06 February 2013

VVIP Sorga! Yukk tempah!

Macam biasa.Entry kali ni mesti berkaitan hero kecil saya. eheh. Adik. Adik. Adik yang banyak bertanya dan banyak berkata-kata. Semua yang dia cakap bukan sebarang woooo. bahaya kalau sekali dia bertanya. macam das sniper yang membaham tubuh mangsa. habis dirobeknya. mengeluarkan segala isi-isi perut.

Cita-cita adik, nak jadi pelukis. Dia kata, dia nak buat komik. hmmph. impian besar :D kan? In Sha Allah :) sentiasa dalam doa akak dik. Adik nak lukis gambar upin ipin. Nak buat syarikat! Nanti adik kaya, boleh jaga ibu and ayah! Petah adik bercakap.




In Sha Allah. Pelukis Malaysia. Pelukis hebat Islam suatu hari nanti.

Back to the entry. Sesudah sahaja memantau adik mengaji, dia terus mencapai buku kosong beserta pensel. sah. memang sah. melukis. takde kerja lain. Gambar orang. gambar orang gambar orang. aku terus merampas buku. Dia mendengus marah. 

"Adik, cuba adik lukis benda lain! Asyik gambar orang je. bosan akak tahu!"
"Adik nak lukis apa?"
"Cuba adik bayangkan. Dekat otak adik sekarang adik membayangkan apa?"
seminit.
minitaini. eh?

"Adik bayangkan adik dalam syurga" -SubhanaAllah. Aku terus membisu. Kaku mendengar jawapan yang tidak aku pernah aku sangka. Manik jernih di mata sengaja aku genangkan. Malu jika dia tahu aku sebak.

"Ok, cuba adik lukis suasana dalam syurga macam mana..." Aku lantas memulangkan kembali buku lukisannya. 

Dia hanya memandang kertas itu dengan pandangan yang kurang pasti. Seketika kemudian, dia tersenyum memandang aku.

"Cantik sangat. Adik tak boleh nak lukis"

Allahu rabbi. Aku terdiam. Memang. Sesungguhnya syurga itu sangat indah. TERSANGAT indah! 



Sesiapapun yang masuk syurga, maka ia merasakan kenikmatan dan tidak akan menderita. Pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan pernah habis. Di syurga ada hal-hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar ditelinga dan tidak pernah terbesit di benak manusia -HR. Muslim dan Ahmad

Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Al-Hajj;23)

"Adik, dalam syurga kan mengalir di bawahnya air. Adik cuba try lukis, Jambatan, ada air. ada ikan. ada pokok-pokok" Aku hanya memerhatikan sahaja dia berfikir.

Dia memulakan langkah. Jambatan. Sungai yang mengalir dibawahnya.
Tiba-tiba dia berhenti dan memandangku. Aku membalas pandangannya dengan penuh tanda tanya. Kenapa?

"Adik tak tahu nak lukis. Syurga cantik sangat!" 
Aku tersenyum.

"Syurga memang cantik adik. Takde ssesiapun yang boleh lukis! Hanya ahli syurga sahaja yang tahu. Nak kongsi dekat ahli neraka? Heh, sorry. Takkan dapat. Hatta, kalau melihat syurga, jiwa akan tenang. Neraka, mereka TIDAK AKAN pernah tenang dik."

Kami menamatkan lukisan itu dengan lukisan Ikan jerung. hahaXD.

Betul. Syurga Allah tu sangat LIMITED! VVIP sahaja yang bisa menembusinya. Yukk, tempah dari sekarang untuk menjadi VVIP NYA yang superb OSEM! ^_^

1 comment:

  1. Subhanallah. Moga kita semua tergolong dalam ahli syurgaNya Ameen :)

    ReplyDelete