25 December 2013

Killer

Something killer my mind.
Something shoot my mind.
Something haunted my mind.

H O R R O R !

"Minggu ke-6 dah kena hantar assignment lah weh!"
"Minggu ke-5 folio kena hantar. Gila hapee??!"
"Minggu ke-6 presentations dah kena mula. Time tu nak kena hantar assignment jugak. Ape nak buat pun zero plus zero minus zero equal to 0"
"Weh! Hapeeee niee??! esok nak kena hantar folio! esok dah nak kuiz! esok ada midterm! esok ada program wajib! Apehal weh? Killer habis! "

"Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati..."[Al-Imran: 139]
Ahass. Dalam menyelesaikan tugasan pun Allah kirimkan ayat chentas weh! Hebat plus daebak K dia punya cintass. SubhanaAllah.

Hidup bermasyarakat. Ceh ini skop dunia. ohoo.

Hidup berkelas. Atau hidup bermuafakat. Ceh sama je pun. alaah.

"Kita tak tahu. Boleh tolong tak? Tak tahu nak cari bahan dekat mana ni.."

"Hey. Kita kan kawan!" *kenyit-kenyit mata. eleh.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" [As-Syarh:4-5] 

And, don't think kalau satu masalah menghantui minda. Membunuh minda sampai otak pun rasa nak terpecah, sampai otak pun rasa naik gila, sampai rasa macam lepas ni aku nak naik tingkat 8 turun tingkat 1 naik lif. Lepastu ulang balik, naik tingkat 8 turun balik tingkat 1. Rasa macam life ini zero. Sampai bila bangun tidur tu terus rasa k, aku umur dah berapa ni?

Heyy, calm down please. Allah nak test je pun. Dan, apa yang Allah test tu actually tak seberat mana Nabi Muhammad diuji. Be strong, and one of my classmate said ; Don't give up!

27 November 2013

Bukan ini pilihan aku. Tetapi?

Bismillah. Assalamualaikum. fuhh. lama dah taraa on. ehew ehew. elmeklumlah. susah nak dapat internet dekat sini. kecuali, pergi cc.

About the tittle. something fishy right?

Tetapi? apakah?

Masuk Kuis bukan pilihan aku. secara realitinya. sebab. kolej swasta, hmm. opekos lah dapat kan. jadi, aku masuk ke sini dalam keadaan aku mogok.

ceh tak lah mogok mana. just, kali ni nak ubah. nak jadi budak 'nakal' kihkih.

I mean, saya dah penat jadi budak baik hahaxd

jadi datang sini dengan niat lain. nak try jugak errr tak kisahlah dari segi apa. tapi, nak jadi 'nakal' haha!

Tapi, DIA memang tak izinkan. DIA itu tahu, tahu tentang hati ini. apa yang terlintas apa yang terfikir memang DIA tahu. sebab, hati ini milikNYA.

DIA hadiahkan aku seorang sabahat. Dila. seorang yang sangat bagi aku bersyukur bila dapat kenal dengan dia. kami kenal dalam masjid time orientasi. memang susah nak jumpa budak diploma. so dia lah budak diploma yang first aku kenal.

macam macam dia suruh aku ajar. dari segi ibadah hinggalah ke pakaian. aku kelu.

sedang aku sudah ada apa yang dia takda. sedang dia mencari apa yang ada pada aku. dan sedang itu jugalah aku berusaha untuk membuangnya. Allah.

sungguh. sifat manusia itu memang lupa. sudah dapat apa yang dimahukan, langsung tidak tahu untuk bersyukur.

sesungguhnya yang bersyukur itu sangat sedikit.

kini baru aku sedar, tempat ini memang bukan pilihan aku. tetapi tempat inilah pilihan yang memang sudah ditetapkan oleh DIA untuk aku.

ini pilihan DIA.

"tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita dan tak semstinya apa yang kita tak suka tidak baik untuk kita"

dan disini, saya dah sayang untuk tinggal disini.

tak homesick pun.

just, rindu nak dengar suara ayah ibu and along dekat telefon.

ada satu malam, ibu call. on speaker, dengar suaraa along, dengar jugak suara ayah dekat skype, membuatkan aku 'join' sekali conversations tu.

kadang-kadang bila kita dah tiada sesuatu baru kita rasa sayang. ehehe.

segan. k. sekian dari cc kuis.

15 November 2013

Usrah dan Kopi


Jari jemari laju menaip. Akal terus membuahkan idea. Kopi di tepi computer riba sengaja di 
biarkan. Dalam suasana yang agak malap, Raihan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada assignment yang diberikan oleh pensyarahnya
“Juan, tak tidur lagi?” Pintu biliknya ditolak perlahan. Wajah Aisyah sahabatnya lembut menyapa.
“Dah pukul satu lebih dah ni, tidurlah. Esok lewat nak pergi usrah. Juan tu, bukan senang sangat nak kejut. Haisy”. Aisyah menegur hemah. Seirat senyuman terukir disentuh pula bahu Raihan lembut.
“I’m sorry. I have to finish this”. Balas Raihan sepatah tanpa mengalihkan seinci pun pandangan daripada tugasannya. “Kalau esok Juan bangun lambat, Aisyah pergilah dulu. Jangan tunggu Juan. If la usrah-mate lain tunggu, cakap je Juan tak join. Ala, pandai-pandailah Aisyah bagi alasan. Ye”. Raihan bangun menuju kea rah rak yang dipenuhi buku. Terbongkok-bongkok dia mencari buku yang disalinnya nota pagi tadi. Dia mengeluh berat.
Aisyah hanya mendiamkan diri. Dia terpandang kopi. Kopi yang sudah ‘kejung’ mungkin.
“Bila Juan kena hantar assignment ni?”
“Next week. Ala, Aisyah takmoh risau lah. Tahulah Juan nak manage masa. Ok. Aisyah pergi tidur dulu.”
“Aisyah ada story. Itu pun kalau Juan nak dengar lah…”.
“Juan busy Aisyah. Aisyah pergilah tidur. Jangan kacau Juan okey”. Aisyah diam mendengar jawapan sahabatnya itu.  Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Raihan seorang diri. Raihan yang sibuk menyiapkan tugasan.
Jam di dinding menunjukkan jam 3 pagi. Kopi masih lagi tidak disentuh. Mata Raihan sudah pun berair menahan ngantuk. Akhirnya dia terlelap di meja belajar.

“Dah 4 kali Juan tak datang usrah. Mana dia pergi? Selalu saje dia datang kelas, bila Iffah ajak dia datang usrah, dia kata dia busy lah, apelah…” Iffah menyapu jem di roti sambil diperhati oleh usrah-mate yang lain. Mereka juga sependapat dengan Iffah. Sejak kebelakangan ini Raihan selalu sahaja mengelak diri daripada usrah.
“Nanti Aisyah bincang dengan Raihan. Aisyah cuba. InsyaAllah. Doakanlah dia..”. Aisyah bersuara sedikit keluh. Sudah seminggu dia lansung tidak berkesempatan untuk berbual tawa seperti dahulu-kala. Raihan sudah berubah.

