01 December 2011

Untuk si Dia.



Aku menaip laju. Menumpahkan segala idea-idea aku ke kaca komputer riba. Malam kian menjamah. Jam sudah mempamerkan pukul 12.59 pagi. Lagi satu minit, aku sudah genap berusia 16 tahun 1 jam.

Minum air sambil menyelam. Aku mencari ruang untuk beronline muka buku di hening kesejukan penghawa dingin ini. Huh, nampaknya ramai teman-teman aku melepaskan pelbagai ucapan hari jadi untuk aku. Ada yang mengatakan aku sudah tua laa, dah membesar tapi badan masih kecil. Aku hanya mampu senyum seorang diri. Sebenarnya, aku menantikan ucapan daripada dua orang yamg aku rasakan sungguh istimewa dalam hidup ini.

Aku tunggu dan terus tunggu. Ada mesej memasuki ruang facebook aku.

“Tak tidur lagi dik?” Kakak aku menegur.

Hatiku berbelah bagi untuk menjawabnya. Dia belum lagi wish apa-apa dekat aku. Takpelah, dia bukan orang istimewa yang aku maksudkan.

“Tak kak, adik nak tunggu orang special online. Rindu sangat dekat dia kak” pantas aku menaip. Lantas aku terus menutup ruangan mesej.

Mana dia ni?

Sahabat dan dia yang special.

Tentang dia, dia adalah orang yang sangat aku sayang, dan sangat aku cinta. Angkara umur aku ketepikan persoalan cinta itu. Ku lontarkan jauh-jauh. Aku ingin menjadi apa yang aku inginkan, iaitu seorang doktor kanak-kanak. Aku sayngkan kanak-kanak.

Senarai friends dekat facebook mana ada dia. Jadi mana mungkin dia nak wish aku apatah lagi nak tinggalkan mesej. Dia juga tak tahu perasaan aku pada dia.

Aku percaya dia takkan berbuat demikian. Dia lelaki beriman. Sebab itulah aku cintakan dia. Ada satu aura yang memaksa aku meninggalkan perasaan aku pada dia. Ya Allah aku percaya ini dugaan.

Tunggu dan tunggu. Betullah kata orang, penantian itu satu penyiksaan. Dia tidak langsung meninggalkan apa-apa pesanan ringkas pada aku. Tidak mengapa. Aku tak kisah. Aku kena berhati-hati dalam mengharapkan sesuatu yang tidak pasti akan datang. Setiap hari aku doakan untuk si dia. Aku harap, iman dia terus kukuh. Begitu juga aku. Aku harap, dia dapat membimbing dirinya untuk masa akan datang. Begitu juga aku. Aku harap, dia dapat apa yang dia inginkan iaitu untuk menjadi seorang doktor. Begitu juga aku.

Saban hari di sekolah aku perhatikan dia. Walaupun dia berlainan kelas dengan aku. Aku sangat mencintai dia. Dia telahpun mencuri hatiku. Pabila aku terkenangkan si dia, aku akan mencari cahaya ilahi. Itulah aku. Apa yang ternyata kesalahan pada aku. Bila aku susah aku cari Allah. Astaghfirullah. Ada apa dengan aku ni?

Si dia tidak meninggalkan apa-apa pesanan. Tidak mengapa, saya tak kisah. Saya pun tak tahu apa perasaan awak terhadap saya. Mungkin, awak hanya memandang saya sebelah mata. Yelah, awak baik di sekolah. Tapi saya seorang yang lasak dan nakal.

Sukar untuk saya lepaskan awak. Saya sangat-sangat mencintai awak. Puas sudah rakan saya menegur. Yang sangat menyentuh perasaan saya adalah, ‘macam confirm je dia jadi laki awak’ . Astaghfirullah. Apa saya buat ini salah. Macam mana kalau saya ini milik lelaki lain? Saya harus dambakan cinta saya pada pencipta saya, juga.... suami saya. Walaupun tidak pasti sama ada saya akan bersuami atau tidak. Untuk si dia, saya terpaksa lepaskan awak. Walau sungguh perih hati ini tergores. Awak tak salah. Ini semua kerana ego saya. Saya terlalu mengharapkan untuk dapatkan awak.

“Sah?!” Lamunan ku mati.

Ya Allah. Kini aku sudah menjadi milik Ahmad Abdullah. Insan yang tidak pernah aku kenal. Apatah lagi melihat wajahnya. Aku melihatnya dari tubuh belakang. Peluh sudah pun menitik di seluruh tubuh ku. Tatkala ini aku harus lupakan Muhammad Muzzawir. Itulah si dia. Lelaki yang padaku sungguh sempurna akhlaknya.

