27 May 2013

Bas oh Bas [Part two] -ini kisah pakcik owsehm!

Pandangan aku dilontarkan di luar. Entah. fikiran aku gelap. Tak tahu apa yang aku fikirkan. Yang aku tahu, cuma cari signboard. Hah! Aku still takut, sriuske bas ni ke area JB? Yang aku jumpa signboard ke Selangor. aaaa time ni aku mula dah kira duit yang berbaki. Mana tahu tak cukup duit ke tambang dari Kelantan kalaulah bas ke kelantan ke JB. kalau tak cukup? Aaaa cari kerja part time. sekarang ni kan berlambak orang cari kerja kosong untuk lepasan SPM. cuma sebulan dua tulah baru cukup duit nak balik JB. k, merepek.

Dan aku tak percaya perjalanan selama 4jam lebih tu tak tidur. dalam kesejukan yang mereputkan tulang sum sum. dalam kedudukan yang mematahkan pinggang. eeei. sengal satu badan.

Sebenarnya aku tipu je. Dalam perjalanan tu, adalah jugak terlelap. dan ada satu ketika, bas berhenti di mana ntah, aku sendri tak tahu. di situ aku mula bersuara dan berborak dengan pakcik sebelah. Aku mula bertanya, kita di mana. dan mudah sahaja pak cik tu jawab. Pak cik pun tak tahulah bas ni dekat mana dan nak pergi mana. Ya Allah. segala kekalutan yang dah hilang tadi tiba tiba menjengah tanpa salam terus merempuh aku dan terus menjahanamkan aku. melampau seh hiperbolanya. Erk!

Aku mula menyandarkan badan yang sememangnya dah sandar. Aku mengeluh. Allah. Allah. memang ke manalah aku lepas ni. Ketika itu nak khabarkan pada ibu rasa bersalah. Allah. Ketika ini juga ada teman teman memberi mesej melalu telefon. Bertanya tentang khabar. Bertanya bagaimana keadaan di sana.

Tiba-tiba pakcik di sebelah mula ajak berborak. Aku ke Keyyell ni balik cuti dari belajar ke? HAHA. Takpe pakcik. Jadi aku pun menceritakan semua. Apa program. Di bawah anjuran apa. Apa aktiviti. Negeri apa. Apa yang kami dapat. Apa hasilnya.

Dan pak cik itu mula bertanya aku sekolah dimana dahulu. Aku pun menceritakan semua. sebab aku ni jenis, eei lantaklah siapa pun nak tahu cerita aku. 

Ini kisah pak cik. Kisah yang banyak mengajar aku. Alhamdulillah. Pak cik baik sangat oranya.

ini kisah bukan berniat untuk memburukkan mana-mana pihak. HANYA untuk pedoman dan pengajaran untuk kita bergelar mahasiswa/wi

Awak yang nak sambung belajar ni, kena pandai jaga diri baik-baik. Lebih-lebih orang macam awak. perempuan. zaman sekarang dah maju. tapi maruah masing-masing senang nak terbang. jangan jadi macam anak pak cik. pak cik sedih. umur anak pak cik baru 21 tahun. tapi dah berkahwin. itupun pak cik yang nikahkan.

"tapi pak cik, bagus lah anak pak cik. kahwin muda. lagipun sekarang ni kan ramai yang dah kawin awal. umur 20 dah kahwin"

Ye, itu memang bagus. Tapi bukan sebab itu pak cik kahwinkan mereka. Pak cik kahwinkan mereka sebab mereka dah gatal sangat! Gatal nak kahwin! suruh belajar tak nak! pak cik sedihh sangat.

"maaf pak cik, tapi, saya ada baca akhbar, atau mana mana bahan dia ada cakap bila dia dah kahwin , dia ada rasa semangat nak belajar. lastly, dia jadi pelajar tebaik..."

memang. itu pak cik tahu. tapi ini lain. dia berubah sejak dia kerja time kerja sementara tunggu result SPM. dia dah mula liar. dah pandai bergaul sana sini. pak cik tegur dia. ada satu kali dia masuk team silat. masuk pertandingan.pak cik mula-mula larang. sebab dia perempuan. pak cik tak nak dia jadi macam macam. tapi bila dia dah minat. pak cik rasa oklah, hidup dia, minat dia. pak cik tak boleh nak larang dia nak pilih apa. suka hati dia. tapi yang penting jangan tinggal solat. jaga maruah.

"ok jugak pak cik. silat kan mempertahankan diri. baguslah kalau anak pakcik amik silat"

memang bagus. tapi, dulu cakap lain. sekarang lain yang dibuat. dulu merayu-rayu cakap pandai jaga diri. tapi sekarang dah macam macam orang dah dia gaul. dengan orang lelakinya, dengan kawan-kawan perempuannya. eeii, pak cik tak berkenan semua tuh.

"minta maaf pak cik. macam mana dengan sekolah dia? dia dapat mana-mana panggilan?"

Dia bijak budak nya. olahragawi. akademik juga bagus. dekat rumah berlambak lambak pialanya, trofinya, medalnya, sijilnya, pingatnya dia rangkul dekat almari rumah. keputusan SPM pun cukup membanggakan pak cik. bila keputusan upu keluar, Alhamdulillah. dia dapat tawaran di universiti 'itu' tapi, dia tak nak pergi! itu yang pak cik sedih. dia dah cukup untung dah sebab dia dapat tawaran universiti. pelajaran bagus. universiti pun tak kurang hebat. tapi itulah. rupa-rupanya dia ada hati dengan seorang mamat dekat tempat kerja dia ni.

akhirnya, dia tak sambung belajar. dia teruskan bekerja. itulah! mamat tu kacau anak pak cik bekerja. habis anak pak cik dah suka dekat dia. sedangkan dia kerja pun tidak nak kacau anak dara orang! pak cik kahwinkan diorang!

