25 May 2013

Bas oh Bas! [part wan]

bip.bip.bip. kan ada aku nak story pasal naik bas sorang kan? ha meh sini.

"Maybe kita balik malam. lewat malam. Jadi siap siagalah call mak suruh amik"

Hah? call ibu suruh amik memalam kat rumah juju? Haihh. ayah takde. takkan ibu nak drive sorang. baiklah. ketika ini aku pun bergedik cakap aku nak turun PG. jyeah!

Kawan-kawan pun ada cakap, aku ni serius ke nak turun situ sensorang. Aku hanya mengangguk. InsyaAllah.

Jadi petang itu turun di TBS bersama kawan2 sehabis sahaja ERAT. then aku pun bersama Kak Amal dan akhi Hanif ke kaunter untuk membeli tiket. arghh sayunya hati bila tengok mereka beli tiket banyak-banyak untuk kawan2. dan aku? terpaksa berurusan sendiri. Senyum lebar sahaja lah.Tiket aku jam 6:00 petang. mereka? jam 6:30petang. arahan yang aku terima berada di pintu gate jam 5:30 petang. Rasa alhamdulillah sebab biarlah mereka yang hantar aku.

Jam sudah menunjukkan 5 suku petang. Aku pun bersiap siaga bergerak ke eskalator. yang menempatkan pintu/gate 18. Tiba-tiba langkahku terhenti tatkala terlihat skrin besar yang memaparkan senarai2 ketibaan dan berelapas bas bas. Ya. aku sangat kagum dengan TBS *tutup mulut* sangat hebat. sangat besar. seperti airport. oh air-port. haha baiklah. ini punya land-port. eh?

Waktu di skrin menunjukkan delay. aku mula buntu. melihat jam di tangan sudah maju 5 minit. Allah. jantung aku mula berdegup laju. betul ke ni? Delay? baiklah. rakan-rakan mencadangkan untuk aku duduk terlebih dahulu. maka aku pun mengambil tempat. sempat lagi aku membeli turkey roast di Dunkin donut dan air masak. kononnya nak buat bekalan di dalam bas nanti. kalau duduk dalam bas dengan mereka? bolehlah topup-topup makanan. ini? aku sorang? takkan nak merayu mengharap makanan bergolek? eh doklahh.

Jam sudah menunjukkan 5:30 petang. aku mula resah. Ya Allah. Delay ke tidak bas ni? Aku menarik aida. aku berbisik tentang masalah aku. Aida juga turut melhat jadual yang dipaparkan. Memang. Memang delay. maka aku terus duduk. berborak bersama beberapa orang rakan. rakan yang lain? entah ke mana? berjalan-jalan mungkin. lepak di surau mungkin? makan mungkin? rest & go mungkin?

Saat jam sudah menunjukkan jam 5:40 petang aku kian resah walaupun skrin memaparkan bahawa bas aku delay. aku lantas membuat satu keputusan muktamad. biarkan aku duduk di pintu gate menanti bas sehingga jam 7 malam. dari aku tertinggal. eeei mahu tak meraung aku.

aku menarik beg roda. gaya seorang pramugari. *beg jelah. orang nak pramugari? HAHAHA* Aku mengajak pipah ke tingkat bawah. Aku mula resah. Seandainya tak delay memang aku dah femes ames dah dengan kelewatan yang sangat comel ini. sekali lagi aku usha skrin. eh, kenapa dia tulis ikut jadual? on schedule? ok aku dah meroyan dah. aduhh.

selepas mengucapkan selamt tinggal kepada pah, aku terus bergerak ke eskalator. sambil melambari rakan2 rakan lain. hilang sahaja bayangan rakan-rakan, aku mula berlagak cool. padahal dalam hati eei jiwa kacau. ribut taufan tsunami ada. heii.istighfar banyak banyak.