Peluhku kini ibarat lautan yang menyimbah mangsa tsunami. Suami bersedia untuk memandang ke belakang untuk sesi pembatalan air wuduk.

Tiba-tiba langkah suamiku terhenti. Lantas dia sujud menghadap ilahi. MasyaAllah. Sujud syukur yang membuatkan pandangan aku terpesona. Ramai tetamu mengosongkan ruangan sujud untuk suamiku. Aku melirik senyum. Ternyata suamiku lebih hebat daripada apa yang aku sangkakan.

Bunga di tangan ku letak di tepi. Aku juga turut sujud bersama suamiku. Ya Allah, sungguh hebat penciptaan perasaan ini. Air mataku membasahi bumi. Aku bangun dari sujud setelah mencurahkan syukurku pada ilahi. Suamiku memandang ke belakang. Aku hanya menunduk malu.

Aku meraba-raba jari ketakutan. Tanganku disentuh hangat oleh suamiku. Kelihatan tangannya menggigil untuk menyarungkan cincin padaku. Ya Rabb, jelas dia tidak pernah menyentuh perempuan! Setelah disarungkan cincin di tanganku, kini giliran aku pula. Aku juga seperti dia. Beberapa kali cincin di tanganku jatuh menyembah lantai dek kerana tanganku menggigil untuk menyarungkan suamiku cincin.

Alhamdulillah, pelbagai urusan sudahpun selesai. Tiba-tiba pandanganku mati di satu sudut. Di...dia?! Muhammad Muzzawir? Ya Allah apakah ini dugaan?!

“Awak tengok apa?” Ahmad Abdullah menyentuh bahuku.

Aku tunduk malu. Aku hanya memberi jawapan dengan menggeleng kepala.

“Saya tahu awak tunggu saya kan?” kini Ahmad Abdullah menyentuh kedua-dua bahuku. Dia memaksa untuk aku menghadapnya. Aku telahpun menghadapnya, cuma aku tidak memandangnya.

“Saya datang ni.”

Hanya sayup-sayup sahaja bait-bait yang terkeluar dari bibir Ahmad Abdullah. Aku leka memandang Muhammad Muzzawir. Si dia melontarkan pandangannya kepada aku. Senyum. Lantas membenamkan perasaan aku terhadap suamiku yang wajib mendapat kasih sayang dari aku.

“Oh, lupa saya nak kenalkan, kembar saya, Mazlan. Lan!” suamiku memandang ke arah pandangan ku tadi.

“Ah, apaa? Kembar? Mazlan? A, apa ni?!” aku tersentak. Lantas aku memandang suamiku.

Ya Allah.

Ya Allah.

Ya Allah.

Ya Allah.

Aku bertakbir. Aku beristighfar, selangkah aku ke belakang. Sukar untuk aku percaya. Dia kini berada betul-betul di hadapanku. Dialah yang sujud syukur tadi. Dialah yang menyarungkan cincin di tanganku tadi. Dialah yang mencium dahiku tadi. Dialah suamiku. Dialah Ahmad Abdullah yang aku tunggu. Abdullah, yang bermakna hamba Allah. Dialah Muhammad Muzzawir.


*fuhh, kebosanan melanda pagi-pagi ni, buatlah satu cerpen sambil menunggu sahabat on9 :)

Ni cerpen karut jelaaah, menghilangkan kebosanan di qalbu. Tu la namanya qalbuwhispered.

cerita ini langsung tiada hubung kaitnya dengan orang yang sudah meninggal dunia ataupun yang masih ada, nama watak adalah rekaan semata-mata.

7 comments:

  1. cerita yg mnghiburkan.. buatkan diri ini sprti org gila.. gelak sorg2.. fuhh mmg terbaik x leh blar larr jihannnn.. ngengggggg... :)~ gelak terbahak2~

    ReplyDelete
  2. >anonymous: ngengggg~
    hahahaha, gelakkan? Time kite buat ni pun gelak terbahak2 juga. :)

    ReplyDelete
  3. cerita yang mantap. Iamginasi yang besar. good authoress.
    May Allah bless you.

    ReplyDelete
  4. jihan apsal ana x paham bce cite ni ? ngaa..

    ReplyDelete
  5. anonymous> mekaseeh banyak2x :)

    Fiq> takkan awak tak fahaaam. hahah ye laa awak mana jiwang kaan? hahaha

    ReplyDelete
  6. jihan!!ok ana dh bce,dia sggttt besttt,yurp cerite ni kalau sape yg mngerti je yg akn memahami..seriuss sebijik mcm kisah seseorg tuh!!anyway,teruskn berdoa,mg Allah bg yg lebih terbaik drpd cerita di ats ni ^^,saya suke2!!!

    ReplyDelete
  7. Peeeh. Roh ni sedikit teroncang. Hahaha!

    ReplyDelete