13 February 2013

Allah tidak pernah men'tua'kan.... Eh?

Balik Kampungg! Oooo Balik kampung! Oooo Balik kampung hati riakk! eh! Hati giranggg! Arrived. weeee!! *golek golek*

eh. panjangnya rumput. kesiann.
nampak atok terbaring di bilik. salam. keluar. pot pett.pot pett. perempuan. biasalah. mana pernah lari 'pottpeettpottpett'

ibu dan moksu bergerak masuk dalam bilik atok. mandikan beliau. pandanganku terhenti sejenak. eh. seakan-akan...bayi kecil yang manja untuk dimandikan!

Aku memerhati keadaan sekeliling. Terlihat sebuah bakul yang penuh dengan bedak. siap dengan tepuk-tepuknya lagi. Aku tergelak kecil. 'eheh, comelnya'

malam itu, sekali lagi. potttpeetttpottpett.

semua atok-atok saudara aku, sudah mula memakai lampin orang dewasa?

"Tengok, diri kita ni. Datang dengan cara bayi, bila dah tua, sudah lanjut usia, kembali ke perlakuan menjadi bayi" Bisik ibu.

SubhanaAllah.

dahulu, memakai stroller. sekarang? Kerusi roda. Dahulu, mandi kena panas. tak menggigil. bak kata orang, alolololo kesiann diaa. sekarang? Mandikan guna air panas. Dahulu, pakai lampin. sekarang juga memakai lampin.

kan? kitaran hidup.



Dari Allah kita datang. Kepada Allah juga kita kembali. Allahu Akbar.

Actually tak masuk tajuk lagi. Haih.

Allah tidak pernah men'tua'kan kita? Apakahh?

Ziarah atok-atok yang sudah berusia, bibir mereka masih lagi basah dengan zikrullah. SubhanAllah!
Usia dah meningkat, kira orang cakap 'tunggu masa' sahaja. tetapi ibadah mereka? masih kekal.

Adapun yang sudah lupa-lupa comel masih kekal ingatannya tentang solat!

 ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “.-Imam Ghazali

Betullah. Ada dua nikmat yang manusia sering lupa. Masa lapang dan waktu sihat.



Sebab apa manusia sering lupa dan tertipuu? Sebab, manusia dapat nikmat tu free free sahaja! Tengoklah, Allah bagi kita kemudahan. Tapi kita buat apa? Sia-siakan. Ignore it. Let it go. Kejam. Kejamm!

Muda-muda 24 jam facebooking. twittering, blogging, vlogging, tumblering, asking, skyping, eh. asal pelik je bunyi? bila dah tua jangan risau, kita takde masa nak buat semua tu sebab kita nak taip pun terketar-ketar. Entah-entah, kita dah tak kenal dah huruf. ataupun?! Terlantar dekat katil. siapa tahu. Kuasa Allah.

Allah tu kan perancang terhebat. Apa-apapun walaupun usia tetap men'tua' ilmu Allah takan pernah men'tua'! eh?

Yukk, siapa yang masih muda, manfaatkan masa yang ada. Bak kata cikVsarus, 'Hidup ni sementara jom kita 'END'joy!' :)

No comments:

Post a Comment