30 December 2011

Tiga kosong satu dua


"Tidak akan beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sendiri"

Dia, Allah tahu perasaan dalam hati ni. Sanah Helwa Sahabat. Moga DIA redha =]

#Terima kasih sebab sudi jadi SAHABAT yang perfect kat dunia ni.
#Terima kasih sebab sudi jadi ASID kita yang kita cari selama ni.
#Terima kasih sebab sudi jadi tempat tadahan luahan hati kita selama ni .
#Terima kasih sebab banyak menegur dan membimbing kita selama ni.

KITA NAK *MINTA MAAF :(

*Minta maaf sebab tak reti nak faham perasaan awak :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak menangis :(
*Minta maaf sebab kita banyak songeeh.
*Minta maaf sebab kita gedik semacam dengan awak.
*Minta maaf sebab banyak lukakan hati awak selama ni :(
*Minta maaf sebab tak sudi jadi pendengar yang baik :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak penat :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak letih :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak lesu :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak bosan :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak boring :(
*Minta maaf sebab tak mampu untuk jadi yang terbaik :(
*Minta maaf sebab kita selalu buat awak sedih :(


video

23 December 2011

Saya tak lama dekat dunia ni :(



Salam dear all my readers *entah ada yang baca ke tidak*

tak tahulah post kali ni pasal *dead*

"Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati"


Nak bijak? Jom let's think about this!


Weheee, saya dah buat satu kajian. Mostly, orang yang mengigati mati...dialah orang yang paling PENAKUT!


tak tipuu!

dia TAKUT nak buat salah. TAKUT nak tipu Allah. TAKUT nak berselindung di sebalik dosa, Allahuakbar....

Jomlaah, fikir...sejenak pun tapelaah. Mati ni sakit wooooo,

Kita pun tak tahu bila kita mati kan? Dan...kita tak tahu kita mati dalam keadaan macam mana? Saat kita macam mana? Itu semuaa, kita corakkan dari sekarang.

Sekarang, Allah bagi kita kain putih. It's up to you, nak warna apa. Dekat dunia ni pelbagai warna, so pilih.

Sekali kita salah pilih, kita takkan senang dengan kain putih kita. Nak senangkan balik and nak putihkan balik, mudaah...


TAUBAT NASUHA


Taubat tu oseem ape!
"Kecuali mereka yang bertaubat , mengadakan perbaikan dan menjelaskan (nya), mereka itulah yang Aku terima taubatnya, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" (2:160)

sebenarnya macam niee, on FB tgok status cousin..dia kata dia nak ziarah kubur arwah mak dia...dan cousin yang lain kata, dia nak ziarah kubur arwah adik dia. Dan saya pula komen, nak ziarah kubur arwak atok abah.

3 orang yang berlainan umur. KAAN??!

arwah mak ude, umur dalam lingkungan 50+, arwah sepupu tu pulaa baby lagi, arwah atuk, dah 70/80+.

Konklusi ;
"Kullu nafsin zaiqatul maut"
"Semua yang hidup akan merasai kematian"

"Dan kalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, nescaya tidak akan ada yang ditinggalkannya(di bumi) dari makhluk yang melata sekali pun, tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang sudah ditentukan.Maka apabila sampai ajalnya , mereka TIDAK dapat meminta PENUNDAAN atau percepatan sesaat pun" (16:61)

22 December 2011

XPERT (B)





Wee, continue back.

There is my team.

JOHOR (A)

Continue dekat KAIS tu eh, abang tu kata... ada 3 benda yang must kita buat!

1. Salam
2. Sapa
3. Senyum

NGEEE~


Dan lagi 1, we mus collect rm200!!

So oleh kerana hari tu ialah FRIDAY, para lelaki diminta untuk solat jumaat. mereka diberi pilihan untuk . mereka pon pilih, *x ingat apa.

Destinasi kami di sekeliling KERAMAT. apekaah, rumah?


adeeh. Jenoh nak mengadap muka orang, dan tengok kawan2 merayu suruh beli barang2 kami. Takpleh, belajar.

Jumpa pelbagai manusia ni memang OSEM! saya sayang dengan mereka, ! Lagi2 ada yang donate!

