22 May 2013

TerERAT :)



Bismillah. *senyum tayang gigi susu* 

15-17 Mei 2013
Masjid Bukit Aman
Eksplorasi Remaja Ambang IPT (ERAT)

Hahh. Awalnya menitis air mata bila tahu tak dapat pergi ERAT. sungguh banyak rintangan. *ceh. yeyeje* takpe. hiperbola. Mula-mula Alhamdulillah. Hati kanak-kanak riang rasa happy bila plan pergi dengan sha and nad. lagi-lagi rancang nak tengok Dua Kalimah atau Ironman3. haha. Time tu tarikh sebelum MEI. kotlah.

Tuptup. Tarikh ditunda. Call nad and sha. Diorang ada aktiviti lain :( Sha JPJ nad pulak masuk kolej. pegh. merajuk untuk beberapa hari.

Rancang naik transport dengan mereka yang ke R2P. Dah bahagia macam orang kahwin dah. LOL. Then beli baju. Yeah! KL kami maii!







Nampak. Sebak sangat-sangat bila tahu transport takde :( Nak mai KL sensorang? Memang doklahh. Lagi-lagi dengan pelbagai transport2 pelik seperti LRT rapidKL bagai. eei. tak tahu menahulah. Mau nanti tersepit lagi. heii.

Bila musim PRU tuh dah tamat. BUMM. tetiba blackout  ok.Kami pun fokus dengan ERAT. walaupun time tu dah merajuk berjuta kali dah dengan ERAT. dikuatkan hati semata-mata nak jumpa balik dengan Produce Gen6. konon macam reunion lah. eheh.

Kalau nak cerita secara detail memang tak cukup satu web. haih. biasa orang kata "Belajar BM kan? Pendekkan"

Baiklah. Cuba untuk pendekkan.

Macam biasa, kami mestilah boria. semua benda nak boria. *jeling bendera johor* Dan arahan yang kami terima, gerak pakai baju GXIV. 

Aku ni, nak cerita part berkumpul punya berjela. haih.

  
Benda yang paling ohsem nak kongsi ialah aktiviti kami di sana. Dimana aktiviti pertama menari. Eh!
Hahaha! Best okeyhh! Macam-macam lagu. Tapi semua didikan daripada Madrasatul Hayah IKRAM (MHI) jadi kami yang taktahu menahu tentang MHI ni pun argh ape mereka buat ni. Haha but nice J Love that so much! Antara lagu yang masih aku ingat, Shollahu Ala Muhammad –Opick Feat FLO dan Hai Sahabat. So lagu memang gempak gempita gempiti. Dengan gaya yang alololo sangatlah comel.

Kami dibahagikan ke berapa ntah kumpulan. Akhawat akhawat. Ikhwah ikhwah. Jadi aku dapat kumpulan lima a.k.a Kahfian. Mula-mula pandang mata masing-masing. Ngeeee. *tayang gigi* tak tahu nak cakap ape. Ngohh ngohh. Ye lah, semua dari pelbagai negeri. Pelbagai sekolah. Ini nak jelling sikit. Ada satu group Ikhwah *blergh* semua team kalau boleh major budak Johor. Aiyo. Memang tak jeles sangat. Tapi aku 
tetap bersyukur dengan team kahfian. Team yang superb InsyaAllah!


“Sebelum makan, mesti kena bagi 5 suapan dekat kawan-kawan (ahli team)”

Time ni macam meroyan sikitlah. Suap?! Err makan sendiri lah. Takkan tak boleh. Ketika itu aku memandang rakan-rakan sekumpulan. Masing-masing seakan, baiklah. Mungkin aku seorang sahaja yang rasa.
Eheh! Awalnya memang nak suap tu (pakai sudu) ajak kejanggalannya yang teramat. Tapi angkara ukhwah aku cuba perkuatkan diri. Sisihkan perasaan ‘geli’ LOL. Kawan je pun. Apa kau nak geli?!

Aktiviti kumpulan pertama, dimana kami kena bentangkan tentang U IDAMAN KU. Wohooo! Time nil ah segala imaginasi merepek-merepek merangkak masuk dalam otak budak2 erat ni. HAHA. Ada yang terapung di udara bagi mengelakkan pencemaran bunyi. Ada yang dalam air. Ada yang bentuk computer. Haih. Macam-macam. *cakap tak sedar team sendiri* Kahfian? Hehe. Kami punya berbentuk bunga. Nampak sangatlah tak kematangan di situ. Lagi best kalau usrah di’join’ sekali oleh PM kita. Hohoho.



