18 June 2013

[216:2]

Air mata aku seka. Ahh. Kenapa tak dapat lagi? Sudah aku buat rayuan, masih tidak dapat mana-mana tawaran :'(

Bagi aku, keputusan SPM aku, kira err not badlah. Alhamdulillah semua kredit. Tapi? Kenapa aku tak dapat UiTM atau mana-mana tawaran?

Pilihan aku ketika mengisi UPU?

Pilihan 1 : Dip Kulinari
Pilihan 2 : Dip Perhotelan
Pilihan 3 : Dip Pendidikan Awal Kanak-kanak
.
.
.
.
.
Pilihan 8 : Diploma Syariah

Kenapa aku pilih.....Kulinari??


Sebab. aah. Aku nak belajar masak. Belajar buat kek. Nak bukak kedai kek. Nak, nak masak....
lagipun piliha ibu. pilihan semua. ceh.

Kenapa TIDAK Syariah?


Sebab. Aku takut untuk mempelajari ilmu Dia. Ye. Aku tahu, semua dalam dunia ni ilmu Dia. Cuma, aku takut jika aku tidak mengamalkan. Aku takut jika aku tahu tetapi aku tidak menyampaikan. Aku takut.

Ibu mendesak aku untuk memilih bidang ini. Guru-guru juga ada mengesyorkan begitu juga keluarga lain. Tetapi....aku menolak. Aku memilih untuk membuat keputusan sendiri.

Dari darjah satu. Sehingga ke tingkatan lima, aku dihantar ke Sekolah yang beragama Islam. SRIH dan SMIH. cuma, ada satu tahun. Aaah, hakikatnya tak sampai setahun pun, cuma setengah, aku dihantar ke sebuah sekolah kebangsaan. Darjah tiga, dan, hurmm kisah jahiiyyah aku? Aku bersyukur kerana melalui 'jahiliyah' itu sewktu aku muda. Aku berubah. 345 degree.jadi nakal.liar.mencuri.menipu.menganggu ketenteraman orang lain.

Ye. Itu aku dahulu. Sebaik sahaja aku berpindah ke SRIH, aku mula ditegur rakan-rakan dengan berhemah..

"Fatin...tak baik cakap macam tu..."
"Fatin...awak duduklah elok-elok.."
"Fatin...tudung awak..."

Aku kembali menjadi apa yang sewajarnya seorang hamba di dunia. Aku gembira. Aku sangat khilaf. Dan kerana itu aku kini bukan lagi Fatin. Tetapi, Jihan :)

17Mei2013 -Result UPU keluar.

Aku gagal. Aku tidak ditempatkan di mana-mana tempat.



24Mei2013 -Result ILKA/METRO keluar.

Ye. Aku ditempatkan di sebuah kolej. Tetapi aku menolak. Kerana? Ahh, masalah sendiri.

30Mei2013 -Check Kemasukan KPTM



Alhamdulillah. Aku juga diterima. Tetapi, aku terpaksa menolak juga. Kerana? Bidang yang aku dapat bukanlah pilihan yang paling tepat. Lagipun. sangat jauh. Kena belajar loghat loghat.

14Jun2013 -Keputusan Rayuan UPU keluar

Aku gagal diterima lagi. Menangis entah kali ke berapa. Aku malu dengan sepupu lain. Masing-masing sudah ke form6. Dip. Matriks. Aku?



Kenapa ye aku tidak diterima di IPTA? dan mengapa selain IPTA aku menerima tawaran yang bebukan?

*tepuk diri. tepuk minda. tepuk niat*

"....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..." [216:2] 



Hahh, Allah. Allah. Allah. 

Aku mungkin minat bidang itu. Tetapi, yup! Allah kehendak sesuatu lebih baik darinya!

Iman aku tak setabah Masyitah. Jika aku mengambil course yang hentahapehapeentah tu, aku mungkin Culture shock.


Jika aku mengambil course Syariah. Course yang aku tolak mentah-mentah tu, ahh.. tentunya aku sudah jumpa ramai akhawat yang... Allah maha tahu.

Jadi Bismillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, saya melaporkan diri untuk berkhidmat di jalan yang telah DIA tetapkan.

KUI*? insyaAllah :'D dengan hati terbuka akan melapor diri kelak. Aamiin ya Rabb.


*psssstt :] saya tak cakap course yang saya minta time upu tu tak baguss. Tapi, mungkin bahagian saya, DIA tahu saya tak sesuai di situ :') Dia sebaik-baik perancang kan? HasbunaAllah

No comments:

Post a Comment