31 December 2012

Indonesia PART ONE!

Bismillah. Alhamdulillah. SPM dah pun selesai. Haiih, budak Hidayah ni macam2 ragam. Sakit itulah. inilah. takpelah. Demam campak. Denggi. haha. takpe, InshaAllah kejayaan datang jika diorang anggap ini ujian Allah.

Habis je SPM, JAMUAN! HOREAAAH! [balik nantilah eh orang update]

Alhamdulillah. kami ke Indonesia menyambut percutian sementara ayah balik kat sini. setahun sekali tuuh! pfffft!



Taman Mini Indah Indonesia


Tangkuban Prahu.
Kat siniii, yang asap2 tu kawah. Gunung Berapi ni still active tapi tak meletus EnshaAllah. Jadi bila sampai sana, bau belerang. time nilah, ooohh belerang asal dari sinii.

Tu diaa. si ayah. si maman. dan si adik.
ok jakun.

Taman Safari Indonesia. Banyak kali ayah cakap. Kenapalah kat Malaysia tak buat macam ni. Superb best okeyhh! Jumpa binatang, bukan dalam sangkar. Tapi binatang yang dibebaskan dan kita bebas bagi makanan kat diorang. tapii! bau tu memang kena tahan sikit lahh. HahahXD
Dalam Taman Safari ni jugak ade funfairr! Tengah jalan2, tetiba nampak TOXIC Rumah Hantu in 3DX. haha. bajet cool lah bila masuk. Diorang ni memang bijak. dia campaknya aku dengan ibu duduk belakang jauh dari ayah and adik2 lelaki. Ceeh, cakap dengan ibu "Kalau ibu takut, pegang je tangan akak kuat2. Kalau takut sangat, pejam je mata tuh"
 Hahaha! last2 dua2 tutup mata. taknak masuk lagi!

28 December 2012

Tanggal 1.duabelas.

30 Nov 2012:  [BIRTHDAY ANISAHHH]
Entah kenapa malam tu, benda yang memang tak patut sangat sangat nak dimarahkan jadi marah. Emosi betul-betul tak stabil. Huh, aku mengeluh nafas. Dalam keadaan masih berSPM dan masih bergelar pelajar ketika itu. Bincang pasal jamuan. HAHH! ENTAAAH. STREESSS. menangis. menangis. menangis. menangis.

1 Dis 2012:
Keadaan di sekelilingku, terang. Aku cuba membuka mata yang berat. Ahh, sembap. eeh, kawan-kawan semua dah siap pakai telekung. Subuh? Aku melihat jam. 5:55PAGII??!! Yaa, Allah, bersalahnya aku terhadap kawan-kawan melihat keadaan mereka menantikan aku ketika itu. Aku bingkas bangun menuju biik air.

Sengaja aku mempercepatkan wudhuk. Rasa bersalah kian membuak. errghh, kenapa diorang tak kejutt akuuu?!!! Kenapaa pagi ni semua tak nak layan akuuu??!!

Aku menatap cermin meratapi mata yang sembap. Dahsyat juga aku menangiss semalam kan? Humm.

"Jihan, awak nak follow kitorang pergi musolla taak?" Solehah.
"Erk, nak. Eh, korang pergi dululah. Kita lambat sikit kot"
"Takpe, kitorang tunggu."

Aku menuju ke ruang hadapan. Langkahku terhenti tatkala melihat rakan-rakan sudah membuat saf di situ. 'Tak solat kat musolla ke diorang ni semuaa?'

"Eh, Jihann!" Nadhirah tiba-tiba memandang aku.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU. HAPPY BIRTHDAY TO YOUU. SANAH HELWA JIHAN!" Hati aku sebak tatkala melihat rakan-rakan Wafa' serentak memandang aku dan menghadiahkan sebuah lagu yang bagiku sungguh bermakna. "EEhhh, dah dah dah. Subuh dahh! Jom solat. Heeee :D" Aku malu ketika itu. haihh.

"Ajie, pukul berapa sekarang" Rasyiqah bernada agak tegas ketika itu membuatkan aku rasa bersalah.

"Ehh, korangg sorrylah kita bangun lambat!"
"Cuba awak try tengok pukul berapa sekarang" Salah seorang dari mereka memberikan aku telefon bimbit. Segera aku memerhatikan nombor yang tertera. 5:17 PAGII??!!!
"KORANGG KEJAAMM!" ahhhhh, malunyaa!!

