13 April 2013

Kesah Driving :)

Tukk tukk. Assalamualaikum. Aku mengetuk pintu hai cik osem punya beloug. eh. gelap. sepi. tiba-tiba angin yang datang entah dari mana kencang bertiup hingga menggangu posisi ku berdiri. uhukk uhukk uhukk! Aku terbatuk dek kerana habuk yang ditiup oleh sang angin ria. urgh, sudah berapa lah cik osem tak bersihkan beloug dia ni? sampai berhabuk sekaki?

Assalamualaikum. panjang tak pendahuluan? ahaks. ini semua poyo. tak gitu encik Johan? kihkihkih.

ok. sejujurnya tak tahu nak post apa. herrherrherr. Sebab, tiada story. iyelah. cikosem ni duduk rumah sambil menggemukkan badan yang telahpun gemuk sedepa. Ya Allah T.T

ini ada story. About driving class. vrumm vrumm vrumm! *Ceh, kereta viva and kancil je pon.



"Hello Fatin, lesen L awak dah siap, sila datang MEGA untuk booking 10jam"
horeah! Alhamdulillah :) siap jugak lesen L. bila datang sana aku pun terus siap booking. TETAPI, time akak tu call, 11/3 aku booking 11/4 takke sebulan namanya? Jadi, bila dah 11April tu dengan hati yang menggelabah dan gementar dengan ketinggian tak cukup umur, aku pun melangkah.

Tup tup. dapat cikgu garang. Allah T-T

rotan ada.

Takpa, aku redha ya Allah. ini ilmu. ilmu Engkau hanya akan masuk ke dalam hati orang yang cinta pada Engkau. Pelihara iman. Pelihara perlakuan. Dia lelaki. Aku perempuan. dan yang ketiga adalah syaithonnirajim.

Bismillah.

Clutch. Handbrake. Lepas clutch sesikit. reverse. sambil menahan telinga yang sedang ditembak peluru dan bom atom dari sebelah kiri. Jangan nangis.

Gah. gedik much ok nak menangis. Bawak. Bawak. gahh. sungguh. Aku tak merasa nikmat bawak kereta time tuh. Hanya merasa nikmat tekan clutch. tekan minyak. tekan brake. turungkan handbrake. naikkan handbrake. gahh. takpa. Allah T-T itupun, salah tekan kena rotan :( yes. pakai rotan Alhamdulillah. well you know lelaki and perempuan kan HARAM berpegangan dengan lelaki yang halal kita kawen. errr.

Enjin mati. dimarah lagi. terlebih berhenti. marah lagi. nak bertanya, dikata takkan tak ingat, apa awak belajar. jadi aku memilih untuk diam.

Ini pertama kali aku drive manual kat jalan perindustrian. jam 12-2petang waktu kereta lori motor van teksi budak sekolah nak main main dekat jalan.

Dah sebulan tak tekan clutch segala.

Dalama hati "Terima seadanya. Apa yang berlaku. Ini baru belajar kereta. Belum masuk U" 

Sehingga satu saat, dia memukul aku dengan tangannya sendiri, aku memberhentikan kereta. Aku rasa bersalah. darahku membuak buak. Maaf cikgu. Maaf. Aku cuba kawal suara yang sebak. Sambil mata bergenang.

"Saya baru belajar cikgu. Ini pertama kali saya bawak dekat jalan. Sebelum ni tak pernah. Dah ssebulan saya tak bawak kereta. Saya minta maaf kalau tak puaskan hati cikgu. Sampai nak marah marah. Saya minta maaf" 

Aku menghina diriku sendiri. Kau siapa nak tolak ilmu yang cikgu kau bagi? Kau murid. Makan garam pun belum kenyang nak bersuara dekat orang yang sudah bergaram!

Selesai sahaja latihan pada hari itu, cikgu meminta maaf terhadap aku. Rasa segala ego terus runtuh di situ. "Saya minta maaf marah awak. Rotan awak. Hina hina awak. Saya cuma nak yang terbaik untuk student saya"

Allahu Akbar T-T
Aku lantas keluar dari kereta dengan dada yang bergelojak menangis. Arghh! AstaghfirullahAlazim.

Malam itu aku bersujud. Ya Allah. Kurniakanlah aku guru yang faham akan agama. Guru yang lembut budi bicaranya. Guru yang sentiasa menyokong muridnya.

Keesokan hari, aku seperti biasa, menanti guru yang mengajar. Cikgu Anuar namanya.
"Fatin, awak hidupkan enjin bukak air-cond lima perkara semua, saya nak pergi toilet"

Alhamdulillah :D
Allah mendengar doaku. Allah kabulkan doaku.
  *perempuan, nak tukar gear jangan ganas. Kena romantik. Kereta pun berbudi je nak jalan*
Dengan cikgu inilah dapat rasa nikmat race F1. wahaaa, bestnya main tukar tukar gear :')

Terima kasih cikgu :) Terima kasih MEGA :) Terima kasih cikgu yang garang :) Terima kasih rotan yang memukul :) Terima kasih Viva :) Terima kasih Kancil :) Terima kasih pakcik2 lori :) Terima kasih pak/makcik kereta/van/motor :) Terima kasih adik adik sekolah yang melintas :) Dan terima kasih dekat lori yang hon belakang aku :) Terima kasih semua pemandu heybat Pasir Gudang yang sabar dengan kereta yang dipandu aku tiba tiba enjin mati dekat traffic light yang sesaat :) Terima kasih abang2 bangla yang usha usha kat tepi jalan :)

TERIMA KASIH ALLAH kerana memelihara aku dalam setiap perjalanan hidup hingga kini :) Alhamdulillah :')

No comments:

Post a Comment