Ingat lagi second customer kitorang,

Kami:Pak cik belilah~


Pak cik: Apa yang awak semua jual?

Kamie : Telekung, pop corn, pin comel, makanan,pak cik ada anak perempuan tak? Ha, kitorang ada jual pashminaa!

Pak Cik: Takpe2x, perempuan biar barang perempuan. Nak tengok makanan apa yang kamu jual.


Kami: Haa, pak cik bagi isteri pak cik hadiaah! Pak cik tengok ni, telekung asli dari Indonesia pak cik! Betul, tak tipu!

Pak cik tu diam. Mata dia melilau ke dalam beg jualan kitorang.

Pak Cik: Haaa, yang ni apa?


Kami: Ni biskut pak cik! Asli dari Australia. Ada kawan kitorang baru balik bercuti. Haa, pak cik tengok ni...ada gambar koalaa! Sedap pak cik, tak tipu

Pak cik : Ye ke? Ada tanda Halal tak?

Kami: ._. Time tu dah kelam kabut cari tanda Halal. Tuptup JUMPE! ALhamdulillah. Haaa, ni ada pak cik!

Pak Cik: Haa, berapa ringgt ni satu?



Kami :Masing-masing terdiam. Harga? first beli dah tak ingat berapa! so dengan logik akal yang bernas ni, kami pon cakap...

Pak Cik: Laaaa, harga pun tak tahu? Macam mana nak berniaga ni? Allaaah.

Kami: Eh tak pak cikk, ni RM4, betul.

.paid.



kesian dengan kaum adam kitorang. langsung tak da kerja. hailaaa,

Hinggalah, sampai satu rumah ni, lepas kami jual barang2 kami, kami promote dekat tuan rumah tu macam ni..

Kami: Haa, mak cik, kalau mak cik nak servis rumah pon boleh, basuh kereta ke...cuci lantai...

Mak cik: eh boleh ke?

Kami: Boleeh lah mak cik, tu kami ada yang lelaki.


Mak cik: Eh takpelaahh,

#kami fahaam. memang susah orang nak terima seseorang bekerja macam tu je. lebih2 lelaki.

Kami: Mak cik, tolonglaah *merayu tahap apa dah niee* Diorang dari tadi tak dapat satu apa pun kerja. Tolonglaah mak cik. Mak cik kan baik.

.mak cik tu pun kasi lelaki buat kerja. hamik kau. sekali kene keluarkan tanah dari pasu. tapi part ni memang terbaik sangaat kot. Nampak sungguh keringat mereka. bagus!


ni dia. berentap nak keluakan akar dari pasu nie. syabaas!


.PAID :).

ni la mak cik nya, kitorang dapat rambutaan!

dan juga rumah first dan terakhir banin -.-'

Kira2 duit, oh god, baru dapat RM155? cane nie? aduhh, jam pon dah nak pukul4! so kami ran n ran n ran!

dingdong

LRT!

LRT!


#dah tak rasa dah nikmat LRT tu sebab dah lari macam ape dah tadi.


jadi yang perempuan ni punyalaah semput nak naik tangga tu. kami dok lepak laah dekat eskeletor tuh. sampai atas, dah nampak budak laki dalam LRT. muka dah gelabah. melompat2 dalam LRT.

#kalau ingat muka diorang memang, HAHA, lawaak. ok diam.
Jadi ada banat tu, dia berlari dan lari nak masuk LRT.

GEDEBUK. APAKAAH ?

TERSEPIT DI PINTU LRT?

#terbaik! memang malu tahap gabaan seeeh dalam LRT tuh.
kesian banat tuh. =.~ dalam LRT tu memang, alahai ramai. 4 banat yang lain terus pergi dekat banat tuh. gelak.gelak.gelak.gelak.

ada yang tersenyum.
ada yang tersengeh.
ada yang geleng.

DAN ada yang berdiri melihat keadaan banat tadi. pergh, banat tu kata...dia rasa macam nak menangis.

Tettttt habis cerita pasal KAIS.

