25 October 2013

Resepi Tiramisu

Bismillah.

Hari ini entry nak pepoyo pasal makanan. harhar. ekceli tiramisu ni the third time aku buat. dan kali ke tiga ni aku buat pakai resepi sendiri je dah puas hati. alahai. nak buat nya senang sungguh. serghies. rasanya nak ambil hp dekat atas *bgi rumah2 tingkat atau 14 tingkat* dari bawah lagi susah kot. ha!


~Serbuk koko/milo~
~Biskut/kek gulung~
~Whipping cream 200ml~
~Cream cheese~
~Kopi~ *tak kesahlah brand apa
~susu cair~*tambahan


Cara-caranya:


1. Masukkan whipping cream. Dan putarkan mesin tu. greeeeeeenggggg!! greeeeeeeeng lagi!


2. Masukkan pula cream cheese. yang ni aku main masukkan je. aku main picittttt je. yang penting, jadi lah macam benda yang bila calit kat jarit dia lembut dan cantiklah. asalkan jangan terlampau pekat sesangaaat. jangan pula cair yang sesangaaat. Maksudya, biar kembang sikit gitu..

3. tuangkan susu cai dalam 1senduk banyaknya. Senduk yang biar saiz kenit. Janganlah senduk guna gulai kawah tu. ha.

4. Letakkan gula dalam 2 sudu. Lepastu greeeeeeeeeeenggg! Greeeeeeeeeeeeeeng!


5. Kopi tadi tu bancuh dengan air panas. Buatlah dalam mangkuk. Supaya luas sikit permukaan nak celup biskut/roti tu.

6. Celupkan biskut/roti. sekadar bagi dia basah. Jangan nak rendam lelebih -,-. Kalau roti tu, just renjis renjis je. ok :)


7. Lepas dah celup dekat kopi, bolehlah susun dekat dalam bekas mampat mampat.

8. Lepas dah susun lelawooo. Taburlah dengan penuh hemahnya cream tadi dekat atas biskut tu. Tapi jangan tuang banjir sangat! sebab kita nak buat 2 layer, takut tak cukup pulak.


9. Lepas dah ratakan semua, silalah taburkan milo secara penuh kesopanan dan kesusilaan.

10. Buat macam step 6.  celupkan biskut. dan susun. dan tuangkan saki baki cream tadi atas dia.


Gini bentuknya. Rasanya memang WALLA. haha.

11. Dah settle semua bolehlah tabur milo/koko dekat atas dia. 


Final. Memanglah tak terliur nampak kan. haha. Tapi ini resipi byself. Jadi fefahamlah. Theeehe :D

Lepastu, bolehlah masukkan dalam peti ais. Kalau nak ala-ala eskrem tu, masukkanlah dalam peti asi bawah. Kalau nak makan ala-ala kek kek dekat secret recipe tu letaklah dekat peti ais suhu biasa.


Lepas main bola dengan adik, kembali gemukkan badan dengan makan tiramisu bersama akhawat osem :') Confirm licinlah. InsyaAllah sedap.

Jadi bolelah terghai kat rumah. Sama-sama gemukkan badan. hehe :D



No comments:

Post a Comment