07 February 2009

KEaaJAibAn paRA sYUhadA' Di GazA!!!???

Setiap peristiwa yang berlaku, samada yang berskala besar atau kecil> pasti ada hikmah di sebaliknya, ada pelajaran, ada "Kemahuan" Zat> Pengatur kehidupan, Allahu Rabbul Izzah. Setiap muslim semestinya> meneliti, mengambil pelajaran sekaligus menjadikannya sebagai> penguat iman dalam menjalani kehidupan.

>> Peristiwa yang terjadi di Gaza juga demikian. Banyak ayat-ayat Allah> yang terbukti. Banyak mukjizat Allah yang turun. Banyak keajaiban-> keajaiban Allah yang terjadi. Itulah yang dialami oleh pejuang> Palestin, para syuhada Gaza. Berikut adalah sebahagian darinya:

>> 1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Ambulan Kecemasan dan Jabatan> Kesihatan di Gaza menceritakan:>> "Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih> mengalirkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini> sangat terkejut."

>> 2. Syahid `Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid> tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, lagi pula darahnya> masih segar."

>> 3. Seorang doktor yang bertugas di Gaza sedang menerima mangsa dari> Briged Al Qassam, ia terkena peluru di dadanya. Mujahid ini tidak> lupa meletakkan mushhaf Al Qur'an dan buku wirid harian di dalam> poketnya. Ia terselamat kerana peluru terpecah dan Al Qur'an pun> masih dalam keadaan baik. Sekarang ia sudah sembuh, wal hamdulillah.

>> 4. Abu Qudamah, salah seorang komander Hamas di wilayah Timur Az> Zaitun, Kota Gaza bercerita:>> "Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untuk
> menyerang kereta-kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah> menurunkan tentera-Nya dari langit untuk membantu kami. Dengan tiba-> tiba tanpa disedari turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami.> Kami masuk di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui> oleh pihak musuh dan tidak dapat dikesan oleh pesawat-pesawat> pengintai yang mundar mandir di udara. Kami mampu meletupkan kereta-> kereta kebal itu, 5 tentera Zionis Israel terbunuh dan puluhan lagi> tercedera."

>> 5. Ketika pesawat-pesawat Israel mengebom salah satu wilayah di> Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu sahaja dan tidak di> wilayah lainnya yang menyebabkan pesawat-pesawat itu mengalami> masalah penerbangan berjam-jam dan tidak dapat meneruskan> pengeboman mereka.

>> 6. Dua orang doktor warganegara Jordan bertugas di Gaza sedang> bercakap dengan sekelompok mujahidin:>> "Kami sedang mengawasi gerak-geri tentera Israel dari tingkat dua,> mereka ingin masuk ke dalam bangunan itu. Oleh kerana salah seorang> mujahidin dari kami telah memasang perangkap di pintu masuk, maka> meletuplah perangkap itu yang mengorbankan tentera Israel itu.> Mendengar letupan itu, tentera Israel yang lain mengepung bangunan> kami, maka terjadilah pertempuran sengit sehingga jam dua pagi. Kami> keletihan lalu tertidur dari jam dua pagi hingga jam lima pagi. Kami> kemudiannya terjaga dan bangun untuk melihat situasi di> sekeliling ,namun ternyata tentera Israel telah melarikan diri.">> 7. Syaikh Abu Bilal yang tinggal di perkemahan Rafah berkata:> "Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati,> mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui." (QS Al> Baqarah:154)

>> Mereka para syuhada diletakkan selepas darjat orang-orang yang benar> imannya (Shiddiqin) dan sebelum orang-orang soleh (Shalihin) di> dalam Al Qur'an. Allah swt. berfirman:
>> "Barangsiapa menta'ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orang> yang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi-> nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik> teman." (QS An Nisa':69-70) .>> Beliau menambah lagi bahwa "Jasad para syuhada masih segar, kerana> ruh mereka sebenarnya memakan buah di syurga, ini juga yang> menyebabkan semerbaknya bau wangian kasturi. Darah masih segar,> janggut tumbuh. Sebahagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau> berpuluh tahun bahkan berabad-abad tidak rosak jasadnya dan tidak> dimakan oleh ulat dan cacing tanah."

>> 8. Wangian semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad mujahid Al> Qassam, Muhammad Abu Sya'r. Dia termasuk sebahagian dari mangsa> serangan bom pesawat Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang> menemui jasadnya dan berita kesyahidannya tersebar ke seluruh> pelusuk masjid. Para pengunjung masjid beramai-ramai ingin> melihatnya. Mereka bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir> mengagungkan Asma Allah di atas keajaiban para syuhada tersebut.

>> 9. Pekerja media menceritakan; kami berangkat untuk menolong orang> yang tercedera di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel> menembak ke sekeliling kaki kami. Kami katakan kepada> mereka: "Kenapa kamu melakukan ini, kami bukan tentera, kami tidak> bawa senjata apalagi bom." Salah seorang tentera Israel> berteriak: "Kamu orang Arab, kamu memakai pakaian putih, kamu> malaikat, kamu berperang bersama Hamas."

>> 10. Salah seorang tentera Israel sedang ditemuramah oleh media> Israel, ia mengatakan bahwa ia kehilangan penglihatannya gara-gara> melihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparkan> kepadanya segenggam pasir, pada waktu itu juga saya menjadi buta.

>> 11. Tentera Israel yang lain pula menceritakan bahwa pejuang Hamas> memerangkap mereka dalam banyak pertempuran umpama memerangkap ayam> dan itik.

>> 12. Salah seorang tentera Israel yang lain pula mengaku ia melihat> ramai tentera Israel tercedera dan ditembak dari arah kanan dan> kiri, namun tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui dari mana> tembakan itu berasal.

>> 13. Sejumlah wartawan yang membuat liputan perang di Gaza> menceritakan; kami bersembunyi dari serangan bom. Ketika situasi> agak reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari puing-puing> runtuhan bangunan sambil membawa roket, ia salah seorang mujahidin> pelancar roket yang menghalang kemasukan tentera penjajah Israel. Ia> hadir dan hilang sekejap, umpama ditelan bumi.

>> 14. Apabila jenazah Hasan Bin Ismail Abu Syanab yang syahid pada> hari pertama serangan Israel ke atas Gaza, hendak dikebumikan di> liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, salah seorang> pengasas dan pemimpin Hamas yang syahid pada tahun 2003, mereka> dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula> dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih dan tiada> tanda perubahan walaupun telah 5 tahun berlalu. Darah di kain> kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada masa itu juga manakala> bendera yang digunakan untuk membalut tubuh Asy-Syahid Ismail semasa> jenazahnya diarak 5 tahun lalu masih berbau wangian kasturi yang> keluar dari tubuh beliau semasa kesyahidannya.

>> Demikianlah beberapa karamah dan keajaiban yang berlaku di bumi Gaza> dan begitu juga di bumi-bumi lain seperti Afghanistan, Chechnya,> Kashmir selagi masih ada mereka-mereka yang ikhlas dan tetap setia> melaksanakan janji-janji mereka kepada Allah. Mereka tidak> sedikitpun merasa gusar dan takut dalam menghadapi musuh-musuh> mereka kerana mereka yakin bahwa mereka akan dikurniakan antara dua> kebaikan iaitu samada kemenangan zahir terhadap musuh ataupun syahid> dan mendapat nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dari Allah Jalla> Jallaluh.

>> "Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai> orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki di> sisi Tuhan mereka. Mereka gembira
dengan apa yang beri Allah dari> kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum> menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) `Jangan kamu takut kepada> mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati". (QS Ali> Imran:168-169) .>

No comments:

Post a Comment