Terdengar ketukan di pintu seiring dengan sebuah salam. Itu suara Aisyah. Raihan mengeluh berat. “What to do. I’m dead. Padan muka aku. Housemate dengan ustazah. Ginilah hidup. Tak pernah aman..”
Raihan mengemas meja. Dia menyusun katil. Tubuh dilabuhkan. Telinga sengaja ditutup dengan earphone. Entah lagu mana yang dipasang dia sendiri tidak tahu. Tension!
Aisyah di luar masih lagi memberi salam. Sangkanya Raihan masih lagi sedang menyiapkan tugasan. Dia lantas mencapai telefon bimbin lalu menaip beberapa perkataan.
Treeet. Treeet. Telefon bimbit di bawah bantal bergetar. Dia sengaja silentkan telefonnya. Dikhuatiri Aisyah sedar yang dia belum tidur.
Juan, Aisyah kat luar ni. Aisyah dah siapkan kopi. Jomlah minum.
Aisyah jangan kacau Juan boleh tak? Tahulah Juan nak minum ke, nak pergi kelas ke, nak outing ke, nak tidur ke. This is my life. Don’t be a troublemaker!
Air mata bergenang. Sungguh tidak dia sangka Raihan akan membalas mesejnya dengan sebegitu rupa sekali. Dalam hati sengaja dia pohon doa daripadaNya mohon DIA sentiasa memelihara sahabatnya Raihan.
Dia mengambil langkah kea rah biliknya. Kertas kajang dikeluarkan. Panjang lebar dia menulis sesuatu.

Raihan mengambil tuala lalu menguak pintu untuk mengambil segelas air di dapur. Langkahnya terhenti tatkala terpijak sesuatu. Dia mengambil.
To: Dear sahabah Nur Raihan Mikail.
From: The troublemake, Aisyah.
Assalamuaikum Juan. Sihat? Pelik kan soalan tu? Eheh. Kita dah lama tak borak. Even kita satu rumah. Kita satu usrah.Asif. sebab mungkin before this Aisyah abaikan Juan. Aisyah tak sempat nak Tanya khabar.
Tapi Juan, Usrah-mate yang laing semua rindukan Juan. Rindukan Juan yang lama. Juan yang ceria. Juan yang kiddies. Juan yang sporting and awesome.
As house-mate a big sorry. A big sorry. A big appologise. I miss you. Truly.
Here, Aisyah nak hadiahkan story untuk Juan.
Kopi itu sedap diminum bila panas kan? Bila dia tengah suam… tapi bila kita biarkan dia terlalu lama, dia akan jadi sejuk. Kalau diminum pun tak se ‘hot’ mana pun dah. Kualiti tak sebagus yang panas. Kalau dibiarkan kopi tu akan ‘diserang’ semut dan akan dibuang macam tu sahaja.
Macam tu jugak usrah Juan. Usrah jangan tinggalkan terlalu lama. Nikmatnya tidak terasa. Khasiatnya sudah pun makin tipis. Yang paling penting, jangan biarkan ‘hasutan syaitan’ bisikan supaya tinggalkan usrah. Jangan.
Usrah ni penting Juan. Usrah=keluarga. Tempat kita berkongsi duka dan lara. Berkongsi senyum dan tawa. Juan sendiri pernah cakap, dengan usrah nil ah Juan kenal apa itu ikhtilat, tanggungjawab, ukhwah dan macam lagi. Jangan buangkan khasiat itu Juan… oh, next week ada usrah dekat tempat biasa. Kitorang semua tunggu Juan J
Assalamualaikum sahabah Raihan :*

Bibir cepat dibasahkan dengan istighfar. Ya Allah. Aku hampir tersungkur Ya Allah. Ampunkanlah dosaku. Aku abaikan kau kerana dunia ini Ya Allah. Hanya kerana ujian yang kecil ini sahaja mudah sahaja aku lupa padaMu.
Air mata diseka. Dia mengambil langkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Aisyah.
“Assalamualaikum My Troublemaker”. Senyuman terukir di kedua-dua wajah. Antara Aisyah mahupun Raihan.
“Waalaikumsalam Juan. Hey! Apa mimpi Juan datang bilik Aisyah ni?”. Aisyah menutup buku. Sudah menjadi kebiasaanya untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu pagi-pagi. Menurut fakta, otak menjadi sangat cerdas pada waktu pagi, dan elok untuk para pelajar mengulang kaji pelajaran pada waktu pagi.
“Opekos la Juan rindu. Macam tawar sangat dah iman ni bila dah lama tak borak selalu. Lama tak ber-usrah. Juan rindu. Nak share fakta. Nak makan sama-sama. Nak jalan sama-sama. Baru Juan sedar, sungguh tak bermakna sebenarnya kalau kita kejar syurga sendiri kan? Juan minta maaf. Kita kejar syurga sama-sama ye. Sahabat?”. Raihan menghulurkan tangan.
Aisyah menyambut dan mengukirkan senyuman. “Selamanya…”.
Alhamdulillah.
[3:13PM]

Finally. This is my second *bored* cerpen. so I'm sorry for that. Ni cerpen ni sebab rindu sangat dah dekat naqibah. lepas ni tak dapat Join usrah dulu. kena cari usrah baru T.T -oh ye. susunan perkataann yang side side tu kan, asif. kesilapan teknikal komputer ini sendiri. hikhok.

Suka untuk saya untuk anda komen ^^ Jazaka khair :)

25 October 2013

Resepi Tiramisu

Bismillah.

Hari ini entry nak pepoyo pasal makanan. harhar. ekceli tiramisu ni the third time aku buat. dan kali ke tiga ni aku buat pakai resepi sendiri je dah puas hati. alahai. nak buat nya senang sungguh. serghies. rasanya nak ambil hp dekat atas *bgi rumah2 tingkat atau 14 tingkat* dari bawah lagi susah kot. ha!


~Serbuk koko/milo~
~Biskut/kek gulung~
~Whipping cream 200ml~
~Cream cheese~
~Kopi~ *tak kesahlah brand apa
~susu cair~*tambahan


Cara-caranya:


1. Masukkan whipping cream. Dan putarkan mesin tu. greeeeeeenggggg!! greeeeeeeeng lagi!


2. Masukkan pula cream cheese. yang ni aku main masukkan je. aku main picittttt je. yang penting, jadi lah macam benda yang bila calit kat jarit dia lembut dan cantiklah. asalkan jangan terlampau pekat sesangaaat. jangan pula cair yang sesangaaat. Maksudya, biar kembang sikit gitu..

3. tuangkan susu cai dalam 1senduk banyaknya. Senduk yang biar saiz kenit. Janganlah senduk guna gulai kawah tu. ha.

4. Letakkan gula dalam 2 sudu. Lepastu greeeeeeeeeeenggg! Greeeeeeeeeeeeeeng!


5. Kopi tadi tu bancuh dengan air panas. Buatlah dalam mangkuk. Supaya luas sikit permukaan nak celup biskut/roti tu.

6. Celupkan biskut/roti. sekadar bagi dia basah. Jangan nak rendam lelebih -,-. Kalau roti tu, just renjis renjis je. ok :)


7. Lepas dah celup dekat kopi, bolehlah susun dekat dalam bekas mampat mampat.

8. Lepas dah susun lelawooo. Taburlah dengan penuh hemahnya cream tadi dekat atas biskut tu. Tapi jangan tuang banjir sangat! sebab kita nak buat 2 layer, takut tak cukup pulak.


