah dulu. kena cari usrah baru T.T -oh ye. susunan perkataann yang side side tu kan, asif. kesilapan teknikal komputer ini sendiri. hikhok.

Suka untuk saya untuk anda komen ^^ Jazaka khair :)

1 comment: