25 October 2013

Resepi Tiramisu

Bismillah.

Hari ini entry nak pepoyo pasal makanan. harhar. ekceli tiramisu ni the third time aku buat. dan kali ke tiga ni aku buat pakai resepi sendiri je dah puas hati. alahai. nak buat nya senang sungguh. serghies. rasanya nak ambil hp dekat atas *bgi rumah2 tingkat atau 14 tingkat* dari bawah lagi susah kot. ha!


~Serbuk koko/milo~
~Biskut/kek gulung~
~Whipping cream 200ml~
~Cream cheese~
~Kopi~ *tak kesahlah brand apa
~susu cair~*tambahan


Cara-caranya:


1. Masukkan whipping cream. Dan putarkan mesin tu. greeeeeeenggggg!! greeeeeeeeng lagi!


2. Masukkan pula cream cheese. yang ni aku main masukkan je. aku main picittttt je. yang penting, jadi lah macam benda yang bila calit kat jarit dia lembut dan cantiklah. asalkan jangan terlampau pekat sesangaaat. jangan pula cair yang sesangaaat. Maksudya, biar kembang sikit gitu..

3. tuangkan susu cai dalam 1senduk banyaknya. Senduk yang biar saiz kenit. Janganlah senduk guna gulai kawah tu. ha.

4. Letakkan gula dalam 2 sudu. Lepastu greeeeeeeeeeenggg! Greeeeeeeeeeeeeeng!


5. Kopi tadi tu bancuh dengan air panas. Buatlah dalam mangkuk. Supaya luas sikit permukaan nak celup biskut/roti tu.

6. Celupkan biskut/roti. sekadar bagi dia basah. Jangan nak rendam lelebih -,-. Kalau roti tu, just renjis renjis je. ok :)


7. Lepas dah celup dekat kopi, bolehlah susun dekat dalam bekas mampat mampat.

8. Lepas dah susun lelawooo. Taburlah dengan penuh hemahnya cream tadi dekat atas biskut tu. Tapi jangan tuang banjir sangat! sebab kita nak buat 2 layer, takut tak cukup pulak.


9. Lepas dah ratakan semua, silalah taburkan milo secara penuh kesopanan dan kesusilaan.

10. Buat macam step 6.  celupkan biskut. dan susun. dan tuangkan saki baki cream tadi atas dia.


Gini bentuknya. Rasanya memang WALLA. haha.

11. Dah settle semua bolehlah tabur milo/koko dekat atas dia. 


Final. Memanglah tak terliur nampak kan. haha. Tapi ini resipi byself. Jadi fefahamlah. Theeehe :D

Lepastu, bolehlah masukkan dalam peti ais. Kalau nak ala-ala eskrem tu, masukkanlah dalam peti asi bawah. Kalau nak makan ala-ala kek kek dekat secret recipe tu letaklah dekat peti ais suhu biasa.


Lepas main bola dengan adik, kembali gemukkan badan dengan makan tiramisu bersama akhawat osem :') Confirm licinlah. InsyaAllah sedap.

Jadi bolelah terghai kat rumah. Sama-sama gemukkan badan. hehe :D



24 October 2013

Jauh tapi dekat. senyum sinergi :3

Bismillah.

Kali ni entry pasal chenta dan chenta. dan chenta. dan chenta.

pasal chenta dan chenta. hah.

Ni. nak cerita sorang ni. Seorang teman wanita saya. Seorang kawan. Seorang adik. Seorang kakak. Sebuah hati. hah!


Dia.

Dia. kawan dari tadika. Dia chenta. Huh. entahlah, teringat satu hari tu, form1 kot pergi rumah dia. setadi *konon*, Tiba-tiba dia tunjukkan gambar tadika dia. Tapi, bila aku tengok sekali imbas, wt. Kenapa dia ada gambar tadika aku? so, time tu main tarik tarik gambar. hewhew. oh. rupa-rupanya kami satu kelas dulu?! Allah :') Senyum sinergi. 