9. Lepas dah ratakan semua, silalah taburkan milo secara penuh kesopanan dan kesusilaan.

10. Buat macam step 6.  celupkan biskut. dan susun. dan tuangkan saki baki cream tadi atas dia.


Gini bentuknya. Rasanya memang WALLA. haha.

11. Dah settle semua bolehlah tabur milo/koko dekat atas dia. 


Final. Memanglah tak terliur nampak kan. haha. Tapi ini resipi byself. Jadi fefahamlah. Theeehe :D

Lepastu, bolehlah masukkan dalam peti ais. Kalau nak ala-ala eskrem tu, masukkanlah dalam peti asi bawah. Kalau nak makan ala-ala kek kek dekat secret recipe tu letaklah dekat peti ais suhu biasa.


Lepas main bola dengan adik, kembali gemukkan badan dengan makan tiramisu bersama akhawat osem :') Confirm licinlah. InsyaAllah sedap.

Jadi bolelah terghai kat rumah. Sama-sama gemukkan badan. hehe :D



24 October 2013

Jauh tapi dekat. senyum sinergi :3

Bismillah.

Kali ni entry pasal chenta dan chenta. dan chenta. dan chenta.

pasal chenta dan chenta. hah.

Ni. nak cerita sorang ni. Seorang teman wanita saya. Seorang kawan. Seorang adik. Seorang kakak. Sebuah hati. hah!


Dia.

Dia. kawan dari tadika. Dia chenta. Huh. entahlah, teringat satu hari tu, form1 kot pergi rumah dia. setadi *konon*, Tiba-tiba dia tunjukkan gambar tadika dia. Tapi, bila aku tengok sekali imbas, wt. Kenapa dia ada gambar tadika aku? so, time tu main tarik tarik gambar. hewhew. oh. rupa-rupanya kami satu kelas dulu?! Allah :') Senyum sinergi. 

Lepas tadika, tadika kami diarahkan tutup atas sebab tertentu. so kami berpisah. jumpa balik darjah 6! Time darjah 6 ni pun macam tak kenal sangat. 

Bila f1, tengok dia selalu bahagia duduk asrama. haha. jadi cemburu lah jugak bila dia selalu lepak dengan budak asrama. pssst: awak, cemburu tanda sayang. hahaXD jadi, time tu isi borang asrama. tulis alasan pun poyolah. Sebab rumah jauh lah. sebab susah nak belajar lah. Tapi.. asif ostazah! :D

Bila dah duduk asrama. Makan sesama. Prep sesama. menangis bersama. ketawa bersama. senang kata, semua bersama dia dengan akhawat lain. Time tu, jujur cakap, asramalah yang ajar aku erti ukhwah. ukhwah. ukhwah! Satu pertalian yang semanis madu. lebih manis lagi! Diganda satu juta ganda manisnya! wuuu. nangesss.

Abah saya dan abah dia, satu tempat kerja. Eh. bukan dekat dengan kami tahu. abah kami jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh sana tuh. arab sana. nah! jadi nak feel feel rindu abah ni pun kitorang share. haha.

Pertengahan f3, senior asrama buat perubahan. asrama dirombak. jadi, eeh. macam takdir pulak kita sama dorm sama bilik. paling best awak katil atas kita katil bawah. mueheheheXD. Time tu, bahagia beb. Tak payah berlari pergi dorm awak kita makan sesama kat bilik. tak payah berlari nak pergi bilik balik sebab takut pintu dorm dah kunci. Masa tu, awak selalu tanya, "Jie, awak dah cop tandas? Awak dah cop wash?" Kalau kita cakap belum. mesti awak copkan :')) Takpun, bila habis kelas, kita penat-penat and risau sungguh bila line tandas penuh. tak sempat nak duduk, dah ada orang panggil. Turn tandas dah sampai. Awak. Terima kasih.

Bila f3, dia cakap, dia nak setadi jauh. dia nak duduk dengan femeli dekat arab. time tu. jiwa kosong. jiwa punah. jiwa hancus. jiwa kacau. jiwa rapuh. jiwa terluka. jiwa tertembak pakai sniper. 

Tapi. Ya. Orang kata, kalau sayang lepaskan. mueheheheXD 

Jadi lepas PMR, dia pun fly sana. ya. yang aku mampu pandang kapal terbang di langit. dengan harapan kita ada eye-contact masa tu.

Time parents dia ambil dia dekat depan dorm, semua menangis. eceh. tapi aku, yaaa! hati nak menangis. tapi batin jerit. "Kau takpayah gembeng!" And, I should be strong! Be strong!

Result PMR aakuu tak berapa bagus. Bila amikkan result dia, ya. sangat hebat. Tahniah :')) Masa tu, aku menangis. Benda bahagia macam ni, sepatutnya kita raikan sama-sama kan? Kita dah belajar sama-sama. Stay-up sama-sama. Tapi. Kita sorang. Awak takde.

Form4 sampailah form5. dua tahun terasa lain.

sangat sangat lain.

rasa kosong.

sahabat itu satu. kawan itu berjuta. satu tu, awak. awak yang jauh.

oh. benda yang paling rindu. Bila kita sakit time form3. kita tak boleh nak pakai ubat sorang-sorang. kadang-kadang rasa malu dan malas nak pakai. tapi..awak selalu ingatkan. setiap malam awak selalu cakap "Jie, dah pakai ubat?" Sebab tu, aku sayang kau sahabat. sebab tu. salah satu sebab aku sayang kau. Dan, awaklah yang pakaikan ubat. awak yang titikkan ubat dekat kita. Susah nak jumpa orang macam awak, amie.

Oh. awak dekat egypt sana, jaga diri elok elok eh. For your exam, hiyargh! Kita tahu awak boleh! Fighty!

walaupun kita dah berzaman tak jumpa, kita dekat kan? ;) hati kita dengan awak, DIA yang jaga. Kita dekatkan dengan doa. Kan? :')



throwbacks. I wish I could play again the year that we're together. Holding hand. When you become my nurse. I miss all the time wif you :'( 

Chenta no2. adek. adek yang tak sedar aku ni kakak. harhar.

Hana.

form4 baru nak rapat. walaupun dah kenal dari f1. KAN! harhar. 

bila kita dengan awak share benda yang, 'gile' benda yang 'takbetul' tapi itulah yang paling sweet. haha


muka time ni baru lepas nangis kot. haha

awak, sorry taw. kita tahu awak tak suka gambar nni, tapi kita mana ada gambar berdua kan! hahahaXD

awak, ingat tak dulu kita pernah gaduh? time tu rasa nak mati. haha! tapi, awak flykan surat dekat kita. serius. surat tu menyentapkan ego. merendahkan ego kita. kadang-kadang, bila sedih. aku baca surat kau weh!

Kita kongsi perasaan. haha!

                    

                        




share cerita. drama. ya. thanks k.

