16 November 2011

Mentari pagi


Mentari pagi. Fuhhh sinar nya, fuhh.
Pagi tadi saya pergi pasar. Beli barang-barang nak buat lauk tengah hari ni.
Lepas tu, dalam perjalanan nak balik ke rumah sambil mendengar radio IKIM ni. Si abang Pian dengan Kak Siti kata "Ok sekarang mari menemani kami, dan sebelum itu mari dengarkan..Demi Matahari, Snada"
Volume radio kereta sengaja dikuatkan. Memandangkan ibu sendiri suka dengan lagu ni, so melaung-laung laah dalam kereta *tak sedar tu dia tengah ponteng sekolah sambil dengar... ibu tanya.

"Akak, cuba teka ni surah apa?"
Saya pun terus membaca ayat surah tersebut paada ayat yang pertama. Lepas tu berhenti *lupa sikit, ye la time sekolah rendah je mengulang-ngulang surah tu -__________- tak senonoh kaaan??!

Ibu sambung untuk ayat ke tiga. Ibu pandang, ternyata dia suruh sambung ayat tuh. *Ahhh...ingaaat! ingaaattt laaah!

ceh dengan muka control sambung ayat ke tiga. lepas tu ibuu sambung lagi sampaaai habis. *FUHHHH

Bukan tu sebenarnya nak cerita dekat 'Mentari pagi' ni.

Jom kita singkat maksud liriknya :)

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Dalam surah As-syams ni ALLAH telah bersumpah dengan matahari. Dengan siang. Dengan malam. Dengan langit. Dengan jiwa manusia atau makhlukNYA. kan?

Dalam dunia ni, semua benda ada dua pilihan. Positif dan Negatif. Jantan dan Bentina. seperti ANJING DAN KUCING. Dunia dan Akhirat. semuaaa berpasangan. Sesuailah dengan firmannya;

"setiap penciptaan itu diciptakan berpasang-pasangan"

Jadi dalam statement ni; kita yang menentukan samaada baik atau buruk

Allah dah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan.
Beruntung siapa yang memilih ketakwaan dan rugi bagi yang memilih kefasikan.

Chill, pilih yang terbaik untuk memperoleh yang terbaik :)

No comments:

Post a Comment