21 March 2013

Cerita result :)

Alhamdulillah summa Alhamdulillah :) A'la kulli hal... Alhamdulillah :')

21 MAC 2013- Tarikh result keluar. SPM. yang sangat mendebarkan. dup dap dup dap dup dap. *pecah jantung*

Malam itu. (20Mac 2013) Aku seperti orang dilamun cinta. Mendambakan cinta yang tidak kekal. Sentiasa mengenang memori-memori lama yang kian berlapuk.

Mandi tak basah. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Kerja tak fokus. Sembahyang penuh khusyuk. Taip selalu typo. 
Haiyya, manyak risau woooo! itu semua memang manaa fokuss la! Aigooooo!

Ye, betul. Malam tu, setiap minit aku terjaga. Aku terbangun. alaa, pernah tak engkorang tidur then tetiba rasa macam jatuh gaungg? pernah? Haa! Macam tulah! hahaha. Rumah ni rasa macam bergegar dek bom atom yang dijatuhkan oleh shaitonn! Jadi setiap kali terbangun dengan sesaat aku melihat jam dalam gelap. Ok tak nampak. Bukak lampu. WARGH! PUKUL 3 sudahh?! alamak! alamak! saaaat itu manik jernih mengalir di pipi. Allah, sangat aku takut ya Allah! tidur. terjaga lagi! WARGH! ingatkan jatuh gaung tadi. Allahu Allah.

Tidur lagi. Pintu dikuak perlahan. Ye, telinga aku memang senstif negetif positiff, "Jangan kejut akak. Akak tahu dah pagi solat subuh." Aku menarik selimut. Menangis dalam geborrr. selimut- bagi orang Muar 

"Eh akak, badan akak panas. Demam. Takkan takut sampai demam kot!"

Aku menangis dalam gelam. Menangis ketakutan. Berikanlah ketenangan Ya Allah. Berikanlah ketenangan.

_________________________________________________________________________________

"Hello, Najwa, dah ramai dah kat sekolah? dah berkumpul belum?"
"Dah, baru nak naik ni. Parents invite sekali"

Aku melihat ibu. Melihat rauh wajahnya yang tenang di sebalik perasaan gentar, Ye. Aku juga begitu. Takut, die terlalu mengharapkan aku. Takut aku mengecewakan dia sebagaimana aku mengecewannya dalam UPSR dan PMR. aku tak mahu kali ini aku mengecewakannya lagi. sudahlah!

GPK kali ini. takpelah GXIV. Allah lebih tahu :) A'la kulli Hal, ana berbangga dengan antum semua :D

52 orang 6A ke atas :') Tahniah....

Aku?

Hehehe. Alhamdulillah :') dapat juga membuatkan ayah dan ibu tersenyum :) Terima kasih Ya Allah...
walaupun tak dalam list 52 orang tu. ngeeee~

Jadi! Anda yang GEMBIRA. Anda yang KECEWA. Percayalah, Allah sehebat-hebat perancang! Dia tahu yang TERbaik okeyh :) bagi anda yang terus menangis dan menangis. La Tahzan, Innallaha ma'ana :')

Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita :')

kata-kata seorang akak, Tak nampak dekat sekolah nampak dekat Universiti atau Kolej :) Allah tahulah yang terbaik untuk setiap hambaNYA!

In Sha Allah :)

No comments:

Post a Comment