Lepas tadika, tadika kami diarahkan tutup atas sebab tertentu. so kami berpisah. jumpa balik darjah 6! Time darjah 6 ni pun macam tak kenal sangat. 

Bila f1, tengok dia selalu bahagia duduk asrama. haha. jadi cemburu lah jugak bila dia selalu lepak dengan budak asrama. pssst: awak, cemburu tanda sayang. hahaXD jadi, time tu isi borang asrama. tulis alasan pun poyolah. Sebab rumah jauh lah. sebab susah nak belajar lah. Tapi.. asif ostazah! :D

Bila dah duduk asrama. Makan sesama. Prep sesama. menangis bersama. ketawa bersama. senang kata, semua bersama dia dengan akhawat lain. Time tu, jujur cakap, asramalah yang ajar aku erti ukhwah. ukhwah. ukhwah! Satu pertalian yang semanis madu. lebih manis lagi! Diganda satu juta ganda manisnya! wuuu. nangesss.

Abah saya dan abah dia, satu tempat kerja. Eh. bukan dekat dengan kami tahu. abah kami jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh sana tuh. arab sana. nah! jadi nak feel feel rindu abah ni pun kitorang share. haha.

Pertengahan f3, senior asrama buat perubahan. asrama dirombak. jadi, eeh. macam takdir pulak kita sama dorm sama bilik. paling best awak katil atas kita katil bawah. mueheheheXD. Time tu, bahagia beb. Tak payah berlari pergi dorm awak kita makan sesama kat bilik. tak payah berlari nak pergi bilik balik sebab takut pintu dorm dah kunci. Masa tu, awak selalu tanya, "Jie, awak dah cop tandas? Awak dah cop wash?" Kalau kita cakap belum. mesti awak copkan :')) Takpun, bila habis kelas, kita penat-penat and risau sungguh bila line tandas penuh. tak sempat nak duduk, dah ada orang panggil. Turn tandas dah sampai. Awak. Terima kasih.

Bila f3, dia cakap, dia nak setadi jauh. dia nak duduk dengan femeli dekat arab. time tu. jiwa kosong. jiwa punah. jiwa hancus. jiwa kacau. jiwa rapuh. jiwa terluka. jiwa tertembak pakai sniper. 

Tapi. Ya. Orang kata, kalau sayang lepaskan. mueheheheXD 

Jadi lepas PMR, dia pun fly sana. ya. yang aku mampu pandang kapal terbang di langit. dengan harapan kita ada eye-contact masa tu.

Time parents dia ambil dia dekat depan dorm, semua menangis. eceh. tapi aku, yaaa! hati nak menangis. tapi batin jerit. "Kau takpayah gembeng!" And, I should be strong! Be strong!

Result PMR aakuu tak berapa bagus. Bila amikkan result dia, ya. sangat hebat. Tahniah :')) Masa tu, aku menangis. Benda bahagia macam ni, sepatutnya kita raikan sama-sama kan? Kita dah belajar sama-sama. Stay-up sama-sama. Tapi. Kita sorang. Awak takde.

Form4 sampailah form5. dua tahun terasa lain.

sangat sangat lain.

rasa kosong.

sahabat itu satu. kawan itu berjuta. satu tu, awak. awak yang jauh.

oh. benda yang paling rindu. Bila kita sakit time form3. kita tak boleh nak pakai ubat sorang-sorang. kadang-kadang rasa malu dan malas nak pakai. tapi..awak selalu ingatkan. setiap malam awak selalu cakap "Jie, dah pakai ubat?" Sebab tu, aku sayang kau sahabat. sebab tu. salah satu sebab aku sayang kau. Dan, awaklah yang pakaikan ubat. awak yang titikkan ubat dekat kita. Susah nak jumpa orang macam awak, amie.