Eh Alia, Ingat tak surat ni? haha :'D 

Jangan ingat kita sudah cukup beriman selagi tidak diuji.
Jangan ingat kita sudah cukup bahagia selagi belum diuji.

Siapa kata, kami tak pernah bergaduh? Oh please deh. *mata di atas tangan di bahu* ha, jemah sorang ni. pfft.


eh. ni versi satu taw. kahkahkahXD. 

versi dua. insyaAllah nanti taw..

Oh. pasal tajuk tu? Kenapa jauh tapi dekat? harharhar. mereka dia sekarang dekat jordengg suda. jauh deh. nak ajak jenjalan pun guanne? ye dop? 

Tapi kita sentiasa dekat ;) tiada contact mata, kita boleh contact hati. Allah ada :D. Dia pemilik hati. Tentang hati ni, serahkan dekaat DIA okey :) Tahu doa rabithah kan? Haa, baca tu. mengadu pada DIA. sebut nama dalam doa. InsyaAllah, DIA pun rasa.

Moga Allah pelihara ukhwah kita :* Uhibbukifillah!


06 October 2013

Meniti Usia Baligh

Assalamualaikum. Anneayassayoh!

Today's Entry is about last week. About Daurah [MUB].


#pray4egypt
#R4BIA


Dedulu kala time sekolah Daurah agak macam biasa-biasa. Disampaikan oleh ustaz/ah sekolah. Memang dah boleh agak dah aktiviti dia macam mana. Pukul 9:00 kumpul dekat dewan. Pukul 11:00 habis. Minum malam. Tidur. Hirasah. Qiam fardhie/jamaie.

Tapi THIS!

"Abang Bai datang bagi talk taw.." ujar salah seorang fc.

F R O Z E N . S E R I U S . D A E B A K .

"Eiii! Mana aci camnie! mana acie! nak jugakk join!"

Gasp. Abang Bai datang bagi talk weh. Tak kenal dia? Dia pengarah IKRAMTeens. Dia selalu handle program IKRAM.



Fail student. Tengok balik dah macam baju team Runningman dah XP

Ustazah Dayang suruh kami lapor diri jam 11:00 pagi. Then ikut ustazah shopping! horraaah! So kitorang pergi Skudai Parade. Sesat sesat. sesat sesat. sesat sesat lagi. hentah sampai pukul berapa sampai, so kitorang borong segala barang. dari hadiah keee beg. The best one nya ialah, ye lah orang pompuang. asal shopping je memang mata terus meliorrrr entah ke mana. Wargh T-T kenapa lah aku datang tak bawa duit?

Segalanya indah belaka.
Tiada cacat cela. hah.


Ini gambar Abang Syed Safwan bagi talk.

So memang dewan ni, oh ye. Dewan ni dah ada mozek. maju kan? kan ? kan! Dulu pakai tikar je. k. Dewan ni dipenuhi gelak tawa kanak-kanak riang. Form 1-2. So memang terjelas sungguh ketidakmatangan mereka. alahai... my jenier.



#GAME1
Before game ni, diorang kena duduk dalam group. So fc akan agihkan kain hitam. Yang banat pakai handsock. sadiss. FC akan bawa pisahkan diorang. letaklah merata-rata tempat. asal jangan duduk dengan team sendiri.

Lagu pedajal [rockers] dipasangkan. Diorang disuruh untuk mencari group diorang tadi. arahan tangan kanan mesti dekat belakang and jangan keluarkan suara. 

Time nilah, abang bai kata, FC jadilah syaithoon ketika ini. Bila nampak diorang dah duduk dalam group ke, pisahkan diorang. Langgar ke. apa ke. tak kesah. And yang paling best, ni akulah. "Awaak. Awakk. Nama awak siapa?" "......." "Awak, jawablah! Kita tanya ni!" "...nama kita..." Ah meh sini. akak bawak awak tempat lain. [tempat yang orang langgar peraturan]

Lagu pedajal tadi tukar zikir. Time ni, abang bai kata, FC dah insaf. so FC kena tolong student cari kawan.

The reasons from this game is:

1. Before kita baligh, [lagu pedajal ] kita sukahati nak buat apa. Tak solat. Tak puasa. Tak tutup aurat. Takde peraturan lah senang. Kita kehulu kehilir, macam takde arah tuju.

2. After baligh, [zikir] hidup kita sedikit tersusun. Dengan bimbingan kawan-kawan. Dengan arahan dari tuhan. Dengan pedoman al-quran. 

3. Arahan tangan dan senyap itu adalah ibarat peraturan. Ibarat tanggungjawab kita untuk menutup aurat. Dengan faktor suasana [lagu-lagu lagha], dengan faktor orang sekeliling [FC-Syaitahan] Kita akan mudah untuk melanggar peraturan.

Ngerti bukk?


#GAME2
Duduk dalam group. Lukis orang lidi. Dan, erm. Lukis semuaaaaa perubahan yang ada bila sudah baligh. Jadi sendiri fikir, kita ni dah cukup matang atau belum. Ok ? :)


#GAME3
Game hari rayaaa! Time ni, FC akan pakai nametag macam dalam gambar tulah. Cth : Anak lelaki pak ngah, Ayah tiri, Abang tiri, Abang angkat, Kim Jong Kook. [kalau bagi perempuan]
Cth : Bibik, Kakak sulung ayah, Mak cik ayah belah atok, SongJiHyo [kalau bagi lelaki]

then panggil 10 orang peserta, kita salam siapa yang boleh kita salam. Ye lah, biasanya waktu raya main bedal je. main hulur je. Tak tahu halal haram. Ok!

KJK pun ada taw! nak nangis je dapat tag tu. hahaXD


And this!

Takdalah game mana. Ni bolehlah ajak main sementara tunggu penceramah datang ke apa. Game ni, entah apa nama dia. Lupa.

First! Cari pasangan. Macam budak dalam gambar tu. alololo.
Then tangan buat macam diorang. Sebelah tangan bukak, sebelah lagi keluarkan jari telunjuk. After that, bagi arahan, tangkap tangan kalau sebut perkataan 'dia'

Cth skrip.
Pada suatu hari, Iffah dan dia [ sampai perkataan dia je, mesti tangkap jari telunjuk tu ] 

Ni kira game uji fokus la. K!

ekceli, banyak game, tapi maaf lah tak ingat sangat dah. huhuhu.

And the last, I would like to say this!

To my jenier Form1 and Form2, even antum ada yang belum baligh atau dah, berperangai matang ok. Sungguh antum sangat sangat bertuah ada program macam ni sejak awal lagi. Sungguh! Sila manfaatkan ok!
Oh ye, akak tengok antum kurang rapat lah sesama antum. Maksud: between f1 and f2. Rapatlah ea, kongsi gelak ketawa tu. Ok. takde jurang punyalah antara senier and jenier. 

yang muda disayangi. yang tua dihormati.

ok? Rhendu nak bersama antum lagi. 


untuk adik f1, kami bertiga ni alumnai SMIH. suka kalau kami nak tengok antum macam batch batch dulu yang super duper daebak. Kami dah lalu dah segala macam time f1. jaga ukhwah antara antum ok. 

nah flying kiss dari kami gxiv [b14]!
-safiyah-farah-jihan-
-muiz-



05 October 2013

Memory

Assalamualaikum. Anneyassayoh!

