06 February 2013

Akak...kenapa perempuan tak boleh azan?

"Assalamualaikum..warahmatullah"

Aku terus sahaja melipat telekung selesai sahaja doa. Kami sekeluarga seperti biasa beratur sambil menyakat sesama adik beradik untuk salam dan cium ibu tersayang. Oman, adik nombor tiga terus mencapai telefon bimbit. Along, terus mencapai komputer riba dengan tujuan menyambung kembali video yang dimainkan tadi. Aku? terus bermain dengan adik bongsu. Iqbal. Menjadi hobi untuk menyakat dia walaupun aku tahu, dia kurang berminat. ehehe.

"Erm, akak. Kenapa perempuan tak boleh azan?" Iqbal mula bertanya. Aku memang takut kalau dia bertanya soalan bab agama. Bukan takut apa. Takut, aku menyampaikan sesuatu yang salah. Orang muda, otak masih fresh! Dia akan berpegang apa yang dia dengarkan terlebih dahulu.

"Sebab..suara perempuan tu aurat."

"Kenapa aurat pulak?"

"Sebab, suara perempuan tu sedaaappp sangatt! kalau perempuan azan, of course laah orang datang. nak tengok siapa yang azan tadi. dan tentu juga diorang datang bukan sebab nak beribadah. kan?'"

"Oh, suara lelaki kalau azan tak sedap eh kak?"

"Tak. Bukan tak sedap. Sedap sangat! Tapi, aura lelaki azan dengan perempuan azan lain dik.."

"Ohh, ha'ahlah kak. Kalau perempuan azan orang lelaki mesti datang nak tengok siapa yang azan kan?"

"Yup! Adik sendiri nampakkan. Kenapa ramai penyanyi perempuan? dan ramai perempuan yang menang?"

"Sedap suara dia sedap. macam Najwa!" Dia beriaksi gembira.

Padahh. ehem. adik memang peminat tegar dengan AdaMu. ngeehh. dah aku jugak jadi penyanyi dekat rumah ni :'l lullzzz.

No comments:

Post a Comment