Oh. awak dekat egypt sana, jaga diri elok elok eh. For your exam, hiyargh! Kita tahu awak boleh! Fighty!

walaupun kita dah berzaman tak jumpa, kita dekat kan? ;) hati kita dengan awak, DIA yang jaga. Kita dekatkan dengan doa. Kan? :')



throwbacks. I wish I could play again the year that we're together. Holding hand. When you become my nurse. I miss all the time wif you :'( 

Chenta no2. adek. adek yang tak sedar aku ni kakak. harhar.

Hana.

form4 baru nak rapat. walaupun dah kenal dari f1. KAN! harhar. 

bila kita dengan awak share benda yang, 'gile' benda yang 'takbetul' tapi itulah yang paling sweet. haha


muka time ni baru lepas nangis kot. haha

awak, sorry taw. kita tahu awak tak suka gambar nni, tapi kita mana ada gambar berdua kan! hahahaXD

awak, ingat tak dulu kita pernah gaduh? time tu rasa nak mati. haha! tapi, awak flykan surat dekat kita. serius. surat tu menyentapkan ego. merendahkan ego kita. kadang-kadang, bila sedih. aku baca surat kau weh!

Kita kongsi perasaan. haha!

                    

                        




share cerita. drama. ya. thanks k.

Eh Alia, Ingat tak surat ni? haha :'D 

Jangan ingat kita sudah cukup beriman selagi tidak diuji.
Jangan ingat kita sudah cukup bahagia selagi belum diuji.

Siapa kata, kami tak pernah bergaduh? Oh please deh. *mata di atas tangan di bahu* ha, jemah sorang ni. pfft.


eh. ni versi satu taw. kahkahkahXD. 

versi dua. insyaAllah nanti taw..

Oh. pasal tajuk tu? Kenapa jauh tapi dekat? harharhar. mereka dia sekarang dekat jordengg suda. jauh deh. nak ajak jenjalan pun guanne? ye dop? 

Tapi kita sentiasa dekat ;) tiada contact mata, kita boleh contact hati. Allah ada :D. Dia pemilik hati. Tentang hati ni, serahkan dekaat DIA okey :) Tahu doa rabithah kan? Haa, baca tu. mengadu pada DIA. sebut nama dalam doa. InsyaAllah, DIA pun rasa.

Moga Allah pelihara ukhwah kita :* Uhibbukifillah!


06 October 2013

Meniti Usia Baligh

Assalamualaikum. Anneayassayoh!

Today's Entry is about last week. About Daurah [MUB].


#pray4egypt
#R4BIA


Dedulu kala time sekolah Daurah agak macam biasa-biasa. Disampaikan oleh ustaz/ah sekolah. Memang dah boleh agak dah aktiviti dia macam mana. Pukul 9:00 kumpul dekat dewan. Pukul 11:00 habis. Minum malam. Tidur. Hirasah. Qiam fardhie/jamaie.

Tapi THIS!

"Abang Bai datang bagi talk taw.." ujar salah seorang fc.

F R O Z E N . S E R I U S . D A E B A K .

"Eiii! Mana aci camnie! mana acie! nak jugakk join!"

Gasp. Abang Bai datang bagi talk weh. Tak kenal dia? Dia pengarah IKRAMTeens. Dia selalu handle program IKRAM.



Fail student. Tengok balik dah macam baju team Runningman dah XP

Ustazah Dayang suruh kami lapor diri jam 11:00 pagi. Then ikut ustazah shopping! horraaah! So kitorang pergi Skudai Parade. Sesat sesat. sesat sesat. sesat sesat lagi. hentah sampai pukul berapa sampai, so kitorang borong segala barang. dari hadiah keee beg. The best one nya ialah, ye lah orang pompuang. asal shopping je memang mata terus meliorrrr entah ke mana. Wargh T-T kenapa lah aku datang tak bawa duit?

Segalanya indah belaka.
Tiada cacat cela. hah.


Ini gambar Abang Syed Safwan bagi talk.