"Hurrmm, Jie, kitorang ada something nak bagi..."
"Apa diaa?"
"Memandangkan hari ni birthday awak, kitorang nak ajak awaak.... BIRTHDAY QIAM!!"

Allah, mereka sungguh memahami keadaan aku ketika itu. Tatkala aku merasakan kehilangan. Merasakan betapa lemahnya aku di dunia ini. Tatkala aku hampir hilang pegangan. Tatkala aku hampir hilang pedoman. Kau hadirkan mereka dalam hidupku, dan memberikan aku hadiah yang bagi aku tiada tandingannya. QIAM.




Dear MD, Soul, Anie, Achik, Adib, Nadh, Aina, Aman

terima kasih, sahabat :)

19 December 2012

Alumnai! THEEE :D

HUH. Habis sudah zaman sekolah :D


Ini gambar dewan time 6 Disember 2012. Perghh syahduu.


Ok, action sikit. LOL. haha. kononn nak bajet sangat laa dapat berucap kat perhimpunan. uhukuhuk. haha. Erghhh, sekolaaah!


SPM ENDD! Alhamdulillah.

Bermula perjuangan kami dari 5 NOVEMBER 2012 sampai 6 DISEMBER 2012. Alhamdulillah perjuangan yang banyak mehna! Demam campaknyeee. Denggi nyee. Allahu Akbar! Moga membuahkan hasil G-XIV sekalin :)

15 September 2012

12 Semptember 2012



Eerm, sebenarnya ada apa dengan tarikh niee? sampai kat meja nak conteng2 tarikh niee, kat paper pon conteng kertas niee? nappee eek?

amie nak balik :(


Baiklah, saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk awak eh, please take care. EnshaAllah
kalau kita jaga hati Allah, jumpa di sana nanti :)

11 August 2012

Masjid Hidup?



Huhh, siapa kataa masjid 1 Ramadhan je full?! Ok, mula2 memang sangkanya macam tuu, tapi Alhamdulillah... Masjid PG tak :D (senyum nampak gigi)

"Akak, esok pagi ada qiam dekat masjid.. nak join tak?"

Kami gerak lambat sikit. ingatkan tak ramai orang.. setiba jee dekat masjid..."Eeeh! Asal banyak sangaat keretaa niiee?! Semuaa qiam kee? Ehh tak percayalaah! "
Hmmph, siapa kata masjid penuh bila 1 Ramadhan jee?

Masjid PG taak! Pukul 4.00 pagi parking masjid full! Masing2 sibuk date dengan Allah!-rasa cemburu dengan merekaa :3
Allahu Allah!

Dengan langkah malu-malu kucing ni..masuklah dalam masjid. Ya Allahh ramaaaainyaa! Alhamdulillah :) ada kanakkanak riang, ada pakcik makcik ada jugaak remaajaa!! Macam ni laah pilihan hati aku :P
Hak hak hak! Qiam lopong2 ada hati nak cari yang soleh? hmmph, cermin diri dulu laah!

hmmpph, adakah kerana Sultan datang?


Hmmph? Nak dikatakan, Sultan Johor datang berbuka. And solat terawih. Haha, time tulaah masjid nak cat barulaah, tanam pokok laah, kuatkan speaker laa. ok memang gelak. Tapi Alhamdulillah ada jugaa nak ubahkan sikit landscape masjid tuuh.

"Huuhh, hipokritnyaa! Hahaa". Bak kata Along:3

Tapi, its okay :) seronok masjid macam tu. Alhamdulillah :)

Ramadhan dah nak pergi?

Ok, JUJUR rasa sedih! Mengapa harus ada perpisahan! Betullah, ustazah Rashidah ceritaa...

"Ramadhan ni, macam keretapi. Hanya datang sekali setahun. Berhenti take a rest. Dia takkan tunggu penumpang SEMUA naik. Hanya yang Inginkan dan ada Keazaman. Dia akan tinggalkan orang yang leka....tak sedar keretapi dah sampai"

Finee. Ramadhan akan pergi. Counting day! Kenapa sekejap sangat lahaai! Tidaak! Ok Jihan, please redha!