Pada keesokan paginya, kami bersarapan dalam negeri. Ehem. Negeri ku sukar sangat dipisahkan. Tapi jangan risau, kamu dan kami tetap sama J time tulah entah benda apa yang merasuk diri aku untuk menyuapkan nasi ke mulut rakan-rakan. Semalam? Ahh. Menjadi satu aura baru. Sungguh manis. Aku Nampak hikmahnya disitu. Alhamdulillah. *kesat air mata*
Nak dipendekkan cerita, aktiviti pada hari itu adalah EXPLORACE menjadi satu kebiasaan dalam program IKRAM. Jadi aktiviti kali ini aku tak sangka pulak dia buat macam EXPERT.  Mana tidaknya, kami berexplorace dalam kumpulan. Means, Cuma akhawat sahaja. Time inilah rasa macam, ikhwah..tolonglah. haha.  Jadi kami berbekalkan RM43 dan 2 biji telefon bimbit.  Ketipuan melanda dalam kumpulan kami. Hakikatnya ahli kami hanya 10 orang, jadi wang yang patut dibekalkan hanyalah RM40 tapi, theeee. Seorang sakit. Kami seludup sikit wang. Sorry!

Jadi aktiviti  ini start pukul 10 pagi. Abang Bai kata siapa power habislah Asar. Ketika ini minda aku menjengah pada team xpert tahun lepas :’) tamat waktu asar. Walaupun kami antara team yang terakhir gerak. Siapa sangka kami mengejar semati mungkin akhirnya merangkul juara. Ahh. Baiklah itu sejarah.

Sudah ku agak, cp1 kami adalah SUDOKU. Siapa siap dulu, geraklah dulu. Argh! Tak sangka pulak sesusohh yang kritikal wad 7 HIS. Team aku? Alhamdulillah, group second last pukul 11:45 pagi gerak. *muka bangga* Kami rasa beruntung sangat sebab sebelum kami masih ada satu group ikhwah. At least Berjaya kalahkan ikhwah. *evil laugh*

“Kalau kita team last, memang putus harapan. Kalau kita Berjaya gerak sebelum ikhwah. Kami berbangga” salah seorang team ku bersuara diiringi dengan tawa kami.

Gerak sahaja, kami terus berlari. Tidak berhenti walaupun sesaat *menipu* cp2 terus ke Masjid Negara. Entahlah kami sesat SEKETIKA. Mungkin masing-masing tahu di mana FC berada. Haih. Tapi tak susah, kami jumpa FC sedang duduk di taman.

Cp3 kami di Pasar Seni. Masih aku ingat, klu yang kami terima, “Anda takkan jumpa ikan dan ayam di pasar ini” Aku dengan muka berlagak terus bersuara, “Pasar Rabu! Jom cari!” tetapi ahli kumpulan lain hanya terdiam. Aku pelik, kenapa? Aku memandang Sakinah. Memandangkan dia pernah XPLORACE ketika XPERT dulu, “Nurul, Pasar Rabu dekat mana?” Dia tidak beriaksi apa-apa. Adehh. “Pasar Seni. Ok pasar seni jom” Nurul bersuara. Seakan tak Nampak aku dihadapannya.  Oh. Pasar Seni. Kfine.

“Jual Button Badge ni dekat orang ramai.” Kakak fasi hulur kami 11button. 

Aku dan Pah melangkah laju ke mana pun entah aku kurang pasti. Yang penting sangat jauh dah dari Pasar Seni. Dari jauh aku ternampak seorang kakak bertudung kasut wohoo style. Aku dengan tak cukup nafas, menerangkan kami daripada mana tugas apa sedang apa… dia hanya memandang kami dengan wajah penat. Tiba-tiba dia memotong aku bersuara.
“I’m Chinese. But I wear hijab. I don’t speak Malay. So I don’t know what are you talking about…” Dia bersuara ringkas.
…………. BANGG!.................
Oh. Ok.
“So, can you speak and understand English?” Pipah bersuara.
Dia mengangguk.
SPEAKING? Ahaha. Aku? Erm erm erm.
Aku rasa bersalah. Serius ke nak jual ini kat dia? Dahlah ada ayat quran and so on. Tapi, ah! Cakap jelah. 
Jawapan dia sudah ku agak. NO.  sayang! Aku tak sempat tanya kenapa dia pakai hijab! Choyy!