15 December 2011

XPERT (A)

TYPE: XPERT

TARIKH: 9-11 DISEMBER 2011

TEMPAT: SEK REN AL-AMIN KERAMAT
SEK ISLAM ADNI
SELURUH BANDARAYA KUALA LUMPUR

PESERTA: PRODUCE GEN 6


Alhamdulillah JOHOR hantar 30 oraaang?! wow!

Johor + Muar + BP

Satu bas!

3 Team! ; Johor A Johor B Johor C
Ramai sungguh kaaaaan???!!






Akhawat :) Miss them a lot!

Fathiyah-Atikah-Raihana-Hidayah-Kak Hani-Kak Najihah-Najwa-Owner
Safiyah-Salsabila-Basyirah-Radhiah-Afiqah-Asma

#yang takde Lina


First day;
Hati resah, kenapalaah aku rasa tak sedap hati ni? Ya Allah ada yang tak kena ke? Rasa macam nak menangis, Allah...

#Bas akan ditunda pada pukul 1.30 pagi sebab bas rosak.
Ada masalah brek, so berkumpul pukul 1 gitu.

-mesej-

Hati ni terus lega tak tahu kenapa. Ya Allah, mungkin ini ada sebab aku berasa resaah!

tettttt.

berkumpul dekat pejabat IKRAM pukul 1 pagi, * depan zhulian sebenarnya. haha. Setibanya kat situ, mak aihh ramainya dah tunggu. Malulah nak keluar kereta dengan beg yang besar gaban nii. aah. lantaklaah.

lepas pilih amir amirah, masuk dalam bas, alahaai lajunyaaa peeh.

sampai dekat depan Sekolah Rendah Al-Amin Keramat pukul 7.00 pagi, nampak team Melaka and Johor (BP) dah sampai. wat, tuan rumah tak sampai lagi? hahah ok,

kitorang pun jakun laa tengok sekolah diee. akhawat buat satu video, lepas tu send dekat Kak Hasnor 'kitorang dah selamat sampai' hahahaha. lawak tak boleh blah.

Then2x.. lepas dah segala macam2 bende alah tu selesai, kitorang pun memulakan aktiviti kitorang yang ke dua selepas ice breaking,

Iaitu....



"Kais pagi makan pagi"

Masa : 12.00-4.00 petang.

Maka disinilah terjadinya beberapa kekecohan yang berlaku. Kan writter pernah cerita yang Johor dah tetapkan team masing2, kan? ingat tak? kalau tak ingat, cuba selongkar balik blog ni. haha apekaah -.-'

Tuptup, abang FC cakap, "Dalam satu team mesti ada lelaki dan perempuan, so johor 3 team n negeri lain" Time tu semua terkejut sakan! Allaaah! macam mana niee???

Kita dah get ready semua barang! dah keluarkan modal semuaa! dah, dah , dah,
*But, it's ok. We must remembered, KL. Dunia Metropolitan, so memang wajiblah kena ada kaum lelaki yang 'kuat' dan 'taf' takpelaah, redhaa.

MINTA MAAF!


Amir dan Amirah pon dah kecoh nak pilih kumpulan. Yang Amir alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Yang Amirah nyee, hampeeeh! * tak tipu!

Apekaah, kesian anak buah yang lain. Moh anak-anak Johor sekalian, saya minta ampun :l tak buat kerja dengan baik, saya tak layaaak .__________________.

last2x, segala-galanya disettlekan oleh kakak pengiring kami yang sangatlah baik hati dan sporting!

Amiraaah untuk XPERT johor teruk! Jangan dok pilih dia lagi. pleasee, dia tak mampu :l

JOHOR A :)

Akhi Hasif *yang laju @__@
  • Dolah-Kapten kami yang hebaat!
  • Abir -tukang lari yang hebat. Haha.
  • Wan
  • Qawim
  • Izzat
  • Hidayah -Ketua yang best! Love you dayah!
  • Jihan-LRT :l
  • Najwa-BAS :l
  • Basyirah
  • Radhiah
#HAHAHA. ok stop.

08 December 2011

Hadiah :)


Here, from MUHAMMAD LUQMAN HAFIZ
thanks man, wlupun hadiah dia pelik -.-'

Akak hargai, dan akak sangaat suka dekat hadiah tu!
Seriusss memang LIKE sungguh.

THANKS MAN!
I LOVE YOU!

