15 February 2013

Saya Pengarah Filem!


Hai Hai. Siapa saya? Anda? Kita? Kalian? Kamu? Kome? Mu? Hang? Ana? Enti? Anta? Antum? Antunna? Nahnu? ես? մենք? 我々? huh. takpelahh. Siapa Saya sebenarnya? Tuk Tuk! Siapa di sana??

A: Ayah, akak nak jadi pengarah filem. Tapi. Takut tak kuat.
B: Ayah tahu akak pandai buat pilihan yang terbaik.

Aku? Heh, dari dulu memang melongok depan tv. Tengok drama-drama. Filem-filem. Terasa macam terpanggil. cehh. sila ketuk kepala sekarang. Lagi-lagi baru-baru ni ada cerita Setia Hujung Nyawa lagi kuatlah kan nak buat filem sendiri. Hoii.

A: Akak, kalau akak nak buat filem macam SHN tu kan, cuba bayangkan akak dengan crush akak. 
B: Hah, takdanya. Kalau akak buat filem akak sendiri, biarlah yang berpasangan tu adalah suami isteri yang hokk! *sedikit qalqalah qubra di situ* biarlah nak bersweet bagai. Halall. 

Semua rakan-rakan memberi harapan yang besar untuk aku jadi Pengarah Filem. :') *nangis* tapi, pilihan ibu ayah juga perlu dititikberatkan. Redha Allah juga perlu diutamakan! 

Copp. Wait. Baik. Aku terfikir sejenak. Pengarah filem yang hebat di Perfileman Malaysia *adake nama nie? :\* contoh macam Rosyam Nor, David Teo, Pierre Andre and Syamsul Yusof semuanya adalah melihat kepada nasib. err. faham tak? Maksudnya, ramai je yang join pengarah filem ni, tapi, TAK semua akan dapat 'pengarah filem' jadi. ini saya. saya takut. 

Cukuplah sekadar saya menjadi pengarah filem kepada diri saya sahaja. *sobss sobss sobss* Hidup manusia ni, adalah sebuah lakonan yang akan dipersiapkan dan dipersembahkan kepada DIA bila sampai masa nanti. Jadi, setiap diri inilah merupakan Pengarah dan juga Pelakon dan juga Penulis Skrip dan juga apa lagi. Jadi, jangan risau. sebab. setiap filem kita. Setiap skrip kita. Setiap scene kita. Takkan ada yang TERSKIP atau TERCUT! 

Jadi, kita semua dah sah-sah jadi pengarah Filem! Yeayyyy!
Kini, saya tahu pilihan yang terbaik. sebab saya yang pengarah filem untuk hidup saya untuk diri saya! Alhamdulillh :)

No comments:

Post a Comment