So memang dewan ni, oh ye. Dewan ni dah ada mozek. maju kan? kan ? kan! Dulu pakai tikar je. k. Dewan ni dipenuhi gelak tawa kanak-kanak riang. Form 1-2. So memang terjelas sungguh ketidakmatangan mereka. alahai... my jenier.



#GAME1
Before game ni, diorang kena duduk dalam group. So fc akan agihkan kain hitam. Yang banat pakai handsock. sadiss. FC akan bawa pisahkan diorang. letaklah merata-rata tempat. asal jangan duduk dengan team sendiri.

Lagu pedajal [rockers] dipasangkan. Diorang disuruh untuk mencari group diorang tadi. arahan tangan kanan mesti dekat belakang and jangan keluarkan suara. 

Time nilah, abang bai kata, FC jadilah syaithoon ketika ini. Bila nampak diorang dah duduk dalam group ke, pisahkan diorang. Langgar ke. apa ke. tak kesah. And yang paling best, ni akulah. "Awaak. Awakk. Nama awak siapa?" "......." "Awak, jawablah! Kita tanya ni!" "...nama kita..." Ah meh sini. akak bawak awak tempat lain. [tempat yang orang langgar peraturan]

Lagu pedajal tadi tukar zikir. Time ni, abang bai kata, FC dah insaf. so FC kena tolong student cari kawan.

The reasons from this game is:

1. Before kita baligh, [lagu pedajal ] kita sukahati nak buat apa. Tak solat. Tak puasa. Tak tutup aurat. Takde peraturan lah senang. Kita kehulu kehilir, macam takde arah tuju.

2. After baligh, [zikir] hidup kita sedikit tersusun. Dengan bimbingan kawan-kawan. Dengan arahan dari tuhan. Dengan pedoman al-quran. 

3. Arahan tangan dan senyap itu adalah ibarat peraturan. Ibarat tanggungjawab kita untuk menutup aurat. Dengan faktor suasana [lagu-lagu lagha], dengan faktor orang sekeliling [FC-Syaitahan] Kita akan mudah untuk melanggar peraturan.

Ngerti bukk?


#GAME2
Duduk dalam group. Lukis orang lidi. Dan, erm. Lukis semuaaaaa perubahan yang ada bila sudah baligh. Jadi sendiri fikir, kita ni dah cukup matang atau belum. Ok ? :)


#GAME3
Game hari rayaaa! Time ni, FC akan pakai nametag macam dalam gambar tulah. Cth : Anak lelaki pak ngah, Ayah tiri, Abang tiri, Abang angkat, Kim Jong Kook. [kalau bagi perempuan]
Cth : Bibik, Kakak sulung ayah, Mak cik ayah belah atok, SongJiHyo [kalau bagi lelaki]

then panggil 10 orang peserta, kita salam siapa yang boleh kita salam. Ye lah, biasanya waktu raya main bedal je. main hulur je. Tak tahu halal haram. Ok!

KJK pun ada taw! nak nangis je dapat tag tu. hahaXD


And this!

Takdalah game mana. Ni bolehlah ajak main sementara tunggu penceramah datang ke apa. Game ni, entah apa nama dia. Lupa.

First! Cari pasangan. Macam budak dalam gambar tu. alololo.
Then tangan buat macam diorang. Sebelah tangan bukak, sebelah lagi keluarkan jari telunjuk. After that, bagi arahan, tangkap tangan kalau sebut perkataan 'dia'

Cth skrip.
Pada suatu hari, Iffah dan dia [ sampai perkataan dia je, mesti tangkap jari telunjuk tu ] 

Ni kira game uji fokus la. K!

ekceli, banyak game, tapi maaf lah tak ingat sangat dah. huhuhu.

And the last, I would like to say this!