07 December 2011

Dengan Kuasamu -NUR ONE

"Dengan kuasamu...."
"Jiwaku tergoncang"

Bait-bait lagu aku dengar dan hayati betul-betul. Seriusss, sedaaap!

Sejak minggu ni, IKIM tak habis2 mainkan lagu ni. Tu yang terjatuh cinta tuh. eceeeh.

Kenapelaaah jiwa ni, tak pernah nak tertarik dengan lagu ni? Tertarik tu memangg! Tapi, tak pernah search, apasal seeh? "Allah nak uji?" 'mungkin'

Saya pergilaah ke Facebook, macam biasa, rutin harian bila bukak Facebook. Akan jenguk2x wall sahabat terchenta.

Tuhan temukan daku penawar ^^
Terluka ditusuk duri cinta ♥
Hanya Dia cuma Dia ~.^
yang kan mampu menyembuhnya...

dan terus aku terus berdoa~

ok, seriuuss tertarik dengan ayat tuuh.

*Korang bukak YOUTUBE . then klik tajuk post tuuh. selamat mencubee ^^

XPERT

seriusly, cuti ni sumpah Allah bagi perasaan rindu teramaat pada rakan-rakan dan sahabat di perantaun.

9-11 DISEMBER ; XPERT BY GROUP PRODUCE GEN6

IT'S ME !

Ya Allah, kami hanya merancang, engkau yang tentukan, permudahkanlaah :)

gentar.gentar.gentar.gentar.gentar.gentar

sangaat gentar.

Ya Allah, hantarkanlah seorang hamba untuk memelukku kini, aku gentar.

I WANT CRY!

SERIUSLY!

Ya Allah, hati ni tak tipu, gentaaaar!

"Sebab apa seeeh nak gentaar? Tak fahaamlaaah!"

HERE IS THE REASON WHY 'GENTAR'

Program ni, di KL,
Akan berurusan dengan orang sana.
Diri ni, dahlah nak berkomunikasi susaaah!

Apatah lagi kalau nak menjaja!

RM200 . RM200 . RM200 . RM200.

Mana nak carii?!

#SayaserahkanpadaALLAHsahaja.plusplusdenganusahakami.

  • Najwa Khairiah a.k.a Juju
  • Safiyah Annisaa' a.k.a Safyah
  • Raihana a.k.a Rai
  • Hidayah a.k.a Dayah
  • Basyirah a.k.a Basyir
  • Lina a.k.a Lina
  • Afiqah a.k.a Fiq
  • Asma ak.a Amaq
  • Solehah a.k.a Soul
  • Fatin a.k.a Jihan
#DothebestTEAM SATU. RINDU PLUSY2 SYANG ANTUNNA!

04 December 2011

Tudung?

.pakailah dengan gaya apa cara sekalipun.
.asalkan ia menutup aurat.
.nak pakai hana tajima ke, messy style ke, ape ke, pakailah.
.asalkan menutup aurat.

.FULL STOP!.

02 December 2011

Keyboard


This holiday, I was bored for stay long time alone with my little brother Iqbal. My mother just leave homework for our activities. AHAHA, I told you that I was very naughty, actually.

I toke my mother Ipad, and I play keyboard on it. *sejak bila aku cakap orang putih?

So, the conclusion, hilanglah segala kebosanan yang melanda diri yang kerdil lagi co........ ok tak cakap papae.

Macam yang sudah dimaklumkan, birthday ni nak KEYBOARDDD!! Arggghh, saya tahu, ibu confirm tak kasi punya.

HWWAA:(

siaplaah yang baik sangat hati nak bagi keyboard ni? Kalau ada yang sudi postkan eh -.-

*ceeh, bajet femes kaah? HAHA.

oh diaaa, bagilah hadiah KEYBOARD :)
Yang dah saya pelajari daripada Youtube ialah ; bla-bla-bla-bla Imeans adalah :)

01 December 2011

Alhamdulillah :)



SalamunAlaik.

Hari jadi ni, Alhamdulillah dah dapat hadiaaah!

YEAAY!

Still remember pertandingan mengubah lirik yang saya paksa korang LIKE tuh?

kalau yang sudahpun LIKE, terima kasih banyaaaaak 2x!

walaupun tempah ke tiga, Alhamdulillah.