Daebak! Ini blog ni dah berapa tahun tak berkemas ni? Habuk bukan main berdepa lagi tebal. Hitam kemahen lagi pekatnya. Hesy. Hesy. Asif. Bukan takde masa, cuma mim alif lam sin. Malas. Hikhok.

Latest Story? Haha.

Sekarang aku bukan macam b95 yang lain. Dah masuk uni. Aku de'special one. Dicampakkan di rumah untuk berbakti. lah sangat. So now, tunggu jelah bila aku annouc bila masuk eah! Yeahaa!

A : Salam Jie, Enti free tak minggu ni? Minta tolong jadi fc mukhayam untuk form4 boleh?
YA! terkejut kemahen.  Mukhayam? Mukhayam? Mukhayam? dah lama tak join T-T. Tapi bila fikir balik, Hesy, dari aku duduk diam membisu apa salahnya sekali regangkan badan. Ye dop?


THIS! Form4! Bee16! 4Negara!
I Syria I Palestin I Libya I Mesir I


Say Cheese! HahaXD. Alumnai simpan lagi taw baju KRS. Sekian Terima Kasih :P




The Making of Flag


Pertandingan Kawad


Before War Game 
The Daebak Game!

War Game.
Bila tengok balik game ni, Eh. RunningMan! Hahaha. Tears of the Nametag. Game dia macam ni, ada dua team, pacakkan bendera dekat satu tempat. Kena susun strategi macam mana nak rampas bendera pihak lawan. Koyakkan nametag to make the person out! And congratulation to Syria! *mine :') haha*


Opekos ada Konstrak!

This Konstrak.
FC kena rangking kan student ikut apa yang dia nak. Ujian ketahanan. Kawalan emosi. Ibadah. Yaa, muslim itu bukan sihat tubuh badan sahaja, ok :)


Dear #GXIV. This place. Telok Gorek. Just remind me. Remind our sweet mukhayam. Our Daebak Mukhayam. The War Game. The song's theme. The flag. The spirit of ours! 

Dear GXIV.
Ingat lagi tak? Ingat tak? Ingat tak! Kita kibar bendera sama sama time nyanyi lagu tema? Bebas Palestin? Ingat tak!! Kita julang panji kan? Bila jungle tracking kita naik gunung sama-sama. Kan? Bila dah sampai atas tu, pandangan sangaaat cantik kan? Then ingat tak apa jadi??

Semua lupa diri. Kan?
Sungguh excited kan?

Sampai lupa, 'mereka' sangat perlukan kita. Sedang kita sedap bergelak ketawa tanpa misi belum habis lagi. Kan? Thanks to Ustaz Anuar yang memang bagi amaran time tu. semua time tu, F R O Z E N.

Ingat tak War Game kita macam mana? Ingat tak? Dengan ikhwah ada yang terkoyak itu ini? Dengan akhawatnya ada yang bersungguh 'pertahankan diri'? Ingat tak? WARGH T-T

Oh ye, gambar diorang Jungle Tracking takdak lah. Diri ni takde keizinan nak naik. Hesy. Percayalah, Mukhayam deDaebak one is Mukhayam f4!

*sebab aku tak join mukhayam f5*

Nyway, Thanks so much for the teacher and students because allowed me to join this program. 



-from alumni-

12 July 2013

Ramadhan Tiba Ramadhan Tiba!

Uhukk uhukkk uhukkk! Lap lap habuk. Fewwww tebal seinci. Assalamualaikum. Salamualaikum. Mualaikum. kum. kum. Huuu echo seh. Dahsyat sungguh ni.

Bismillah.. Today I come with a new topic! Jyeah! Am my English right? OME.

Here, I gift you the best video ever about Ramadhan!

Viceo ni hadiah dari my batch. Location at my school. Artist import from my batch and one of them import from negara seberang.

Dia adalah my lover. Datang sebulan je. Lepastu pergi. Bila pergi dia hadiahkan syawal. Terima kasih sayang. Tapi sedih sebab dia datang setahun sebulan je. Tapi takpe sayang, kali ni awak datang saya akan buat yang terbaik! Saya tak nak leka! Heww heww heww. Dan terima kasih sebab dengan kehadiran awak ni awak dah ikat syaitan. maybe sebab awak taknak jeles kot. Ye lah, syaitan biasanya jatuh chenta dengan saya! harharharhharr.

Football Football Football !





GO JDT GO!

JDT vs TRW

Lap peluh. fewww. ini tajuk membuatkan skrin anda bergegar seketika. Ngauman harimau. RAWRR! Ngauman dari The Red Warrior. RAWRR! Dan membuatkan anda terduduk seketika lalu rebah dan tidak bisa bangun. *k, apa aku merepek?*


Aku terpandang skrin tv yang sedang memaparkan promo berita malam itu. Bola? Tiket? Panjat dinding? Geleng kepala. Hah. ini bola punya pasal, 

Petang itu, di Menara Aqabah di Pusat Bandar ada menayangkan pertandingan bola antara JDT dan TRW skrin yang terbesar 40" 40"

Aah, tv dekat rumah kan ada? Kenapa nak pergi sana? Petang itu tergerak hati untuk 'ziarah'. konon nak tengok skrin. konon la. konon.



ha? nampak tak? nampak tak betapa kenitnyaaaaaaa manusia dengan skrin tu. time tu bila jejak dekat dataran je omg. terus terpaku. haha. terdiam. terkesima. dalam hati, I LOVE FOOTBALL.

dekat tepi tu banyak deretan kedai yang jual air. jual makanan. dan tak ketinggalan jugak ada jual jersi, lah apelah, macam! DAEBAK!




Nampak tak? Baru jam berapa. Pukul 6 petang kot, dah ramai orang. Pakai baju JDT. pfftt! Semangat syadid. sangatt hebat! Ada bendera Johor besar giga!

Bila dah macam tu, aku pun rasa macam, ibu, jom tengok bola kat sini! Jom, oh plishh1 hahaXD


Sungguh tak dirancang, lepas solat maghrib dekat masjid, *ttbe masjid jadi full. walaweh!* masing-masing dah gerak pergi dataran. Siap bunyikan, alaah, ape? mendealah tu? Pergh. cincabashta! Ramai! Alhamdulillah, kitorang dapatlah port yang okey, dapat tengoklah jugak skrin. Dikelilngi oleh ribuan manusia berJDT. *ribuan ea?*

HahaXD siap nyanyikan lagu JDT lagi seh. Semangat memang membuatkan aku terkesima. Tersenyum. ALE ALE! ALE ALE! haha tu je yang aku tahu. 


haa! Nampak tak bendera Johor tu? tak?! oklah. fine, hengpong ni memang snap gambar tak lawa.


*smile*

Nak dipendekkan cerita, dalam tengah duduk bersorak2 ni, ada seorang remaja ni datang duduk tengah-tengah. 'menarik!' haha. best tengok dia. sangat 'menarik' "Wohoo, beraninya dia pakai baju Kelantan dalam ribuan orang Johor ni?!" Semua mata memandang abang tadi. Di bibir aku tercalit sebuah senyuman. Hebat!