Bila dah selesai cp3. kami ke cp seterusnya. cp4.  masjid yang berdekatan dengan stesen minyak. aku tergerak untuk bertanya di mana, tapi Alhamdulillah, team aku? Mudah dibawa berbincang dan masing2 pandai. aku tanpa menyoal terus mengekori. masuk ke dalam KLCC. tujuan? air-cond! dan cp4 kami di Masjid KLCC. entahlah aku pun tak tahu mana stesen minyak nya. di situlah aku berjumpa dengan banyak  kumpulan2. terdetik rasa kagum. hebat. jadi kami ada yang solat terlebih dahulu. tugasan kami? mencari 6 gambar yang telah diambil gambarnya oleh FC-FC danambil gambar SEJIBIK macam tuh. peh. *lap peluh*
cp inilah kami berinteraksi dengan pelbagai kumpulan. berborak bersama. dan agak malu jugalah jika kami terpaksa 'beraksi' di tepi jalan bagi mencari angle yang sama. pokok nya, sign boardnya. lampu jalannya. awannya?



selesai sahaja cp4 ini, kami bergerak. ketika ini aku mula berkata, kita boleh potong! sebab, kumpulan yang gerak sebelum kami di masjid itu merupakan kumpulan ikhwah yang bagi aku antara kumpulan awal.  

Pavilion Oloiya" kakak FC" berbisik. hoyeah! dia bagi kita jawapan. dengan memanfaatkan 'gps' kami iaitu salah seorang team kami yang duduk di KL dia pun menggunakan jalan pintas. masuk dalam KLCC hirup udara aircond. aah sejuknyaaa.

setibanya di Pavilion iaitu cp5  kami berjumpa lagi ramai kumpulan. terukir senyuman. tahniah kahfian. lebih-lebih lagi team akhawat yang awal gerak juga kami jumpa. Di sinilah FC bertanya kepada kami, macam
  mana boleh jumpa Pavilion. Aku hanya menjawab, Papilio dengan Pavilion dekat-dekat. So, pergi jelah. . Tugasan kami di situ adalah menangkap 10 gambar barangan boikot dan 3 buah kedai boikot. snap snap. kami ke cp seterusnya. katanya di KL Central.  GPS kami a.k.a syahirah terkejut. sebab perjalanan ke situ mengambil masa dan memerlukan wang untuk ke sana. jadi kami keliru. nak dipendekkan cerita kami pun mengambil, ape ntah nama dia. dan kami tiba di KL central dengan berjumpa lagi kumpulan2. di belakang kami pula ada kumpulan yang bergerak sebelum kami. alhamdulillah. kami masih awal. walaupun jam menunjukkan jam 4 petang. tugasan kami? mencari translator. yang terdiri daripada china dan india. di sini
kami sangat kecewa. kecewa yang amat sangat sehingga meluluhkan hati.



masa yang diambil begituuu lama! sehingga maghrib. penat hanya tuhan yang tahu. seakan mahu rebah. dikuatkan hati. banyak kumpulan yang sudah pulang.tetapi kami masih mencari translator. .sebab, tak semua orang china tahu menulis bahasa mereka sendiri. jadi kami gagahkan diri mencari cina tulen. takpun ciina yang tahu bahasa mereka. jadi apa yang kami dapat ialah mereka tulis sekerat-kerat. ya Allah. ketika itu, perasaan semangat aku lumpuh. dibaham waktu. dengan dalam ketiadaan wang untuk pulang juga air yang sudah habis. aku hanya menjeling mesin air di hadapan mata. seandainya aku punya kuasa untuk menghasilkan duit. aaah. akhirnya, kumpulan kami diiktiraf gagal setelah terlajak waktu di situ. rasa, fine.

malam itu, kami punya slot bersama FC berserta course yang diminati akan datang. jadi masing-masing ke course masing2. aku? sedih kott. ke 8-8 pilihan aku tiada yang tersenarai. jadi aku membawa diri ke mana sahaja. tiba-tiba aku mendengar kosku dipanggil. time tu riang2 ria bergerak ke sana. walaupun hanya aku seorang sahaja akhawat. *yang reramai tu semua bodyguard*  hehe.

lalala. tapi. ERAT memang best! jujur!ketika mahu pulang ke Johor, aku mula rasa berdebar-debar. kerana? yee! aku seorang sahaja mengambil bas secara sendiri. sahabat-sahabat lain semua menaiki bas yang sama. ahh. pengalaman naik bas seorang? *sengih* sambil berbisik. gile. sangat gile..




 Sekian. dari ana. Johorean. Purplean. Bila semua pakat pakai baju r2P maka terasinglah aku.. dan yang paling penting nak say WELCOME to RORO! :)hehee. Jangan serik dengan kami!


Welcome RORO. seriusly sangat sangat rindu RORO! 

No comments:

Post a Comment