This birthday I get RM50 from FB IKRAM TEENS !

Yeaay!



Untuk si Dia.



Aku menaip laju. Menumpahkan segala idea-idea aku ke kaca komputer riba. Malam kian menjamah. Jam sudah mempamerkan pukul 12.59 pagi. Lagi satu minit, aku sudah genap berusia 16 tahun 1 jam.

Minum air sambil menyelam. Aku mencari ruang untuk beronline muka buku di hening kesejukan penghawa dingin ini. Huh, nampaknya ramai teman-teman aku melepaskan pelbagai ucapan hari jadi untuk aku. Ada yang mengatakan aku sudah tua laa, dah membesar tapi badan masih kecil. Aku hanya mampu senyum seorang diri. Sebenarnya, aku menantikan ucapan daripada dua orang yamg aku rasakan sungguh istimewa dalam hidup ini.

Aku tunggu dan terus tunggu. Ada mesej memasuki ruang facebook aku.

“Tak tidur lagi dik?” Kakak aku menegur.

Hatiku berbelah bagi untuk menjawabnya. Dia belum lagi wish apa-apa dekat aku. Takpelah, dia bukan orang istimewa yang aku maksudkan.

“Tak kak, adik nak tunggu orang special online. Rindu sangat dekat dia kak” pantas aku menaip. Lantas aku terus menutup ruangan mesej.

Mana dia ni?

Sahabat dan dia yang special.

Tentang dia, dia adalah orang yang sangat aku sayang, dan sangat aku cinta. Angkara umur aku ketepikan persoalan cinta itu. Ku lontarkan jauh-jauh. Aku ingin menjadi apa yang aku inginkan, iaitu seorang doktor kanak-kanak. Aku sayngkan kanak-kanak.

Senarai friends dekat facebook mana ada dia. Jadi mana mungkin dia nak wish aku apatah lagi nak tinggalkan mesej. Dia juga tak tahu perasaan aku pada dia.

Aku percaya dia takkan berbuat demikian. Dia lelaki beriman. Sebab itulah aku cintakan dia. Ada satu aura yang memaksa aku meninggalkan perasaan aku pada dia. Ya Allah aku percaya ini dugaan.

Tunggu dan tunggu. Betullah kata orang, penantian itu satu penyiksaan. Dia tidak langsung meninggalkan apa-apa pesanan ringkas pada aku. Tidak mengapa. Aku tak kisah. Aku kena berhati-hati dalam mengharapkan sesuatu yang tidak pasti akan datang. Setiap hari aku doakan untuk si dia. Aku harap, iman dia terus kukuh. Begitu juga aku. Aku harap, dia dapat membimbing dirinya untuk masa akan datang. Begitu juga aku. Aku harap, dia dapat apa yang dia inginkan iaitu untuk menjadi seorang doktor. Begitu juga aku.

Saban hari di sekolah aku perhatikan dia. Walaupun dia berlainan kelas dengan aku. Aku sangat mencintai dia. Dia telahpun mencuri hatiku. Pabila aku terkenangkan si dia, aku akan mencari cahaya ilahi. Itulah aku. Apa yang ternyata kesalahan pada aku. Bila aku susah aku cari Allah. Astaghfirullah. Ada apa dengan aku ni?

Si dia tidak meninggalkan apa-apa pesanan. Tidak mengapa, saya tak kisah. Saya pun tak tahu apa perasaan awak terhadap saya. Mungkin, awak hanya memandang saya sebelah mata. Yelah, awak baik di sekolah. Tapi saya seorang yang lasak dan nakal.

Sukar untuk saya lepaskan awak. Saya sangat-sangat mencintai awak. Puas sudah rakan saya menegur. Yang sangat menyentuh perasaan saya adalah, ‘macam confirm je dia jadi laki awak’ . Astaghfirullah. Apa saya buat ini salah. Macam mana kalau saya ini milik lelaki lain? Saya harus dambakan cinta saya pada pencipta saya, juga.... suami saya. Walaupun tidak pasti sama ada saya akan bersuami atau tidak. Untuk si dia, saya terpaksa lepaskan awak. Walau sungguh perih hati ini tergores. Awak tak salah. Ini semua kerana ego saya. Saya terlalu mengharapkan untuk dapatkan awak.