Kehadiran dia macam wohoo, semua terdiam. Abang tadi dia terus capai bendera Johor. Dia bukak sweater kelantan. Dan nampak dia memakai baju jersi JDT. wohooo! Sebak tskk. hahaXD


Terasa macam dekat Stadium Bukit Jalil. Bersorak lagu JDT. Tepuk tangan. WUHUU!

-Game bermula-

"Woi! Bola kat situ?! Kau tak nampak ke??!"
"Sepak lah cepaat!"
"Pass lah cepat!"
"Shoot lah woi! Kan kosong tu! Kau dah kenapaa??!"
"Apahal siaaa kau main ganas?!"

Pelbagai kata-kata lagi aku dengar dari mulut-mulut penonton. Ada yang menjerit. Ada yang berhempas pulas. Dan ada yang, entah. Aku sendiri terdiam. Aku sendiri terpaku. Wohoo. Dahsyat.

PEMAIN BOLA VS PENYOKONG

oh holaa! Pemain vs Penyokong? Haa, apa maksudnya?

.fahamkan ea.

Orang 1 : "Agak kau tak nampak sampah kat depan tu? Kutiplah kalau kau dah nampak."
Orang 2 : "Eh, sampah. Jom kutip sampah.."

Orang 1 : "Kau boleh ambilkan tak pen aku yang jatuh dekat sebelah aku ni?"
Orang 2 : "Biar aku tolong ambilkan pen kau.."

   ? nampak tak perbezaan antara orang 1 dan orang 2? Ok nampak tak\

 
Mungkin sebenarnya, kita tak faham situasi yang sebenar

Ok takpelah taknak cakap ppe. tapi err fahamkan? maksudnya? herherherherher

Orang kata, " Kalau tak mampu nak bersorak time kalah jangan bersorak time menang " hahaa

macamtu. ngerti ngak?  hehe

dan, oh!  tengok bola memang menyoronokkan! weheeeeXD

pssst:// sebenarnya kan. saya isteri dia  dah lama sangaaaat dah nak hupdate blog. fuhh fuhhh

18 June 2013

[216:2]

Air mata aku seka. Ahh. Kenapa tak dapat lagi? Sudah aku buat rayuan, masih tidak dapat mana-mana tawaran :'(

Bagi aku, keputusan SPM aku, kira err not badlah. Alhamdulillah semua kredit. Tapi? Kenapa aku tak dapat UiTM atau mana-mana tawaran?

Pilihan aku ketika mengisi UPU?

Pilihan 1 : Dip Kulinari
Pilihan 2 : Dip Perhotelan
Pilihan 3 : Dip Pendidikan Awal Kanak-kanak
.
.
.
.
.
Pilihan 8 : Diploma Syariah

Kenapa aku pilih.....Kulinari??


Sebab. aah. Aku nak belajar masak. Belajar buat kek. Nak bukak kedai kek. Nak, nak masak....
lagipun piliha ibu. pilihan semua. ceh.

Kenapa TIDAK Syariah?


Sebab. Aku takut untuk mempelajari ilmu Dia. Ye. Aku tahu, semua dalam dunia ni ilmu Dia. Cuma, aku takut jika aku tidak mengamalkan. Aku takut jika aku tahu tetapi aku tidak menyampaikan. Aku takut.

Ibu mendesak aku untuk memilih bidang ini. Guru-guru juga ada mengesyorkan begitu juga keluarga lain. Tetapi....aku menolak. Aku memilih untuk membuat keputusan sendiri.

Dari darjah satu. Sehingga ke tingkatan lima, aku dihantar ke Sekolah yang beragama Islam. SRIH dan SMIH. cuma, ada satu tahun. Aaah, hakikatnya tak sampai setahun pun, cuma setengah, aku dihantar ke sebuah sekolah kebangsaan. Darjah tiga, dan, hurmm kisah jahiiyyah aku? Aku bersyukur kerana melalui 'jahiliyah' itu sewktu aku muda. Aku berubah. 345 degree.jadi nakal.liar.mencuri.menipu.menganggu ketenteraman orang lain.

Ye. Itu aku dahulu. Sebaik sahaja aku berpindah ke SRIH, aku mula ditegur rakan-rakan dengan berhemah..

"Fatin...tak baik cakap macam tu..."
"Fatin...awak duduklah elok-elok.."
"Fatin...tudung awak..."

Aku kembali menjadi apa yang sewajarnya seorang hamba di dunia. Aku gembira. Aku sangat khilaf. Dan kerana itu aku kini bukan lagi Fatin. Tetapi, Jihan :)

17Mei2013 -Result UPU keluar.

Aku gagal. Aku tidak ditempatkan di mana-mana tempat.



24Mei2013 -Result ILKA/METRO keluar.

Ye. Aku ditempatkan di sebuah kolej. Tetapi aku menolak. Kerana? Ahh, masalah sendiri.

30Mei2013 -Check Kemasukan KPTM



Alhamdulillah. Aku juga diterima. Tetapi, aku terpaksa menolak juga. Kerana? Bidang yang aku dapat bukanlah pilihan yang paling tepat. Lagipun. sangat jauh. Kena belajar loghat loghat.

14Jun2013 -Keputusan Rayuan UPU keluar

Aku gagal diterima lagi. Menangis entah kali ke berapa. Aku malu dengan sepupu lain. Masing-masing sudah ke form6. Dip. Matriks. Aku?



Kenapa ye aku tidak diterima di IPTA? dan mengapa selain IPTA aku menerima tawaran yang bebukan?

*tepuk diri. tepuk minda. tepuk niat*

"....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..." [216:2] 



Hahh, Allah. Allah. Allah. 

Aku mungkin minat bidang itu. Tetapi, yup! Allah kehendak sesuatu lebih baik darinya!

Iman aku tak setabah Masyitah. Jika aku mengambil course yang hentahapehapeentah tu, aku mungkin Culture shock.


Jika aku mengambil course Syariah. Course yang aku tolak mentah-mentah tu, ahh.. tentunya aku sudah jumpa ramai akhawat yang... Allah maha tahu.

Jadi Bismillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, saya melaporkan diri untuk berkhidmat di jalan yang telah DIA tetapkan.

KUI*? insyaAllah :'D dengan hati terbuka akan melapor diri kelak. Aamiin ya Rabb.


*psssstt :] saya tak cakap course yang saya minta time upu tu tak baguss. Tapi, mungkin bahagian saya, DIA tahu saya tak sesuai di situ :') Dia sebaik-baik perancang kan? HasbunaAllah

27 May 2013

Bas oh Bas [part tree]

Perjalanan ke PG aku tidaklah meletihkan setelah berborak dengan pak cik owsehm itu. Hah. kenapalah lagi 30 minit setinasi pakcik tu nak sampai baru berborak dengan dia. aduyainye punn. Kalau tak mesti dia boleh tamatkan cerita dia yang cukup tergantung macam tai gantung kat penjara tuh. hilang sahaja kelibat pak cik itu dari pandangan mata, aku seakan bayi yang baru lahir. uweeek uweeek. penuh keazaman. penuh harapan. YEAH!

aku tersenyum. mengenangkan kisah-kisah aku di sekoalh dulu. Allah. kenapalh nakal sangat hambamu yang seorang ini. tak sedar apa matlamat ke sekolah mungkin? terngiang-ngiang pesanan pak cik, belajar dulu. belajar dulu. belajar dulu *senyum*

semoga hari nanti lebih baik.

dalam perjalanan ke destinasi seterusnya aku mula terfikir. oh ye. hari ini 17Mei2013. Tarikh UPU keluar. macam macam keputusan keluar kan? hehehe

*ini aku culik ic seseorang. dan aku prt screen

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut: 
bla bla bla bla.


