27 May 2013

Bas oh Bas [part tree]

Perjalanan ke PG aku tidaklah meletihkan setelah berborak dengan pak cik owsehm itu. Hah. kenapalah lagi 30 minit setinasi pakcik tu nak sampai baru berborak dengan dia. aduyainye punn. Kalau tak mesti dia boleh tamatkan cerita dia yang cukup tergantung macam tai gantung kat penjara tuh. hilang sahaja kelibat pak cik itu dari pandangan mata, aku seakan bayi yang baru lahir. uweeek uweeek. penuh keazaman. penuh harapan. YEAH!

aku tersenyum. mengenangkan kisah-kisah aku di sekoalh dulu. Allah. kenapalh nakal sangat hambamu yang seorang ini. tak sedar apa matlamat ke sekolah mungkin? terngiang-ngiang pesanan pak cik, belajar dulu. belajar dulu. belajar dulu *senyum*

semoga hari nanti lebih baik.

dalam perjalanan ke destinasi seterusnya aku mula terfikir. oh ye. hari ini 17Mei2013. Tarikh UPU keluar. macam macam keputusan keluar kan? hehehe

*ini aku culik ic seseorang. dan aku prt screen

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut: 
bla bla bla bla.


*ini pun aku culik ic seseorang. tiba-tiba dapat pula yang berjaya dengan tak. ahah!

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA! S.E.N.T.A.P. tak?
Dalam permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 13/14

Di program ERAT lepas, masing-masing check upu. ada yang menangis gembira. ada yang menangis kesedihan. dan ada yang melompat-lompat sebab dapat tempat dan course yang sama dengan rakan-rakan seperjjuangan. Haih :')

Dan ada juga yang [yang berjaya]

"Alaaaaaa.........kita dapat ni......."
"kita nak apply balik lah!"
"Eeei, pindah pindah! masuk Matriks!"


Dan ada juga yang [tidak berjaya]

"EH! kenapa dia dapat aku tak dapat! Result aku lagi gempak apa?!"
"Takkan tak cukup syarat, aku layak je....."
"Sekolah swasta............... faham jelah"
"*nangis*"

Pssst! ini bukan rekaan. ini realiti. Yee. aku berada di tempat kejadian. dan aku juga salah satu antara mereka. kire fairlah ni. banyak sangat mangsa. haha tetibe. dan disini jugalah aku belajar sesuatu.

Dan ada antara kata-kata yang acap kali aku terdengar. "Cool, rezeki Allah luas. Ada dimana-mana sahaja. Cuma, bukan disini". "Allah sebaik-baik perancang. Tak semua yang kita rancang boleh menjamin redha-Nya". "Kurang berdoa. Mintalah sebanyak mungkin pada DIA. DIA tak pernah lokek!"


Bas berhenti. Aahhh tiba juga aku di sini. PG terindah. ceh melampau gila hiperbola. Satu satu penumpang turun. dan setiap satu itu jugalak mata aku ni macam ada benda menolak dan menolak sampai nak terkeluar anak mata.

Seriusly. Semua lelaki? tengok jam. hah! 11malam? Allah! Alhamdulillah masih ada tirai keselamatan yang Allah kurniakan. Terima kasih Allah kerana memelihara aku dalam perjalanan ini. 

Aku menjejakkan kaki di tapak pasar tani yang pada waktu siangnya menjadi tempat perhentian bas. Oh dunia. sungguh luas alam ini. Maha suci Allah. Maha hebat kuasaNya. Balik ini, ada misi! menyampaikan mesej dari pakcik owsehm itu! ada misi, jadikan cerita pak cik itu sebagai pengajaran. mulakan langkah dengan bismillah. Seandai tersungkur, terus bangun! Jangan biarkan terbaring dan akhirnya tertidur! itu keadaan menghampiri parah!

Hidup ini sentiasa berbakti :)

No comments:

Post a Comment