“Sah?!” Lamunan ku mati.

Ya Allah. Kini aku sudah menjadi milik Ahmad Abdullah. Insan yang tidak pernah aku kenal. Apatah lagi melihat wajahnya. Aku melihatnya dari tubuh belakang. Peluh sudah pun menitik di seluruh tubuh ku. Tatkala ini aku harus lupakan Muhammad Muzzawir. Itulah si dia. Lelaki yang padaku sungguh sempurna akhlaknya.

Peluhku kini ibarat lautan yang menyimbah mangsa tsunami. Suami bersedia untuk memandang ke belakang untuk sesi pembatalan air wuduk.

Tiba-tiba langkah suamiku terhenti. Lantas dia sujud menghadap ilahi. MasyaAllah. Sujud syukur yang membuatkan pandangan aku terpesona. Ramai tetamu mengosongkan ruangan sujud untuk suamiku. Aku melirik senyum. Ternyata suamiku lebih hebat daripada apa yang aku sangkakan.

Bunga di tangan ku letak di tepi. Aku juga turut sujud bersama suamiku. Ya Allah, sungguh hebat penciptaan perasaan ini. Air mataku membasahi bumi. Aku bangun dari sujud setelah mencurahkan syukurku pada ilahi. Suamiku memandang ke belakang. Aku hanya menunduk malu.

Aku meraba-raba jari ketakutan. Tanganku disentuh hangat oleh suamiku. Kelihatan tangannya menggigil untuk menyarungkan cincin padaku. Ya Rabb, jelas dia tidak pernah menyentuh perempuan! Setelah disarungkan cincin di tanganku, kini giliran aku pula. Aku juga seperti dia. Beberapa kali cincin di tanganku jatuh menyembah lantai dek kerana tanganku menggigil untuk menyarungkan suamiku cincin.

Alhamdulillah, pelbagai urusan sudahpun selesai. Tiba-tiba pandanganku mati di satu sudut. Di...dia?! Muhammad Muzzawir? Ya Allah apakah ini dugaan?!

“Awak tengok apa?” Ahmad Abdullah menyentuh bahuku.

Aku tunduk malu. Aku hanya memberi jawapan dengan menggeleng kepala.

“Saya tahu awak tunggu saya kan?” kini Ahmad Abdullah menyentuh kedua-dua bahuku. Dia memaksa untuk aku menghadapnya. Aku telahpun menghadapnya, cuma aku tidak memandangnya.

“Saya datang ni.”

Hanya sayup-sayup sahaja bait-bait yang terkeluar dari bibir Ahmad Abdullah. Aku leka memandang Muhammad Muzzawir. Si dia melontarkan pandangannya kepada aku. Senyum. Lantas membenamkan perasaan aku terhadap suamiku yang wajib mendapat kasih sayang dari aku.

“Oh, lupa saya nak kenalkan, kembar saya, Mazlan. Lan!” suamiku memandang ke arah pandangan ku tadi.

“Ah, apaa? Kembar? Mazlan? A, apa ni?!” aku tersentak. Lantas aku memandang suamiku.

Ya Allah.

Ya Allah.

Ya Allah.

Ya Allah.

Aku bertakbir. Aku beristighfar, selangkah aku ke belakang. Sukar untuk aku percaya. Dia kini berada betul-betul di hadapanku. Dialah yang sujud syukur tadi. Dialah yang menyarungkan cincin di tanganku tadi. Dialah yang mencium dahiku tadi. Dialah suamiku. Dialah Ahmad Abdullah yang aku tunggu. Abdullah, yang bermakna hamba Allah. Dialah Muhammad Muzzawir.


*fuhh, kebosanan melanda pagi-pagi ni, buatlah satu cerpen sambil menunggu sahabat on9 :)

Ni cerpen karut jelaaah, menghilangkan kebosanan di qalbu. Tu la namanya qalbuwhispered.

cerita ini langsung tiada hubung kaitnya dengan orang yang sudah meninggal dunia ataupun yang masih ada, nama watak adalah rekaan semata-mata.