To my jenier Form1 and Form2, even antum ada yang belum baligh atau dah, berperangai matang ok. Sungguh antum sangat sangat bertuah ada program macam ni sejak awal lagi. Sungguh! Sila manfaatkan ok!
Oh ye, akak tengok antum kurang rapat lah sesama antum. Maksud: between f1 and f2. Rapatlah ea, kongsi gelak ketawa tu. Ok. takde jurang punyalah antara senier and jenier. 

yang muda disayangi. yang tua dihormati.

ok? Rhendu nak bersama antum lagi. 


untuk adik f1, kami bertiga ni alumnai SMIH. suka kalau kami nak tengok antum macam batch batch dulu yang super duper daebak. Kami dah lalu dah segala macam time f1. jaga ukhwah antara antum ok. 

nah flying kiss dari kami gxiv [b14]!
-safiyah-farah-jihan-
-muiz-



05 October 2013

Memory

Assalamualaikum. Anneyassayoh!

Daebak! Ini blog ni dah berapa tahun tak berkemas ni? Habuk bukan main berdepa lagi tebal. Hitam kemahen lagi pekatnya. Hesy. Hesy. Asif. Bukan takde masa, cuma mim alif lam sin. Malas. Hikhok.

Latest Story? Haha.

Sekarang aku bukan macam b95 yang lain. Dah masuk uni. Aku de'special one. Dicampakkan di rumah untuk berbakti. lah sangat. So now, tunggu jelah bila aku annouc bila masuk eah! Yeahaa!

A : Salam Jie, Enti free tak minggu ni? Minta tolong jadi fc mukhayam untuk form4 boleh?
YA! terkejut kemahen.  Mukhayam? Mukhayam? Mukhayam? dah lama tak join T-T. Tapi bila fikir balik, Hesy, dari aku duduk diam membisu apa salahnya sekali regangkan badan. Ye dop?


THIS! Form4! Bee16! 4Negara!
I Syria I Palestin I Libya I Mesir I


Say Cheese! HahaXD. Alumnai simpan lagi taw baju KRS. Sekian Terima Kasih :P




The Making of Flag


Pertandingan Kawad


Before War Game 
The Daebak Game!

War Game.
Bila tengok balik game ni, Eh. RunningMan! Hahaha. Tears of the Nametag. Game dia macam ni, ada dua team, pacakkan bendera dekat satu tempat. Kena susun strategi macam mana nak rampas bendera pihak lawan. Koyakkan nametag to make the person out! And congratulation to Syria! *mine :') haha*


Opekos ada Konstrak!

This Konstrak.
FC kena rangking kan student ikut apa yang dia nak. Ujian ketahanan. Kawalan emosi. Ibadah. Yaa, muslim itu bukan sihat tubuh badan sahaja, ok :)


Dear #GXIV. This place. Telok Gorek. Just remind me. Remind our sweet mukhayam. Our Daebak Mukhayam. The War Game. The song's theme. The flag. The spirit of ours! 

Dear GXIV.
Ingat lagi tak? Ingat tak? Ingat tak! Kita kibar bendera sama sama time nyanyi lagu tema? Bebas Palestin? Ingat tak!! Kita julang panji kan? Bila jungle tracking kita naik gunung sama-sama. Kan? Bila dah sampai atas tu, pandangan sangaaat cantik kan? Then ingat tak apa jadi??

Semua lupa diri. Kan?
Sungguh excited kan?

Sampai lupa, 'mereka' sangat perlukan kita. Sedang kita sedap bergelak ketawa tanpa misi belum habis lagi. Kan? Thanks to Ustaz Anuar yang memang bagi amaran time tu. semua time tu, F R O Z E N.

Ingat tak War Game kita macam mana? Ingat tak? Dengan ikhwah ada yang terkoyak itu ini? Dengan akhawatnya ada yang bersungguh 'pertahankan diri'? Ingat tak? WARGH T-T

Oh ye, gambar diorang Jungle Tracking takdak lah. Diri ni takde keizinan nak naik. Hesy. Percayalah, Mukhayam deDaebak one is Mukhayam f4!

*sebab aku tak join mukhayam f5*

Nyway, Thanks so much for the teacher and students because allowed me to join this program. 



-from alumni-