Dengan harapan, Allah pertemukan kita dengan Ramadhan 2013. InshaAllah :)


03 August 2012

Ogos

K fine, dah masuk bulan Ogos.

That's mean?

3 bulan lagi nak ES PI EM [SPM]

>.<

07 July 2012

Allah is Everything :)


Without Allah, who are you! Sedarlah diri! Allahu Allah, tolonglah diri ini terketuk. Allah itu maha hebat! Maha Agung! Maha Besar!

Begini, tetengah malam ni, terfikir sejenak. Kenapa ye dalam dunia ni ada manusia yang buat maksiat? bercouple? dan dan dan dan tak faham.
Mungkin, erm...

Ya Allah, hati hiba bila melihat wanita cantik bertudung berpegangan tangan dengan 'boyfie' die. hah, memang enak eh?

Berpelukan dekat taman. kanak-kanak ribena tengok. cuci mata. Allahu allah, kasihan kalau aku melihat, janganlaah... mereka aset negara.

Kalau nak sangat si gadis tu, tak salahkan kalau terus jumpa mak ayah dan kahwin. No couple, lepas kahwin couple laa puaspuas. Takde orang nak marah, orang jelees! muahaha.

Btw, i'm serious. Kita ni milik Allah. Tangan yang kita pegang bende 'haram' tu, Allah pinjamkan.
Kelak Allah ambil balik, tak payah nak berlagak sangat, ingat tuu :)

29 June 2012

Selamat Berumrah sayang :)


Faizahtul Nadia Samsuddin.

29 Jun 2012 : AAwak pergi umraah, kita... sedih + gembira.

Awaaaak! kita rindu awaaak! Take care sayang! Awaaak, kat sana kirimsalam dekat Rasulullah taaw.

Awaaak, kite n sha serius rindu awaaak!!!


Nad,,

kita and Sha kat sini serius rindu awaak!
Rasa nak nangis. memang dah pun .
Awak, jaga diri dekat sana baik baik taw.


Tengok gambar gambar kitorang, rasa rindu sangaaat! Takpelaah Allah lebih tahu segalanya.
awak, kita harap kita bertiga jadi kazeen yang palin OSEM dunia dan akhirat tahu :')

22 June 2012

selesai sudah MABIT!


Mabit yang superb OSEM! Allahu allah! Kerana mereka..Pemudi G-XIV sumpah hebaat!

Main point, malam yang cukup touching. ahh.
Dimana, kita kena MEMUJI semua kawan kita.

"Awak cantik laaa!"
"Awak serius baaik!"
"Awak ni, kenapa comel sangaaaat??!"
"Awak punya lesung pipit tu buat kita suka dengan awak laa"
"Awak cutee!"

Memang serius kembang kempis. ahaha. Allahu allah. Hargailah seseorang itu selagi dia masih disisi kita.

Next ; Kita kena cakap apa yang kurang tentang dia. Mungkin selama ni...dia tak perasan?

"Awaaak, kena bergaul dengan semua orang...."
"Awak memang kecoh, tapi jangan overacting sangat..."

Ok...selama ni, jangan perasan laaa semua orang sayang kat kita. Kita ni perfect. Manusia memang tak perfect...tapi itu bukanlah satu tiket untuk sukahati buat salah. kan?

Next ; Kita kena doakan dia. sebut nama dia. Biarlah doa tu...lahir dari hati, bukan dari mulut :')

"Ya Allah, berikanlah sahabatku yang bernama_________________ ini ketenangan dunia dan akhirat Ya Allah. Berikanlah................."

Hebatkan kalau kita didoakan. Rasa ada satu kekuatan. Kita akan rasa....kita ni, sangat dihargai.

TERUS TERANG. kan itu lebih baik :)

Aku...ada perselisihan faham dengan dia. Ramai orang mengata tentang dia. Aku pun, naik muak dengan dia. Malam tu, aku tekad, kan lebih OSEM kalau jumpa...dan terus terang. Akhirnya, di penghujung program, aku tarik dia keluar dewan.

Ya Allah, susah betul nak JUJUR kaan??! plus malu pulak tuuh! Allahu rabbi.

teeeet. Kami pun terus terang dan, kan senang tanya umpanya badan terus. stop fitnah memfitnah, stop kutuk mengutuk, stop fikir negatif tentang dia,

Kan segalanya tu..Allah dah aturkan. chill lah sayang :)

Memang nak terus terang tu...hakikatnya sangat perit pahit pedihdll. Percayalaah, bila dah ucapkan segala bagai, asalkan dari hati la derr memang kita rasa PUAS! lepas segala beban.

