13 May 2013

"Ibu nak beli kasut hari tuh...."





Tanggal 12Mei 2013.

Saat ayah terpaksa pulang ke Arab. Kerana beliau masih ada kerja yang harus dilakukan. Masuk tahun ni, sudah 6 tahun beliau bekerja disana. Tak disangka langsung. Heee :D

Saat ini jugalah merupakan Hari Ibu. Saat suaminya terpaksa berjauhan. Saat. Hahaha. berpuitis seh. Tapi, betullah. Sedih bile melihat ibu menangis. Bersedih.

Pada tanggal eh berapa hentah. Oh yee. 28 April2013. Kami ke Jusco. Dan jenjalan. Yeayy! ibu jenjalan area kasut. Dia terpandang satu sandal yang ohh, bagi aku sangat nicee. look nice and suitable for her. But, it was so mahal. and, I look at her face, she syadid sangat nak kasut tuhh.

Pada 12Mei2013. Kali ni ke Jusco dengan ayah.
"Ibu nak beli kasut yang cantik hari tuh,,.." Ibu bersuara ketika dalam perjalanan.

HAH. rosak rancangan wehh! Aku dan maman serentak pandang sesama sendiri. Ye. Aku faham pandangan tuh. Pandangan yang merisaukan.

Setibanya di sana, ibu mencari kerusi roda untuk atok. Aku lantas berbisik terhadap ayah.

"Ayah, nantikan ibu nak beli kasut kan? Jangan taww, akak nak belikan untuk ibu. Hari ni kan hari ibu..."

Ayah memandang wajahku dan mengangguk sambil tersenyum :) Yeah!

Kami akhirnya berpecah. Aku dan kakak saudaraku. Yang lain join ayah dan ibu membeli barang rumah.

------Terus ke tingkat dua-----

Yes! Adapun kasut tuh! "Abang, saiz 25 ada tak?"

"Takde dik, saiz 26 je ada.." Hampa. Aku seakan mati harapan.

Aku terus mencapai kasut yang dipamerkan yang bersaiz 26. Disarungkan ke kaki. Alah, kaki aku dan ibu, tiada beza.
"Bolehlah bang, saiz ni..."
"Ok, adik bayar dulu. Nanti datang kat abang balik tunjukkan resit yee.."

PAID.
psssst:/ dalam hati aku berbisik, habis duit gaji aku. haihh.

Astaghfirullah, Jika hendak dibandingkan dengan wang ringgit selama mana aku menentap di dunia ini, harga kasut ini hanyalah seciput sahaja dengan wang ringgit ibu ayah membesarkn aku. Allah.

Aku berpuas hati setelah berjaya membeli hadiah special sempena hari ibu. Aku berbangga. Dengan wang ringgit aku berkeringat :) Akhirnya....

Aku menanti di tempat yang dijanjikan.
"Hello, man, man dekat mana ni? Akak dah dekat bawah dah..."
"Man, kat tempat kasut. Ibu nak beli kasut.."

WHAT?!

"Eh man! Jangannlahh. Kan akak nak belikan ibu kasut tuhh!"

Hah. suspen tak? Time tu aku mula bergenang. choyy.

Setibanya di rumah ibu mengeluarkan 3 kotak kasut. satu untuk atok. dua untuk empunya diri. Tapi wajah ibu agak sugul.

"Ibu nak beli kasut hari tuhh... tapi, takde sale. Mahal sangat. Takde discount."
Aku tersenyum :)

"Cuba tengok kasut ibu nih, Yang ini boleh pergi kuliah..." Petah ibu sambil mengeluarkan kasut yang pertama. Warna cokelat. Hee, warna kegemaran ibu.

"Kasut yang ni nanti, boleh hantar ayah nak balik..." Sambung ibu sambil mengeluarkan sepasang sepatu yang agak comel. Bertumit separuh tinggi.

"Banyak ibu angkut kasut hari ni eh?" Aku berjenaka. Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan mencapai sebuah beg yang didalamnya terisi sebuah kotak yang sudahpun berbalut.

"Nah. Selamat Hari Ibu!" Aku malu. Ngeee.

"Ini mesti kasut hari tuh kan?!" Ibu tersenyum.
"Mana ade! Takkanlah. Mahal sangat. Habis duit akak nanti..."

Ibu membuka dengan penuh debaran.

"Aaaaa, kan ibu dah kata.. Terima kasih anak-anak ibu :)"


SELAMAT HARI IBU, Buat Pn. Noraini Wahab :)



huh. Ingat nak snap gambar. and tunjukkan kat sini. tapi tapi tapi tapi. ibu dah nyorokkan kasut tuh ish,

Hah! Cakap pasal sporting, ada satu hari, time espiyem. Aku down. DOWN! tapi aku malu nak cakap dengan ibu apa sebab. Sebab. Remaja, well. You know ? ;) hehehehe.

Disebabkan duduk asrama. Aku pun cari public fon. Call ibu. Eheh. Berani je pon kalau call then cerita masalah. Kalau face to face? Haha. Sorry. gakk berani.

Aku cerita, sekian bin sekian. itu sekian sekian. And, sepatah je ibu cakap. Akak gedik. HAHA.
But you know? Ibu support aku. Ibu cerita pengalaman dia time zaman sekolah. Ibu cakap 'itu' tidak baik dan tidak sesuai buat masa ini. Ibu cakap, bagi air yasin dekat 'itu' HahahahaXD

And that day, aku rasa sangat happy :') aku rasa macam. Allah, terima kasih....  :) Akak sayang ibu :*

No comments:

Post a Comment