*ini pun aku culik ic seseorang. tiba-tiba dapat pula yang berjaya dengan tak. ahah!

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA! S.E.N.T.A.P. tak?
Dalam permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 13/14

Di program ERAT lepas, masing-masing check upu. ada yang menangis gembira. ada yang menangis kesedihan. dan ada yang melompat-lompat sebab dapat tempat dan course yang sama dengan rakan-rakan seperjjuangan. Haih :')

Dan ada juga yang [yang berjaya]

"Alaaaaaa.........kita dapat ni......."
"kita nak apply balik lah!"
"Eeei, pindah pindah! masuk Matriks!"


Dan ada juga yang [tidak berjaya]

"EH! kenapa dia dapat aku tak dapat! Result aku lagi gempak apa?!"
"Takkan tak cukup syarat, aku layak je....."
"Sekolah swasta............... faham jelah"
"*nangis*"

Pssst! ini bukan rekaan. ini realiti. Yee. aku berada di tempat kejadian. dan aku juga salah satu antara mereka. kire fairlah ni. banyak sangat mangsa. haha tetibe. dan disini jugalah aku belajar sesuatu.

Dan ada antara kata-kata yang acap kali aku terdengar. "Cool, rezeki Allah luas. Ada dimana-mana sahaja. Cuma, bukan disini". "Allah sebaik-baik perancang. Tak semua yang kita rancang boleh menjamin redha-Nya". "Kurang berdoa. Mintalah sebanyak mungkin pada DIA. DIA tak pernah lokek!"


Bas berhenti. Aahhh tiba juga aku di sini. PG terindah. ceh melampau gila hiperbola. Satu satu penumpang turun. dan setiap satu itu jugalak mata aku ni macam ada benda menolak dan menolak sampai nak terkeluar anak mata.

Seriusly. Semua lelaki? tengok jam. hah! 11malam? Allah! Alhamdulillah masih ada tirai keselamatan yang Allah kurniakan. Terima kasih Allah kerana memelihara aku dalam perjalanan ini. 

Aku menjejakkan kaki di tapak pasar tani yang pada waktu siangnya menjadi tempat perhentian bas. Oh dunia. sungguh luas alam ini. Maha suci Allah. Maha hebat kuasaNya. Balik ini, ada misi! menyampaikan mesej dari pakcik owsehm itu! ada misi, jadikan cerita pak cik itu sebagai pengajaran. mulakan langkah dengan bismillah. Seandai tersungkur, terus bangun! Jangan biarkan terbaring dan akhirnya tertidur! itu keadaan menghampiri parah!

Hidup ini sentiasa berbakti :)

Bas oh Bas [Part two] -ini kisah pakcik owsehm!

Pandangan aku dilontarkan di luar. Entah. fikiran aku gelap. Tak tahu apa yang aku fikirkan. Yang aku tahu, cuma cari signboard. Hah! Aku still takut, sriuske bas ni ke area JB? Yang aku jumpa signboard ke Selangor. aaaa time ni aku mula dah kira duit yang berbaki. Mana tahu tak cukup duit ke tambang dari Kelantan kalaulah bas ke kelantan ke JB. kalau tak cukup? Aaaa cari kerja part time. sekarang ni kan berlambak orang cari kerja kosong untuk lepasan SPM. cuma sebulan dua tulah baru cukup duit nak balik JB. k, merepek.

Dan aku tak percaya perjalanan selama 4jam lebih tu tak tidur. dalam kesejukan yang mereputkan tulang sum sum. dalam kedudukan yang mematahkan pinggang. eeei. sengal satu badan.

Sebenarnya aku tipu je. Dalam perjalanan tu, adalah jugak terlelap. dan ada satu ketika, bas berhenti di mana ntah, aku sendri tak tahu. di situ aku mula bersuara dan berborak dengan pakcik sebelah. Aku mula bertanya, kita di mana. dan mudah sahaja pak cik tu jawab. Pak cik pun tak tahulah bas ni dekat mana dan nak pergi mana. Ya Allah. segala kekalutan yang dah hilang tadi tiba tiba menjengah tanpa salam terus merempuh aku dan terus menjahanamkan aku. melampau seh hiperbolanya. Erk!

Aku mula menyandarkan badan yang sememangnya dah sandar. Aku mengeluh. Allah. Allah. memang ke manalah aku lepas ni. Ketika itu nak khabarkan pada ibu rasa bersalah. Allah. Ketika ini juga ada teman teman memberi mesej melalu telefon. Bertanya tentang khabar. Bertanya bagaimana keadaan di sana.

Tiba-tiba pakcik di sebelah mula ajak berborak. Aku ke Keyyell ni balik cuti dari belajar ke? HAHA. Takpe pakcik. Jadi aku pun menceritakan semua. Apa program. Di bawah anjuran apa. Apa aktiviti. Negeri apa. Apa yang kami dapat. Apa hasilnya.

Dan pak cik itu mula bertanya aku sekolah dimana dahulu. Aku pun menceritakan semua. sebab aku ni jenis, eei lantaklah siapa pun nak tahu cerita aku. 

Ini kisah pak cik. Kisah yang banyak mengajar aku. Alhamdulillah. Pak cik baik sangat oranya.

ini kisah bukan berniat untuk memburukkan mana-mana pihak. HANYA untuk pedoman dan pengajaran untuk kita bergelar mahasiswa/wi

Awak yang nak sambung belajar ni, kena pandai jaga diri baik-baik. Lebih-lebih orang macam awak. perempuan. zaman sekarang dah maju. tapi maruah masing-masing senang nak terbang. jangan jadi macam anak pak cik. pak cik sedih. umur anak pak cik baru 21 tahun. tapi dah berkahwin. itupun pak cik yang nikahkan.

"tapi pak cik, bagus lah anak pak cik. kahwin muda. lagipun sekarang ni kan ramai yang dah kawin awal. umur 20 dah kahwin"

Ye, itu memang bagus. Tapi bukan sebab itu pak cik kahwinkan mereka. Pak cik kahwinkan mereka sebab mereka dah gatal sangat! Gatal nak kahwin! suruh belajar tak nak! pak cik sedihh sangat.