Conclusion : Stop fikir negatif tentang seseorang. Terus terang jelaa. Ok :)

01 June 2012

Tatkala mereka Mukhayam .


Tatkala mereka happy bermukhayam bersama, ingatan aku terus ke Mukhayam. Rasa roh ada di sana. Memanggil-manggil. *argh ruginya aku tak pergi*

Itulah dilema ana. Eh bestnya mukhayam, jom mukhayam lagi! Hohoho,

Dear sahabat semua, apa yang antunna dapat, jangan lupa share dengan ana okeyh. Bukan ana sorang, hidayahZ tu yang paling penting. hikhok.







Takpalah, ana hantarkan doa sahaja. Moga..kalian dapat hadiah yang superb OSEM dari FC , makcik and pakcik and Ustaz/ah.

*Bukan dah habis mukhayam ke? Ok sekarang, tugas kita. SPM!

fight !

G-XIV SUPERB OSEM!

Mereka hadiahkan kita ilmu, takkan kita tak boleh beri kejayaan? Kan? huh, sekarang bulan * dah dekat sangat.

Ana yang bernama FATIN NORJIHAN dari 5IKHLAS menyusun 20 jari. Andai ana tersilap kata. Terover acting. Maklumlah, manusia tak perfect.

Sayang antunna ~

20 May 2012

Selamat hari cikgu




Tanggal 16 MEI 2012 ni superb OsEM.

Guru-guru membawa pulang segunung hadiah.
Fuuh, syoknyaa!

Untuk guru-guru HIDAYAH yang super OSEM ..

terima kasih dah mendidik budak nakal nie.

Teringat time darjah 6 yang 'nakal' semacam. Langgar peraturan sekolah. Bawak hp, terpengaruh dengan rakan-rakan. Mula manja-manja nak berkawan dengan kaum lagi satu. Haissh, Astaghfirullah. Then, kene sound dengan Ustazah Zunaidah dalam kelas. Live kawan-kawan semua dengar. Ya Allah, malu sungguh! Taubat tak nak buat lagi! T I D A K A K A N M E L A K U K A N L A G I ! ! !

Lepas kejadian tu, cerai berai segala bagai! Saya lupakan dia. Alhamdulillah. mula fokus nak belajar. Ya Allah, kalau tidak kerana teguran ustazah Zunaidah yang pedas dan pedih macam kena sumbat dengan hempedu tu fuuuh. Takpe, biar sakit sekarang jangan sakit nanti.

"Fatin! Awak bawak handphone kee? Bagi ustazah! Kenapa awak bawak!"

"Fatin, siapa ****** awak dalam kelas ni?!"

Ustazaaaah, terima kasih banyak-banyak.

Biarpun benda tuuh dah berlalu 4 tahun lebih, dia tetap berdesing dekat telinga nieeh.

Sejak kes tuh, alhamdulillah. Masuk f1, nampak seorang hero yang baiklah kot. Konon nak bagi surat flying ape barang ntaah! Teringat apa yang dah berlaku darjah 6 dulu.

Ya Allah, berkatilaah guru-guru Hidayah yang superb OSEM!

15 April 2012

Nazif Wa Jamel


ADA MASALAH JERAGAT?


ADA MASALAH RESDUNG?

Hubungi: Norhayati Wahab (017-2879646)
Azizah Wahab (017-6102294)

Hubungi as soon as possible! Pengedar diperlukan.
Harga masing- masing adalah RM 15.00 SAHAJA!!

SABUN HERBA JERAGAT

Mengurangkan Jeragat, Jerawat, Kesan parut dan Mencerahkan Kulit.

SABUN HERBA RESDUNG

Merawat Resdung, Jerawat, Menghaluskan dan Mencerahkan Kulit.

Bahan-bahan yang digunakan ADALAH ASLI daripada kayu manis dan sebagainya.

InsyaAllah, BERKESAN (=

22 March 2012

Untuk kaka :)


Her name is Bina Izzatu Dini
(Membina kebanggaan agama)

Fuuh, Alhamdulillah. Result SPM dah keluar. Macam mana? Ok tak?

