08 February 2013

Iman diketuk. Ikhlass please :)


Aku berdekah. tergolek-golek melayan Setia Hujung Nyawa dikala maghrib. Aku mengeluarkan air mata romantiss! mengeluarkan air mata sambil mulut sibuk menari kata-kata kesat kepada watak hitam dalam cerita itu! Macam orang gila. Iklan? Berlari naik atas. Terus menyarungkan telekung putih di tubuh. Lantang suara aku memanggil adik adik dan abang untuk berjemaah.

"Cepaat! Solatt!! Tengah iklan ni!"
Masing-masing datang dengan gelak tawa sesama sendiri. Saling bergurau. Entah kenapa. aku tidak suka keadaan itu. Aku nak cepat! Setia Hujung Nyawa! iklan mesti dah habiss :(

Adik kecil membentangkan sejadah. Mereka faham keadaan aku lalu sengaja menyakat aku. "Hari ni nak baca Al-Baqarah berapa page?" Imam memandang ma'mum. Aku segera membuntangkan mata. Bibir menggetap geram. Cepatt!!

"Akak, akak solat tak ikhlas kan?" Iqbal memandang aku yang berdiri di belakang. Gayanya penuh bersahaja. Tetapi....

S E N T A P
dunia aku kini gelap seketika. seakan terbayang-bayang diriku yang beraksi tidak sopan tadi. terhegeh-hegeh nak solat sebab? setia hujung nyawa! Argh. apa niee!

"Hey adik! Ikhlas tu urusan Allah! Jangan sibuk!" Aku cuba menyelamatkan diri yang sebenarnya diriku telah terperangkap dengan soalan 'maut'.
"Dah, dah solat!" Aku naik berang. Mataku cubaaa tidak mengerling ke arah jam. Smbil hatiku menggeletek manja. Cepaat. Cepaat. Elsalina kat bawah tu nangis. Ikram kahwin dengan Dr.Suria! Zain koma balik! Hatiku berbisik. Seakan cuba mendera imanku. Arghh. Tidak. Aku menggeleng mengawal penghasut keparat itu!

Astaghfirullah. Aku memandang adik. Dia masih memandang aku dengan pandangan yang cukup dengki! "Padan muka akak!" Begitulah sangkaanku. Ya Allah. kenapa dengan hambamu seorang ini?? Terasa iklan Tv waktu ibadahmu macam 5 saat. Bila iklan sepertia biasa, satu jam kah? eh?

Aku berfikir sejenak. Ohoi! Allah tak pernah skipkan punlahh bila nak bagi kita rezeki! Tak pernah. cuba bayangkan, jantung kita berhenti berdegup seminit sebab Allah skipkan. Mesti nyawa kita terasa melayang. Tiada lagi Setia Hujung Nyawa. Tiada! Allahu Akbar. inikan pula kita nak skip ibadah kepada Allah. Tak sedar ke apaa?!Allah cipta kau, untuk beribadah kepadanya. Bukan nak skip Ibadah pulakk!

Ku pejamkan mata yang dipinjamkan olehNYA. Allahu Akbar.

"Kul inna Solati, wanusuki, wa mahyayati, wa mamati Lillahi Rabbil A'lamin ; maksud: Katakanlah sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan seluruh alam"-(Al-An'am;162)

Heh. hidup kita hanya untuk Allah. Untuk Allah. Dia pencipta, dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita pulang. Jangan risau. Tak payah ragu-ragu. Tu memang janji dia. That his bussiness. eh?

TAPI. jangan salah faham.
Bukan saya kata semua orang tengok Setia Hujung Nyawa ni tak solat! Open minded sikit ehh. Mereka solat. kan ada iklan ?:) sama macam kita laa. Iklan berlari naik atas nak solat. haha.

Btw, Setia Hujung Nyawa best. hwaa :')) -just for jiwang's person ok. chill. Saya berhati jiwang. sekian terima kasih. *tutup muka*



No comments:

Post a Comment