"maaf pak cik, tapi, saya ada baca akhbar, atau mana mana bahan dia ada cakap bila dia dah kahwin , dia ada rasa semangat nak belajar. lastly, dia jadi pelajar tebaik..."

memang. itu pak cik tahu. tapi ini lain. dia berubah sejak dia kerja time kerja sementara tunggu result SPM. dia dah mula liar. dah pandai bergaul sana sini. pak cik tegur dia. ada satu kali dia masuk team silat. masuk pertandingan.pak cik mula-mula larang. sebab dia perempuan. pak cik tak nak dia jadi macam macam. tapi bila dia dah minat. pak cik rasa oklah, hidup dia, minat dia. pak cik tak boleh nak larang dia nak pilih apa. suka hati dia. tapi yang penting jangan tinggal solat. jaga maruah.

"ok jugak pak cik. silat kan mempertahankan diri. baguslah kalau anak pakcik amik silat"

memang bagus. tapi, dulu cakap lain. sekarang lain yang dibuat. dulu merayu-rayu cakap pandai jaga diri. tapi sekarang dah macam macam orang dah dia gaul. dengan orang lelakinya, dengan kawan-kawan perempuannya. eeii, pak cik tak berkenan semua tuh.

"minta maaf pak cik. macam mana dengan sekolah dia? dia dapat mana-mana panggilan?"

Dia bijak budak nya. olahragawi. akademik juga bagus. dekat rumah berlambak lambak pialanya, trofinya, medalnya, sijilnya, pingatnya dia rangkul dekat almari rumah. keputusan SPM pun cukup membanggakan pak cik. bila keputusan upu keluar, Alhamdulillah. dia dapat tawaran di universiti 'itu' tapi, dia tak nak pergi! itu yang pak cik sedih. dia dah cukup untung dah sebab dia dapat tawaran universiti. pelajaran bagus. universiti pun tak kurang hebat. tapi itulah. rupa-rupanya dia ada hati dengan seorang mamat dekat tempat kerja dia ni.

akhirnya, dia tak sambung belajar. dia teruskan bekerja. itulah! mamat tu kacau anak pak cik bekerja. habis anak pak cik dah suka dekat dia. sedangkan dia kerja pun tidak nak kacau anak dara orang! pak cik kahwinkan diorang!

"Wowww, habis, macam mana sekarang? macam mana dengan dia dan suami? ada anak?"

huhh. inilah sebab pak cik balik. pak cik kerja dekat KL. pak cik kerja 'tu' macam macam isteri pak cik cerita. ini balik ni pak cik nak 'selamat'kan anak perempuan pak cik. pak cik sayang dia, pak cik tak nak dia rosak. benda yang pak cik buat untuk dia, semuaa untuk kebaikan dia. tapi lain yang jadi. itu pak cik tak sangka. suami dia tak kerja. suami dia macam hidup membujang. bangun lambat. dia tak sedar dia dah kahwin. dia ingat anak pak cik ni kuli dia ke apa? maksud pak cik, dia nak duit anak pak cik. anak pak cik bukan kerja besar. kerja scan barangg yang cashier dekat supermarket je.

"Dia taknak ke tukar kerja? kerja yang mungkin.... ada karier atau gaji yang mungkin lebih sikit?"

Dia mana ada apa-apa. orang sekarang pentingkan diploma/degree/master/pHd SPM mana pandang. anak pak cik sampai SPM je. bila balik rumah mak dia yang dekat sana, anak pak cik kena halau. sebab, entah. tradisi family belah sana entah. karut. merepek. anak perempuan yang disuruh kerja, lelaki yang disuruh berehat. sebab tu bila suami dia balik rumah sana bukan main bermaharajalela dia.

"Eh, macam zaman Saidina Umar. Tapi, cuma bezanya, beliau membunuh anak perempuan. yelah, zaman dulu ingat perempuan ni bawa malang. tiada faedah. tiada untung. itu zaman jahiliyah lahh..."

Itulah pak cik cakap, pemikiran kolot. 

"Sekarang, diorang tinggal sendiri? atau duduk rumah family pak cik atau mungkin.....?"

Gaji kecikk nak beli rumah? tak payahlah. dia duduk je rumah pak cik. pak cik memang tak kasi kalau anak pak cik nak balik sana. dia dah kena halau! itupun, haihh. tak tahu pak cik nak kata apa. suami dia ingat dia tu bujang lagi nak bangun sampai tengah hari. macam macam pak cik buat. pak cik belikan dia motor. pak cik suruh dia pergi cari kerja. eehh tak juga.

"Takkan dia duduk diam je kat rumah?"

Adalah sekali die keluar pergi kerja. tapi, kerja cuma sampai 3 hari. dah kena buang. mana taknya, pergi kerja pukul 11 12 tengah hari. siapa nak? kena buanglah dia!

itulah. pak cik balik ni, pak cik nak 'tuntut' anak pak cik. pak cik nak jumpa dengan mak dia! pak cik nak tanya, macam manaa kau didik anak kau! dengan macam ni, aku nak tanya kau macam mana solat kau?! Allahu akbar. Allahu Akbar. Itulah, pak cik sedih sangat. Kalau anak pak cik tu sambunggg belajar, ada juga dia masa depan. tapi, nak buat macam mana...

"Pak cik, cuba lah pak cik apply mana-mana kolej kemahiran. ada juga course yang boleh berumur sampai 30an. pak cik cuba applykan anak pak cik di situ... boleh dia sambung belajar, boleh kerja bagus-bagus.."

Anak pak cik tak nak! Ada juga dia cakap,  "abah, kakak menyesal abah. Kalau kakak dengar kata abah dulu, kakak tak jadi macam ni abah...." tapi. yelah. kita takde mesin nak putar balik masa. pak cik dah tak boleh buat apa dah. pak cik cuma mampu cakap, itulah, abah dah cakap, abah dah cakaaaap dah! 

Itulah awak. muda-muda seronok saya tengok awak dan kawan-kawan join program-program macam ni. dapat keputusan yang baik-baik. ni saya nak pesan, nanti bila masuk mana-mana the most important is study! tolak dulu perasaan c i n t a tu. tolak dulu! mak ayah penat bayar duit pengajian. tak kiralah swasta atau tidak, bukan sebab nak tengok awak sia-siakan peluang ni. Belajar betul-betul! awak jangan risau, kalau jodoh ada tu InsyaAllah tak kemana. Allah itu maha hebat perancangannya. Maha Hebat! Dan dia juga sebaik-baik perancang. banyakkan berdoa supaya kuat di sana. 

Bas akhirnya berhenti di stesen perhentian bas.

"Oklah, apa-apa ambil telefon pak cik ni. mana tahu awak belajar di KL ke nanti. Bahaya dunia sekarang. kalau ada apa-apa awak susah ke nanti telefon pak cik. InsyaAllah. Ok pak cik balik dulu. Ingat pesan pak cik... jangan jadi macam anak pak cik..."

Pak cik itu berlalu pergi. Sempat aku melambainya dari arah tingkap. segunung rasa kagum aku terhadap pak cik ini. Allah. Allah. walaupun jelas wajah penat dek timbunan kerja, sanggup pulang ke rumah demi maruah seorang anak. Hebatnya pak cik ini. walaupun perbualan yang hanya seketika, cukup memberikan aku sejuta peringatan.

untuk no telefon itu, biarlah. untuk pak cik! pak cik sangat kuat! sangat kagum dengan pak cik. semoga anak pak cik itu sentiasa terpelihara insyaAllah.