CONGRATS TO YOU KAK IZZA!
Alhamdulillah! Tahniah akak sebab dapat STRAIGHT A'S in your last SPM!

tahniah akak. :)

16 March 2012

XCELL kami berlapan


Nombor lapan tu nombor comel.
Kaan? haha. cacat.




dari kiri ; Anis l Asma l Musfirah l Fiqa l Safiyah l Jihan l Sol l Lina

WINK WINK. macam tak percaya just 8 orang seriouslyy??!






nI die sahabat2 yang bersama2 memperjuangkan Johor. Weeee :)


:: Aturcara ::

Ok untuk aturcara Program....
:: Hari Pertama :: ( 11 Mac 2012 )


5.00 pm : Pendaftaran
6.30 pm : Khidmat Diri + Makan Malam
7.30 pm : Solat Maghrib , Mathurat, Tazkirah.
8.45 pm : Solat Isya'
9.00 pm : Refresh.....
9.15 pm : Slot 1 - " From Ireland to Malaysia ( oleh - Dr Azlan & Sis Hannan ) "
11.00pm : Supper
11.30pm : Surah al-mulk
11.45pm : Kembara Malam

:: Hari Kedua :: ( 12 Mac 2012 )
5.00 am : Qiamulail
6.00 am : Solat Subuh, Mathurat, tazkirah
7.00 am : Riadhah Pagi
8.00 am : Breakfast + Khidmat Diri
9.00 am : Refresh lagi....
9.30 am : Slot 2 - " Tokoh Ilmuwan Islam (oleh - Dr Hafidzi Md Noor ) "
10.45 am : Minum Pagi + Dhuha
11.15 am : sambungan Slot 2
12.30 tgh : Qailulah + Makan tengah Hari

1.30 pm : Solat Zohor
2.15 pm : lagi lagi Refresh
2.30 pm : tayangan Filem Motivasi
4.30 pm : Minum Petang
4.55 pm : Solat Asar
5.15 pm : Riadhah Petang
6.30 pm : Khidmat Diri + Makan Malam
7.30 pm : Solat Maghrib + Mathurat + Tazkirah
8.45 pm : Solat Isya'
9.15 pm : teruskan REFRESH....

9.30 pm : Slot 3 "Science 4Youth" ( Oleh - PERINTIS)
11.00pm : Supper
11.30pm : Surah al-mulk
11.45pm : Kembara Malam
:: Hari Ketiga :: ( 13 Mac 2012 )
5.00 am : Qiamulail
6.00 am : Solat Subuh, Mathurat, tazkirah
7.00 am : Riadhah Pagi

8.00 am : Breakfast + Khidmat Diri
9.00 am : Refresh lagi..
9.30 am : Slot 4 " Aku Mesti Hebat ( oleh - PM Dr Harlina Haliza Siraj * Belum Comfirm )
11.00 am : Minum Pagi
11.30 am : Slot 5 " Impian Melangit " ( Oleh - Bro hafiz Bai )
12.30 tgh : Penutup
1.30 pm : Solat Zohor
2.00 pm : Bersurai


Ok tu aturcara kitorang. tapi yang paling best hari ke tiga. Dimana kitorang ke CUCMS-Cyberjaya University College Medical Sciences. Sebenarnyaa, taklaah terancang kat tentatif.


Hwaaa....best syadid kooot. Paling osem dan terkedu, kami tengok MAYAT!
huuu, syadid osem.







seee. First akak tu kata "Jom kita tengok mayat"
Muke beria berlari2 masuk dlm bilik nie. Pastu ttbe muka pucat semcam. betul kee? aw aw

Akak tu pun bukak. Ya Allah. Lemahnyaa rasa time tuu.


aku jahil . aku banyak dosa . tuhan, maafkanlah aku.

Then ...ready nak balik. Hailaaa, tiket belum beli. Aku nak balikk! nak jumpa maak! rindu bertimbun niee! Aissh.


3 akhawat. 2 Ikhwah. takde gambar laaa.

Ni diaa, Safiyah n Afiqah yang follow balik Johor dengan dua lagi Ikhwah. Tangan tu, tangan Jihan. heee :)


Serius, merasa gaak mnde nieee @_@


Lastly, terserampak dengan 'kawan' yang sama tinggi :'(