Pandangan aku kosong. Tiada orang. Bas di gate 18, gate yang sepatutnya aku tunggu. kosong. hanya ada satu bas sahaja di gate 19. dan juga seorang kakak di gate 18. aku lantas bertanya, ke mana beliau mahu pergi dan aku juga memperkenalkan diri.

A : Assalamualaikum. Akak ni nak pergi mana?
B : Wassalam. Akak nak pergi JB dik.
A : JB? JB mana tu kak? sebab saya turun PG. mana tahu kita sama bas kan?
[Kakak itupun mengeluarkan tiket basnya. begitu juga aku]
B : Eh dik, tapi tiket kita lain lah. nampaknya adik tak sama bas dengan akak.
A : Ala, ye ke kak? Ehmmph. Sebab saya baru nak naik bas seorang je ni. itu yang saya tak tahu. dekat atas tadi kata delay. tapi saya takut kena tinggal semuaa...
B : Takpelah, awak tanya orang lain jelah..

Kakak tersebut berlalu pergi. Aku ditinggalkan dalam keadan blurr. wink wink. Dalam keadaan tanpa rasa malu aku pun bergegas ke bas yang berada di pintu gate 19. Hah. seriusly. Benda yang memang aku raasa macam aah serius ke kau buat?

Aku pun tengok dari luar. Oh bas ni dah ramai orang. Tapi kenapa takde beg ye di bawah? Aku pun naik atas. Kelihatan kerusi semua sudah dipenuhi mereka yang aku sendiri tak tahu destinasi ke mana. Dengan muka tak tahu malu aku bertanya seorang demi seorang, nak ke mana ye ni? sedihnya aku. T-T. semua jawapan lain-lain.

saya nak ke johor.
saya nak ke masai.
saya nak ke pulai.

Eii! Lagilah aku peningg! PG dengan Johor lain tempat drop! PG dengan Masai jauh tempat drop! PG dengan Pulai lagi jauh!

Cubalah sorang bagi jawapan ringkas?!

Aku dengan perasaan hampa turun semula dan menunggu di pintu gate. kelihatan ramai mata-mata yang memandang aku dari dalam bas. Mungkin, kasihan? Atau mungkin Gila ke budak ni? Ahh biarlah. Aku terus berdiri di pintu gate dengan beg yang beroda. Mataku terpandang sekumpulan pakcik yang berdiri sambil berborak2 di salah sebuah meja. Aku dengan perasaan tak malu sekali lagi pergi ke arah pak cik2 itu

A : Aaaa, Assalamualaikum pak cik?
[Pak cik2 itu masing-masing tidak melayan aku. rancak nampaknya] [salah seorang dari mereka mula memberhentikan perbualan dan fokus terhadap aku]
B : Wassalam. Ada apa dik?
A : Saya nak tanya, bas tu nak ke mana ye? [aku menunjuk bas tadi]
B : Adik nak pergi mana?
A : Saya nak ke PG. Tapi saya tak tahulah pak cik. sebab ini first time saya naik bas sendiri.
B : Oh, cuba adik tanya driver bas tuh. Lagipun, bas tu rasanya memang ke PG.
A : Driver takde, lagipun memang saya dah tanya orang dalam tu, masing-masing jawab lain. Macam mana ni pak cik?
B : Takpelah, awak tunggu sini. Nanti pak cik tolong tanyakan drivernya ya..

Aku terus membisu. Tiba-tiba aku terlihat seorang lelaki berumur 20-an yang berdiri di sebelah bas. Sama seperti aku tadi. Seperti kebingungan. Aku lantas bergerak ke arah pak cik tersebut.

A : Assalamualaikum...
B : Walaikumsalam. Ye?
A : Abang nak ke PG ke?
B : Haah. 
A : Naik bas ni ke abang?
B : Entahlah, saya pun tak tahu ni dik...

[sambung pakai headphone]

Eeei. Apa masalah dunia sekarang seh?! Tiba-tiba aku rasa macam, ups. Bodonya aku. Kenapa tak check no plat. AHAH sengal. Dengan kebijaksanaan yang dikurniakan ni, aku pun check. Oh ok. no plat sama. Yippi! ini lah bas aku! Turun di Pulai ke ? Masai ke? Lantaklah.

