05 February 2013

Sukan Tautan Ukhwah

ceh. dah keluar dari sekolah pun masih nak bersukan sakan? ewahh. biarlah. saya masih berdarah bekas pelajar hidayah tahuu! haaa!

kalau dahulu kala asyik sokong HIJAU , tapi kali ini, biarlah saya bebas bersuara. ewah. actually, teringat sesuatu. tentang 'Sukan tautan ukhwah' . dulu, tak pernah nak titik beratkan tentang moto ni. bila dah habis sukan, macam ada sesuatu yang hilang. rasa, sesuatu yang manis dah tak semanis dahulu?

"Mana lagi suara yang bersatu bersorak demi rumah sukan masing-masing?"

"Mana lagi brain wash oleh kakak senior?"

"Mana lagi pujuk memujuk bila adhek2 / kawan / akak2 menangis bila kalah?"

"Mana lagi kata-kata semangat tatkala nak mulakan pertandingan?"

"Mana lagi sujud syukur di padang tatkala bola berjaya masuk ke dalam jaring?"

"Mana lagi takbir tatkala berjaya atau tidak?"

"Mana lagi stratching sama-sama dalam bulatan dan berlari ketengah dan hulurkan tangan membentuk sesuatu yang utuh lalu bersorak dengan penuh gah?!"

Baiklahh. saya sangaaaaaaaaaaattttt merinduii zaman itu. zaman bersorak. zaman takbir bergema di angkasa. zaman peluk dan memberi kata-kata semangat. ya Allah, betapa aku rindu zaman itu.

Maka, dengan itu, bagi saya sukan ni antara Ukhwah terjalin. hihokk. Time tulahh kenal adhek2 form one. form two. form three. form four. Allahu Rabbi. siapa yang cepat marah. siapa yang kuat merajuk. siapa yang cepat terasa. itulahh. itulahh ukhwah. mengenal mereka. sedalam-dalamnya. sayang mereka. saling membantu andai ada yang tersungkur. saling menguatkan andai ada yang lemah. 

Andai ada terlihat CIPIKA CIPIKI, heh? (Cium Pipi Kanan Cium pipi kiri)

Sesungguhnya manusia itu ibarat bangunan. saling menguatkan. rapuh satu. rapuh segalanya. Cubit peha kanan terasa peha kiri. eheh! sweet lah. 

Jadi, kalau dalam bersukan, cakap belakng? saling tidak membantu? saling mengata bagai? macam mana nak menang? ye dop? 

Allah menilai tak menilai berapa pingat yang kita dapat. Allah menilai usaha kita semua! Tetiba teringat sorak antara KUJAU. Malangnya, tak ingat lirik -.-' Kalau kita duduk sekumpulan. dalam rumah masing2, tetiba terdengar sorakan yang gempakkkk! Confirm, "Perghh! semangatnyaa!" "Mak aihh, susah nak lawan nie!" "tak berderau pulak darah"  See, tanpa melihat siapa pemilik suara, kita dah tahu bagai mana pencapaian mereka. kan?

Perjuangan kami sudah berlalu. Segala macam usaha , kenangan dan ilmu kami sudah tinggalkan. Tinggal kalian sahaja yang mengaplikasikannya. Teruskan perjuangan wahai adik-adik. Kami sentiasa berdoa agar kalian diberi yang terbaik. Ingat, sukan bukan bertujuan menubuhkan satu agensi pembunuhan atau permusuhan , sukan adalah agensi yang menubuhkan ukhwah semanis strawberry yang merah ranum baru dipetik. semanis gula melaka. eheh!




Diantara ni akan bergelar juara. naib juara. ketiga. keempat. saya tidak layak ingin mencorakkannya. anda. yee anda! anda yang geleng2 kepala! anda!anda yang kini berjuang untuk rumah sukan anda!

Teruskan perjuangan!

No comments:

Post a Comment