28 December 2012

Tanggal 1.duabelas.

30 Nov 2012:  [BIRTHDAY ANISAHHH]
Entah kenapa malam tu, benda yang memang tak patut sangat sangat nak dimarahkan jadi marah. Emosi betul-betul tak stabil. Huh, aku mengeluh nafas. Dalam keadaan masih berSPM dan masih bergelar pelajar ketika itu. Bincang pasal jamuan. HAHH! ENTAAAH. STREESSS. menangis. menangis. menangis. menangis.

1 Dis 2012:
Keadaan di sekelilingku, terang. Aku cuba membuka mata yang berat. Ahh, sembap. eeh, kawan-kawan semua dah siap pakai telekung. Subuh? Aku melihat jam. 5:55PAGII??!! Yaa, Allah, bersalahnya aku terhadap kawan-kawan melihat keadaan mereka menantikan aku ketika itu. Aku bingkas bangun menuju biik air.

Sengaja aku mempercepatkan wudhuk. Rasa bersalah kian membuak. errghh, kenapa diorang tak kejutt akuuu?!!! Kenapaa pagi ni semua tak nak layan akuuu??!!

Aku menatap cermin meratapi mata yang sembap. Dahsyat juga aku menangiss semalam kan? Humm.

"Jihan, awak nak follow kitorang pergi musolla taak?" Solehah.
"Erk, nak. Eh, korang pergi dululah. Kita lambat sikit kot"
"Takpe, kitorang tunggu."

Aku menuju ke ruang hadapan. Langkahku terhenti tatkala melihat rakan-rakan sudah membuat saf di situ. 'Tak solat kat musolla ke diorang ni semuaa?'

"Eh, Jihann!" Nadhirah tiba-tiba memandang aku.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU. HAPPY BIRTHDAY TO YOUU. SANAH HELWA JIHAN!" Hati aku sebak tatkala melihat rakan-rakan Wafa' serentak memandang aku dan menghadiahkan sebuah lagu yang bagiku sungguh bermakna. "EEhhh, dah dah dah. Subuh dahh! Jom solat. Heeee :D" Aku malu ketika itu. haihh.

"Ajie, pukul berapa sekarang" Rasyiqah bernada agak tegas ketika itu membuatkan aku rasa bersalah.

"Ehh, korangg sorrylah kita bangun lambat!"
"Cuba awak try tengok pukul berapa sekarang" Salah seorang dari mereka memberikan aku telefon bimbit. Segera aku memerhatikan nombor yang tertera. 5:17 PAGII??!!!
"KORANGG KEJAAMM!" ahhhhh, malunyaa!!

"Hurrmm, Jie, kitorang ada something nak bagi..."
"Apa diaa?"
"Memandangkan hari ni birthday awak, kitorang nak ajak awaak.... BIRTHDAY QIAM!!"

Allah, mereka sungguh memahami keadaan aku ketika itu. Tatkala aku merasakan kehilangan. Merasakan betapa lemahnya aku di dunia ini. Tatkala aku hampir hilang pegangan. Tatkala aku hampir hilang pedoman. Kau hadirkan mereka dalam hidupku, dan memberikan aku hadiah yang bagi aku tiada tandingannya. QIAM.




Dear MD, Soul, Anie, Achik, Adib, Nadh, Aina, Aman

terima kasih, sahabat :)

No comments:

Post a Comment