"Wowww, habis, macam mana sekarang? macam mana dengan dia dan suami? ada anak?"

huhh. inilah sebab pak cik balik. pak cik kerja dekat KL. pak cik kerja 'tu' macam macam isteri pak cik cerita. ini balik ni pak cik nak 'selamat'kan anak perempuan pak cik. pak cik sayang dia, pak cik tak nak dia rosak. benda yang pak cik buat untuk dia, semuaa untuk kebaikan dia. tapi lain yang jadi. itu pak cik tak sangka. suami dia tak kerja. suami dia macam hidup membujang. bangun lambat. dia tak sedar dia dah kahwin. dia ingat anak pak cik ni kuli dia ke apa? maksud pak cik, dia nak duit anak pak cik. anak pak cik bukan kerja besar. kerja scan barangg yang cashier dekat supermarket je.

"Dia taknak ke tukar kerja? kerja yang mungkin.... ada karier atau gaji yang mungkin lebih sikit?"

Dia mana ada apa-apa. orang sekarang pentingkan diploma/degree/master/pHd SPM mana pandang. anak pak cik sampai SPM je. bila balik rumah mak dia yang dekat sana, anak pak cik kena halau. sebab, entah. tradisi family belah sana entah. karut. merepek. anak perempuan yang disuruh kerja, lelaki yang disuruh berehat. sebab tu bila suami dia balik rumah sana bukan main bermaharajalela dia.

"Eh, macam zaman Saidina Umar. Tapi, cuma bezanya, beliau membunuh anak perempuan. yelah, zaman dulu ingat perempuan ni bawa malang. tiada faedah. tiada untung. itu zaman jahiliyah lahh..."

Itulah pak cik cakap, pemikiran kolot. 

"Sekarang, diorang tinggal sendiri? atau duduk rumah family pak cik atau mungkin.....?"

Gaji kecikk nak beli rumah? tak payahlah. dia duduk je rumah pak cik. pak cik memang tak kasi kalau anak pak cik nak balik sana. dia dah kena halau! itupun, haihh. tak tahu pak cik nak kata apa. suami dia ingat dia tu bujang lagi nak bangun sampai tengah hari. macam macam pak cik buat. pak cik belikan dia motor. pak cik suruh dia pergi cari kerja. eehh tak juga.

"Takkan dia duduk diam je kat rumah?"

Adalah sekali die keluar pergi kerja. tapi, kerja cuma sampai 3 hari. dah kena buang. mana taknya, pergi kerja pukul 11 12 tengah hari. siapa nak? kena buanglah dia!

itulah. pak cik balik ni, pak cik nak 'tuntut' anak pak cik. pak cik nak jumpa dengan mak dia! pak cik nak tanya, macam manaa kau didik anak kau! dengan macam ni, aku nak tanya kau macam mana solat kau?! Allahu akbar. Allahu Akbar. Itulah, pak cik sedih sangat. Kalau anak pak cik tu sambunggg belajar, ada juga dia masa depan. tapi, nak buat macam mana...

"Pak cik, cuba lah pak cik apply mana-mana kolej kemahiran. ada juga course yang boleh berumur sampai 30an. pak cik cuba applykan anak pak cik di situ... boleh dia sambung belajar, boleh kerja bagus-bagus.."

Anak pak cik tak nak! Ada juga dia cakap,  "abah, kakak menyesal abah. Kalau kakak dengar kata abah dulu, kakak tak jadi macam ni abah...." tapi. yelah. kita takde mesin nak putar balik masa. pak cik dah tak boleh buat apa dah. pak cik cuma mampu cakap, itulah, abah dah cakap, abah dah cakaaaap dah! 

Itulah awak. muda-muda seronok saya tengok awak dan kawan-kawan join program-program macam ni. dapat keputusan yang baik-baik. ni saya nak pesan, nanti bila masuk mana-mana the most important is study! tolak dulu perasaan c i n t a tu. tolak dulu! mak ayah penat bayar duit pengajian. tak kiralah swasta atau tidak, bukan sebab nak tengok awak sia-siakan peluang ni. Belajar betul-betul! awak jangan risau, kalau jodoh ada tu InsyaAllah tak kemana. Allah itu maha hebat perancangannya. Maha Hebat! Dan dia juga sebaik-baik perancang. banyakkan berdoa supaya kuat di sana. 

Bas akhirnya berhenti di stesen perhentian bas.

"Oklah, apa-apa ambil telefon pak cik ni. mana tahu awak belajar di KL ke nanti. Bahaya dunia sekarang. kalau ada apa-apa awak susah ke nanti telefon pak cik. InsyaAllah. Ok pak cik balik dulu. Ingat pesan pak cik... jangan jadi macam anak pak cik..."

Pak cik itu berlalu pergi. Sempat aku melambainya dari arah tingkap. segunung rasa kagum aku terhadap pak cik ini. Allah. Allah. walaupun jelas wajah penat dek timbunan kerja, sanggup pulang ke rumah demi maruah seorang anak. Hebatnya pak cik ini. walaupun perbualan yang hanya seketika, cukup memberikan aku sejuta peringatan.

untuk no telefon itu, biarlah. untuk pak cik! pak cik sangat kuat! sangat kagum dengan pak cik. semoga anak pak cik itu sentiasa terpelihara insyaAllah.

No comments:

Post a Comment