Seat? 20. Aku pun mencari. Esh. Mana pulak nak cari nombor ni? Aku pun naik ke dalam bas. Mak aihh. Rasa macam artis. Semua mata memandang. Haaa tahulah tadi aku tanya sensorang turun mana, tapi janganlah pandang orang macam ni :/ aku terlihat sebuat tempat duduk single. Hehe. lantaklah. aku duduk jelah. orang bukan kisahpun.

Dengan kesungguhan, dengan macam-macam barang di tangan, dengan air dua botolnya, dengan turkey roast nya, dengan begnya. dengan hp nya. Aihh, aku pun duduk jelah. DEBUKK! Air botol aku mula bergolek di lantai bas. aah. Haihh. Dengan barang yang tak siap siaganya, eeei. elok je tadi orang dudk dengan ketenangan dengan kesunyiaan terganggu pulak. Ishh! pencemaran bunyi seh. choy. Aku membiarkan sahaja botol itu bergolek.

"Eh!" Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah. Ahh, janganlah tuan punya kerusi. tolonglah cari tempat lain. tolonglah.

"Eh dik! Ini kerusi saya... cuba tengok tiket awak..." Abang tadi bersuara. Aku mula 'buat-buat' menyibukkan diri mengemas barang.

"'Eh bang! Saya tumpang je ni, nak kemas barang jup, tempat saya ada dekat belakang. Heheeeeee maaflah ye. Abaang tunggu kejap yee." Aku sambung berkemas yang sememangnya tak perlu kot --' Tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan air botol yang comel je bergolek tadi. Ciss. Terima kasih lah yee..

Aku lantas berdiri. Mata-mata tadi kembali memandang 'artis' kecoh ni. Aku pun berkata, maaf. seat saya 20. Abang tadi pun menunjukkan aku ke arah kerusi kosong yang terletak di sebelah tingkap. Sebelahnya? Seorang lelaki yang telahpun melunjurkan kaki dan sudahpun tidur dengan lenanya. Gulp! Aku menelan air liur.

Nafas aku tarik dalam-dalam. Mata-mata tadi, tidak lepas dari memandang aku. Seakan-akan mengejek. Hah! Aku pun bersuara separa kuat, sekadar cuma beliau sahaja yang dengar. hakikatnya semua orang belakang boleh dengar kot. 

"Pak cik..."
Ok. Pak cik tu tak sedar. Aku pun memandang abang tadi. Mohon tolong kejutkan. Haha. Takdenya. Inilah dunia luar yang PATUT aku tempuh.

Tiba-tiba aku teringat zaman sekolah. Saat ketika aku bertugas di salah sebuah bangunan. Di sebuah kelas kelihatan seorang ikhwah sedang tidur lalu aku memanggil ikhwah lain untuk mengejutkannya.

Tapi tapi tapi. Itu zaman sekolah. zaman berada di hidayah. selama mana aku belajar di hidayah, inilah yang sebenar dengan segala didikan aku perlu tempuh.

Aku menyentuh bahu pak cik itu sedikit. "Pak cik, tumpang...saya nak duduk di sebelah"
Pak cik itu memandang aku. Agak lama. Mungkin dia...faham. Dia lantas bangun dan memberikan ruang.

Aku dudk dalam keadaan kaku. Sambil di fikiraan aku tidak berhenti berfikir. Bagaimanalah nanti kalau aku sambung belajar di nun jauh sana. Kelantan? Terengganu? Kedah? lagi hebat kerana aku perlu belajar naik bas sendirian 100% Kalau tadi? Aku masih ditemani untuk membeli tiket bas.

Inilah haikatnya dunia yang perlu aku tempuh. Sebanyak mana telah aku belajar, sebanyak mana juga aku akan sampaikan? Allah...peliharalah imanku.

No comments:

Post a Comment